Selalu kita dengar orang selalu sebut camera compact, ada yang sebut P&S (point and shoot), dan yang paling besar ada yang orang sebut DSLR.
Tapi tahukah korang sekarang ni dah ada generasi baru yang menggabungkan kamera kompak dan DSLR menjadi suatu kamera baru yang dinamakan mirrorless camera. Aku lebih suka panggil kamera generasi baru.
Benda ni dah lama dah pun cuma lately ni makin banyak mirrorless camera dihasilkan.
Masih blur dengan mirrorless camera?
Beza DSLR dgn mirrorless camera
Seperti yang korang boleh lihat, sistem mirrorless tidak menggunakan pentamirror lagi seperti abangnya DSLR. Dengan itu, sizenya dapat dikecilkan dan menjadi seperti kamera kompak. Walaubagaimanapun, beratnya tidaklah seringan kompak sebab kamera jenis ni bila mount dengan lens, beratnya lebih kurang DSLR aje. Mungkin ringan dalam 60g je. Cuma sizenya yang kecil sudah banyak menambat hati kebanyakan pengguna kamera termasuk pengguna DSLR.
Contoh mirrorless camera
Samsung NX10, rupa masih DSLR cuma dikecilkan
Sony NEX-5, lihat lens yang pelbagai (the latest)
Olympus PEN (Paling hot)
Panasonic Lumix GF1 (Pencabar terdekat PEN)
Ricoh GXR (the only one yang guna konsep slide in macam katridge)
Untuk yang berminat nak beli DSLR, mungkin boleh dipertimbangkan sekali kamera jenis di atas. Kerana dari segi kualitinya sama dengan DSLR, kecil macam kompak dan mudah disimpan dan dibawa.
Cuma kekurangan kamera ni adalah dari segi aksesori yang masih terhad, lens yang limited, grip yang tidak berapa mesra alam berbanding DSLR dan kalau korang perasan Canon dengan Nikon takde pun dalam list rivalry untuk membuat mirrorless camera. Ini kerana mereka masih percaya dengan model sedia ada yang masih mendapat tempat di hati jurugambar-jurugambar tegar.
Pada pendapat aku, bagi yang gemar ambil gambar dan hendakkan kualiti setanding DSLR, patut beli kamera jenis ni. Tapi bersedialah dengan bajetnya yang bawah RM3K. Tepuk wallet tanya selera haha! Olympus PEN atau LUMIX GF1 tu menarik untuk dibeli =)
5 comments:
tolong la aku naks gt gf1 ni..tp mahal nak mampos pulak..xd duit
Bro kau tahu maner nak dpt DSLR paling murah and berkualiti... kawn aku nak beli lah sian dia ada info share ok..
petisuara: mirrorless aku rasa rege lebih kurang je, senang cite xde lagi la bwh rm2k, nak bwh rm2k DSLR ade la
mahamahu: aku syorkan aje, sebab rege kamera ni naik turun...
kalo ko penah dengar Plaza Pudu, bley try usha sana, orang kata sana murah (boleh kawtim dgn tokei), try cari kdai YL.
Kalo ko tahu Pertama complex, situ pun ada gak, FotoSelangor. TAPI dekat sini hati-hati, kene pandai tawar, kalo tak mmg hangus ah. Satu lagi dekat Pertama complex, kedai International Photo. Yang ni ok sket la nak mintak kurang rege.
Satu saranan aku, nak bli check harge online dulu untuk setkan stanrdard harga tanpa tawar menawar.
Bley check dekat shashinki.com atau ylcamera.com.my
Salam..
good one bro!! still saving for Canon EOS 1000D.. =)
Siti Zaleha
gud gud, saving is the best thing =)
Post a Comment