Hari Ahad bersamaan dengan 4hb Julai 2010 merupakan hari pelancaran buku Haluan Kiri Kukubesi dan Chottouch.
Aku memang bersemangat awalnya sebab teruja nak join first event yang aku pergi melibatkan show photographic ni. Tapi bila dah makin hampir tarikhnya makin risau, sebab? Aku pergi sorang-sorang je.
Tapi tulah, bila fikir-fikir, perlu ke aku takut? Perlu ke aku nak tunggu orang ajak atau perlu ke kalau nak pergi sesebuah event tu perlukan teman? Tak! Kalau ditakdirkan kita melayari hidup ini seorang diri, so be it.
Jadi dengan semangat yang aku kumpul balik, aku pergi juga ke event ni walaupun sebelum tu hujan agak lebat di sekitar KL dan area Petaling Jaya. Naik motor dari s.alam ke Wisma Bentley lengkap berpakaian baju hujan.
Sampai sana, aku dah perasan beberapa orang dah pakai baju Haluan kiri. Maknanya sale dah open. Aku pun cari parking dekat Tesco since tu je parking paling dekat dengan Bentley. Orang naik lift, aku naik escalator haha. Sampai tingkat 4, semuanya berbeza. Segala-galanya hitam dan merah dek kerana tema hari tu juga adalah hitam dan merah.
Kelibat-kelibat yang aku nampak sikit tadi makin ramai. Dan makin ramai yang dok sarung baju baru (baru lepas beli terus pakai). Aku? Aku memang dah pakai baju Achung KB dari awal-awal so tak kisah la sangat pun. And aku rasa aku sorang je yang pakai baju tu haha.
Masuk-masuk je, aku terus nampak baju t-shirt KB yang lama. Tapi design baru la, lawa. Tanya brader yang sibuk dengan karipap panas, RM60 sehelai. Last-last aku rembat t-shirt sehelai dengan sticker 3 RM10. Ingat nak beli patches tapi pikir aku nak rembat baju haluan kiri lak, kang over budget. Dah beli, try la jalan-jalan sambil tengok artwork otai-otai.
sori, gambar blur...dem!
Serius lawa... pada aku la since aku bukan budak art. Setanding la dengan bakat-bakat luar negara. Lepas tu, aku join dengan orang lain tengok perang poster haluan kiri. Entry ada la dekat 90 keping kot. Tapi kecoh dengar orang suruh dok promote "Undi poster nombor 65! dengan 63!". Aku pun carilah poster tu, tengok-tengok la, poster yang aku tengok dulu dekat FB KB. Paling lawak dan paling sempoi, poster ala-ala lukisan budak tadika. Satu lagi poster manipulasi muka peserta dengan body seorang india sambil mengendong anak.
bro ni ralit gila ambil video guna lens 50mm, aku pun jadi ralit tengok dia
Aku undi satu poster yang pada aku lawa, aku rasa penciptanya seorang pelukis, sebab poster tu dia buat ala-ala kartun mafia, lawa.
Tempat tu kecoh dengan macam-macam ragam otai-otai photog. Ramai yang ambil gambar perempuan cantik, seksi, model. Aku segan nak ambil so just tengok je la haha.
KB dan Chot menyampaikan sepatah dua kata
Lebih kurang pukul 2, kami dijemput masuk ke dalam auditorium untuk perasmian pelancaran buku haluan kiri. Time ni spoil bila speedlight aku wat hal. Jadi slow shutter, dan gambar blur banyak. Last-last aku ambil gambar dengan naikkan ISO sampai 1600, buka aperture sampai wide habis then ambil. Baru la tak blur tapi still tak sharp. Duh pasrah!!
Habis perasmian, ada band performed. Aku blah bila band pertama habis main. Rugi lak aku tak pergi ambil gambar lead guitar band tu tengah goreng, kalau tak mesti masyuk.
orang kerumun kalah artis hehe
Time nak blah tu, orang ramai dok kerumun KB nak bergambar, minta autograph. Aku just sempat ambil satu gambar candid KB haha, tak sompat nak ambil banyak-banyak. Satu, aku ni slow sikit, kedua kamera aku pun slow focusing, baru nak focus orang dah abes bergaya dah hahaha.
Aku blah awal sebab ada hal dan perut aku tak makan lagi, lapar siot. Tapi puas hati lah dapat tengok KB dengan Chot secara live, join event walaupun aku macam kayu je haha, dan paling best dapat beli baju, rabak wallet haduih!!!
No comments:
Post a Comment