Followers

Thursday, July 1, 2010

Kisah di sebuah cerita

Malam itu sungguh hening, sunyi, sejuk, dan seperti baru ada kematian yang menjemput di unit Insitut Jantung Negara. Harith masih duduk berteleku di atas tikar sejadah, membaca Yassin yang telah dia ulangi sebanyak 10 kali sejak selepas solat Isyak tadi.

"Anak awak perlu dibedah segera, jantungnya kini lemah untuk mengepam darah ke seluruh anggota badan" kata-kata Doktor June masih terngiang-ngiang di setiap sudut otaknya. "Tapi... awak perlu usahakan untuk mencari wang kos pembedahan ini, dapat separuh pun dah kira ok". Sekali lagi dia cuba mengingati kembali kata-kata Doktor June. "Tapi...RM40, 000? Mana la aku nak cari duit sebanyak tu sesingkat ni?" hatinya bertanya. Dan dia terlelap di dalam surau kecil itu.





Sesudah dia menunaikan solat subuh, dia kembali ke wad untuk melihat keadaan anaknya yang kini bergantung harap kepada donor jantung baru. Sebak melihat keadaan anaknya, dia hanya duduk menanti kalau-kalau ada berita baik yang bakal disampaikan Doktor kelak.

"Maaf Encik Harith, permohonan pinjaman anda ditolak" kata seorang wanita di situ acuh tak acuh. 
"Maaf, boleh saya tahu kenapa? Saya rasa borang tu saya dah lengkapkan dengan apa yang diminta dan saya juga cukup syarat dan mendapat pengesahan dan saranan Doktor" balas Harith.
"Oh, maaflah, prosedur di sini tidak membenarkan kami untuk memberi pinjaman kepada bekas banduan" sekali lagi nadanya sinis.
"Tapi nyawa anak saya dalam keadaan bahaya, saya sangat memerlukan pinjaman ini" Harith merayu.
"Itu bukan masalah kami Encik Harith. Jikalau tiada apa-apa lagi encik boleh keluar, terima kasih" sambil tersenyum mengejek.

Oh dunia, alangkah tidak adilnya dikau. Adakah kerana aku seorang bekas banduan aku diperlakukan sebegini rupa? Bukannya aku tidak bekerja. Bukannya aku masih bersikap seperti dahulu, mencuri dan tolak barang. Aku sudah insaf dan berniaga sendiri. Adakah ini balasan terhadap dosa-dosaku yang lalu?





"Dik, sudah solat? Kalau tidak marilah sekali berjemaah" terasa bahunya dipegang seseorang. Seorang tua yang berpakaian kemas tersenyum ke arahnya. Mereka solat berjemaah dengan diimamkan orang tua itu. Ketika bacaan doa, Harith menangis memanjatkan doa kepada Ilahi agar dibantu memudahkan urusan dan diselamatkan nyawa anaknya. Si tua itu kehairanan kerana melihat seorang pemuda yang begitu kusyu' ketika dia membacakan doa.

"Pakcik, Yusoff, adik ni?" tangan dihulurkan. 
"Oh, saya Harith Pakcik Yusoff" tangan Pakcik Yusoff diciumnya. Terasa damai dan tenang bersalaman dengan orang tua ini.
"Ada keluarga sakit di sini?" Pakcik Yusoff memulakan bicara.
Cuba untuk mengukir senyuman tetapi hanya senyum kelat yang terpancar "Anak perempuan saya...".
"Berapa umurnya?".
"Tahun ni hendak masuk 18 tahun" balas Harith tenang.
"Samalah dengan cucu pakcik" orang tua ini masih tersenyum tenang.
"Pakcik ada keluarga yang sakit di sini juga?" Harith bertanya.
Sambil tersenyum "Pakcik yang sakit sebenarnya. Tapi dah operate dah. Datang sini untuk rawatan susulan aje".

Suasana hening seketika. Kedengaran hujan mula melabuhkan titis-titis permatanya yang mengenai atap surau itu. Mereka sama-sama keluar dari surau dan menuju ke sebuah kafeteria di sana. Pakcik Yusoff mengajak Harith untuk minum-minum sambil berbual.
"Kopi?" Pakcik Yusoff bertanya.
"Em, boleh juga".
"Kopi panas satu, air suam satu ya" kata Pakcik Yusoff.
"Eh, pakcik minum air suam je?" Harith serba salah.
"Takpe, pakcik baru operate, kopi-kopi ni kena pantang sikit" katanya sambil tersenyum.

Bau aroma kopi yang dipanaskan menusuk hidung memberikan suatu nikmat yang sukar diucapkan apatah lagi ketika hari tengah hujan dengan lebatnya.

"Pakcik tengok Harith ni macam ada masalah je, boleh pakcik tahu?".
"Takde apa-apalah pakcik, masalah saya ni berat untuk dikongsikan" Harith keberatan untuk menceritakan masalahnya.
"Ceritalah, mana tahu bebanan itu terangkat. Mana tahu pakcik boleh tolong. Bukankah hidup di dunia ini perlu saling tolong menolong antara sesama lain. Lagipun kita kan bersaudara seIslam?" kata Pakcik Yusoff.
"Em...begini, anak saya sekarang ni dalam keadaan yang critical. Dia perlukan donor jantung baru dan dalam masa yang sama saya perlu cari wang untuk kos pembedahannya itu." Harith meluahkannya.
"Kamu tak cuba buat pinjaman?".
"Saya dah cuba minta".
"Dapat?".
"...Tak...".
"Borang kamu tak lengkap?" Pakcik Yusoff bertanya lagi.
"Lengkap tapi..." dia berat untuk berkata selepas itu.
"Tapi?".
"Tapi saya ni bekas banduan, sebab tu ianya ditolak" sayu suara Harith.
"Oh hanya kerana kamu bekas banduan?" sedikit nada kekesalan yang keluar dari mulut Pakcik Yusoff.

Sebelum berlalu, Pakcik Yusoff menghulurkan sekeping kad nama kepada Harith.
"Esok, kamu cari pakcik dekat alamat tu boleh?".
"Err...InsyaAllah" balas Harith.
"Pakcik pulang dulu, banyak-banyakkan doa kepada Allah. InsyaAllah, Allah akan tolong hambaNya. Assalamualaikum" Pakcik Yusoff menghulurkan salam dan senyuman.
"Waalaikumsalam".

"Haji Yusoff Bin Haji Othman" katanya sambil memegang kad yang diberikan kepadanya tadi.

to be continue...

2 comments:

Anonymous said...

Syuk bile cite feveret aku nak d ending nih...

Shukjessa said...

cite feveret ko? cite apekah itu?