Followers

Thursday, July 15, 2010

Review: Ongbak 3


Hari ni aku pergi menonton Ongbak 3 setelah aku nantikan ianya keluar. Dan tadi taklah ramai sangat yang tengok, maybe orang masih demam nak tengok Twilight, Predators dan Despicable me.

Aku beli coke je sebab pagi tadi dah telan roti canai 2 ketul. Bila dah masuk, tengok orang tak ramai, ok lah. Nak tengok apa kisahnya kali ini.

Apa yang dapat aku katakan adalah Ongbak 3 kali ni lebih heavy dari yang sebelumnya. Kalau Ongbak 1 lebih bertumpu kepada aksi-aksi  Muay Thai dan Muay Boran, Ongbak 2 dengan kisah seorang budak bernama Tien, Ongbak 3 ni adalah sambungan dari Ongbak 2. So buat yang tak pernah tengok yang ke 2 atau dah lupa better tengok dulu la. Tapi kalau taknak tengok pun takpe, sebab dalam filem ni adalah sikit flashback.

Muay Boran punya teknik

Kenapa aku kata heavy? Sebab 15 minit yang pertama, tak banyak dialog yang ke udara tapi lebih kepada cerita itu dan ini yang cuba menyingkap kembali ke filem yang terdahulu. Sampailah ke satu scene bila mana Tien dah sembuh dari luka dan cuba untuk pulih kembali untuk berlawan.

Ianya bukan filem aksi kosong kerna setiap scene itu ada maknanya tersendiri, aku perhatikan ianya lebih berkait rapat dengan unsur keagamaan Buddha itu sendiri. Buat yang berharap ianya penuh aksi, hapuskan imaginasi itu, kerana aksi dalam filem ni tidaklah sebanyak filem-filem Tony Jaa yang lepas tapi cukup untuk buat korang kagum.

Salah satu watak yang aku gemari adalah watak Crow yang mirip Tony Jaa. Gaya berlawannya dan gayanya memang sangat kejam. Dia ni lah orang terakhir yang Tien (Tony Jaa) akan lawan.

Satu keunikan bagi Tony Jaa selain aksi berlawannya yang pelbagai, adalah dia ni suka menerapkan budaya-budaya Thailand ke dalam filemnya. Kalau yang perasan, Ongbak 1 dia memperkenalkan Muay Thai disamping martial arts kuno Thailand iaitu Muay Boran.

Dalam Ongbak 2, dia mengketengahkan campuran martial arts antara Muay Thai, Kunfu, Ninja, Samurai dan lain-lain. Dan dalam Ongbak 3 ni, dia memperkenalkan kepada dunia martial arts yang diwarisi dari seni tarian dari sana. Sekali lihat seni tari ni lemah gemalai, namun setiap langkah dan bunganya itu mampu menumbangkan lawan.

Dan kalau korang ingat filem ni filem yang serius, prepare untuk terkejut dengan aksi Men (orang gila dalam Ongbak 2, kawan Tony Jaa dalam Ongbak 1) yang sengal nak mampus. Serius aku ketawa nak pecah perut dek kerana orang gila haiii...

Aku up sikit bintangnya jadi 4 dari 5 bintang. Aku syorkan untuk sesiapa melihatnya, cuma awal permulaan agak bosan dengan aksi perlahan dan borak-borak kosong.

Info: Muay Boran

Muay Boran merupakan salah satu seni mempertahan diri kuno dari Thailand yang melahirkan Muay Thai atau Tinju Siam ni. Ianya dipercayai telah digunapakai sejak dari zaman dahulukala ketika peperangan antara Siam dengan Burma. Muay Boran dikatakan lebih berbahaya dari Muay Thai kerana buah serangannya lebih tertumpu kepada sendi dan titik vital organ. Ianya telah diharamkan dari digunapakai ketika perlawanan Muay Thai dan hanya terdapat sesetengah individu yang masih lagi mengamal dan mengajarnya di Thailand. Korang boleh tengok aksi Muay Boran dalam filem Ongbak yang pertama. Secara tradisinya mereka akan pakai seluar paras lutut dan akan melilitkan tangan mereka dengan tali guni seperti glove boxing. Dan dipercayai ketika perang dahulu kala mereka meletakkan serpihan kaca pada lilitan tali guni untuk memberi kesan kecederaan yang boleh membawa maut.


No comments: