Followers

Monday, July 19, 2010

Melaka trebel Part 1

Hari sabtu aku berangkat ke Melaka naik bas Transnasional. Agak kecewa sebab bas lambat. Patut naik pukul 8.45am tapi bas sampai je dah pukul 9.30am.

Naik-naik bas, ada lak sorang minah ni selamba badak je duduk dekat seat aku. Boleh lak  cakap "duduk je mana-mana, semuorang buat camtu". Pala hotak ko, dah beli tiket ada nombor, bayar dekat RM15, ko ingat naik bas lompat ke? Mujurlah dia nak bangun, kalau tak mau gak la ayat di atas keluar ke corong telinga dia.

Sepanjang perjalanan takde benda menarik. Aku sumbat earphone dengar lagu. Last-last tidur gak dalam bas. Sedar-sedar dah masuk bandar Melaka. Sampai je aku turun ambil beg terus ikut signboard cari kaunter tiket nak beli tiket bas balik esok. Dah beli, yess!!!

bas ni old skool, tengoklah dekat mane locengnya

hehe tengokla seatnya, tapi aku dah biasa pun time skola dulu

Kawan aku dekat Melaka call, tanya camne. Aku bitau je la tunggu sana, aku naik bas. Sian lak nak suruh diorang datang Melaka Sentral. Pandai-pandai la aku nak cari bas pergi bandar hilir. Nampak tulis Mahkota Parade, naik dan terus bergerak sampai la sana.

Turun dekat Padang Pahlawan, jalan tak bz sangat macam time aku pergi dulu. Hari pun masih nak tengahari. Aku dok terkulat-kulat di kaki lima tak tahu mana nak tuju. Dengan beg berat dekat 12kg, aku jalan je la masuk PP Mall. Call diorang, diorang kata kejap lagi sampai.


Then dapat panggilan suruh tunggu di sebuah restoran nasi kandar betul-betul tepi Sekolah Bandar Hilir, restoran Subaidah. Dalam 5 minit kemudian 2 wajah yang aku kenal dan 3 lagi yang tidak menghampiri aku. 3 perempuan 2 lelaki duduk dekat meja yang aku lepak tadi.

Persahabatan pun bermula dari situ. Bertukar-tukar nama, salam dan sedikit latar belakang. Aku seperti biasa banyak mendiamkan diri sebab dah jadi kebiasaan aku begitu. Aku lebih suka memerhati dan mendengar sebab aku nak tahu cara mereka berkomunikasi.

Bai, Abong dan Eca

3 sahabat baru yang aku kenal iaitu Chan, Abong dan Bai. Satu yang dapat aku tangkap mereka ni mesra tetapi agak sengal dan kelakar.  2 sahabat yang aku dah kenal dulu iaitu Eca dengan Wani pun baru kenal mereka juga. Kira kawan kenalan kawan.


Makan dah sudah, borak sikit-sikit pun dah sudah. Kini time aku nak check in. Aku sangkakan akan berjalan kaki tapi Abong mempelawa untuk menghantar. Walau agak sempit backseat sebab duduk 4 orang, bayangkan sorang lelaki dengan 3 wanita. Lepas hantar Chan ke tempat kerjanya, kami memulakan ekspedisi mencari hotel tersebut. Namanya Mimosa tetapi mereka pun tak pernah tahu atau dengar.


Akhirnya dapat juga ke sana setelah puas mencari menggunakan GPS. Aku check in, tengok bilik basuh muka kejap dan turun bawah balik sebab diorang nak bawak jalan-jalan.

3 gadis; Bai, Wani dan Eca

Seperti biasa, Melaka agak bz bila dah lepas tengahari hujung minggu. Kami berpusing-pusing mencari parking and last-last dapat cari dekat dengan Mahkota Parade. Dan dari situ kitorg menapak lak dekat sana.

Dah sampai sana, apa lagi aku capai kamera, diorang lak jenis suka bergambar, lagi la best. So korang tengok je la gambar-gambar diorang ni.




Aku dengan semangat Achung dan Haluan Kiri, haha. Picture by Bai

Rumah angker

Ada bakat jadi model cik Bai ni




















Diorang ni memang best, asyik gelak je walaupun kenal tak sampai sehari.

Penat ambil gambar, kitorg pergi cari cendol lak. Merayau lagi, aku ikut je since aku tak tahu jalan dan destinasi menarik pun. Dengar-dengar nak pergi Bukit Cina? Jalan je la. Abong lak tak berapa ingat dan kitorang pun round-round je la sampai jumpa.


Yang bestnya lokasi adalah di tepi jalan. Yang tak bestnya, tapak tu betul-betul kawasan perkuburan cina lamanya. Aku jalan-jalan tengok bawah eh batu nesan, gila! Aku makan cendol dan rasa rojaknya. Agak pelik sebab dia bubuh taugeh. Boleh tahan gak la, tapi pada aku tak boleh lawan rojak SS9 dekat Plaza Massalam tu.

Kitorang tak banyak sangat jalan mana-mana sebab time tu pun dah nak senja, tapi banyak borak la. Banyak kenal-kenal, kira best juga la dapat member baru macam diorang ni.

Aku sampai hotel, buka laptop, edit sikit dan upload terus gambar. Sementara tu aku pasang air, nak mandi buih la kononnya padahal sabun aku tu body cream haha. Jadilah dapat gak berendam jap, walaupun bath tub tu kecik, muat-muat je badan aku haha siol.

Ok sambung part 2 lak nanti...

No comments: