Followers

Tuesday, July 6, 2010

Sakit hati @ hati sakit part II

Aku tak tahu kenapa perlunya kau muncul kembali... 


Maaf bukan aku hendak bermusuh, tapi aku lebih tenang tanpa kau... tanpa cerita-cerita kau yang sering mensensasikan hidup aku sehingga air perigi melimpah menjadi air mata...

Aku tak faham, kenapa begini akhirnya kisah kau sedangkan aku lebih mengetahui kisah sebenarnya...

Dan paling aku tak faham kau seolah-olah tidak peduli, dan kenapa perlunya aku menangis demi kau???

Siapa kau?

Luka di badan cepat kering dan berparut, luka di hati masih berbisa, masih berdarah, masih berbekas dan masih beremosi...

Pergilah... aku relakan kau pergi jauh... biarkan aku damai di sini bersama dunia kecil yang aku bina selepas aku kehilangan segala-galanya... selepas aku menangisi segala-galanya, selepas aku merelakan dan redha dengan apa yang kau sebut takdir...

Pergilah... dan aku takkan minta kau kembali selagi mana kau ambil berat pun pasal apa yang dah berlaku...

Maafkan aku, aku dah tak larat nak kekang air mata dari jatuh ke pipi, kerana marah, rindu, sayangkan insan yang pernah aku percayakan dulu...

Tolonglah... 

Aku dah bisa hidup sendirian...

2 comments:

senandung semalam said...

aku penah rse....
choy gle kn rsenye..

Shukjessa said...

hehe tu lah, aku dah tak biase bila orang nak rapat balik. rase kekok sebab dah dekat 9 bulan aku ditinggalkan seorang diri tanpa berita yg sgt jarang aku dapat