"Kita break..." bibir kecil itu berbicara mematikan segala masa dan langkah yang berlalu.
Aku hanya diam, anak mataku mengecil seolah-olah ingin lari dari kedudukannya. Lidahku bisu, telingaku tidak mendengar apa-apa lagi yang dia bicarakan.
Namun kutarik nafas dalam-dalam dan ku lepaskan semahunya.
"Baiklah, jika ini yang awak inginkan, saya tidak menghalang. Saya relakan perpisahan ini" kataku sambil menguntum sebuah senyuman.
"Saya minta maaf, saya dah ada insan lain yang bertahta di hati. Di saat kita berjauhan, dia menemani saya dan takdir kami untuk jatuh cinta" katanya sedih.
"Takpelah, saya faham. Mungkin ini takdir dan bukan jodoh kita untuk bersama" daku membalas sebagai kata perangsang.
"Adakah kita masih akan berkawan?" tanyanya pula.
"Sudah tentu, saya sentiasa akan menjadi kawan rapat awak tak kira apa pun" senyumanku kini makin lebar.
"Saya takut awak akan terluka sebab tu saya merahsiakan perhubungan kami, dan saya ingin beritahu pada masa yang sesuai" balasnya lagi.
"Ye, saya faham apa yang awak cuba lakukan, terima kasih" balasku.
"Andai saya ditakdirkan sendirian semula, mahukah awak menerima saya kembali?" dia masih bertanya.
"Sudah tentu, awak cinta terakhir saya, bukan mudah untuk membunuh perasaan ini" kataku bersungguh.
"Terima kasih, awak memang kekasih yang terbaik" dia memegang jari jemariku.
"Awak pun, semoga awak senantiasa bahagia bersamanya" kataku.
Apa pun, kisah di atas adalah asam garam dalam realiti orang bercinta. Namun adakah setiap lelaki akan bersikap sedemikian?
Bagi aku, aku bukanlah lelaki sebaik di atas. Mana mungkin aku akan terus merelakan pemergian seseorang yang sudah terlalu lama menyerikan suka duka hidupku. Mana mungkin aku akan boleh tersenyum tatkala dia mengatakan sudah mempunyai kekasih baru sedangkan aku masih lagi separuh mati mencintai hatinya. Mana mungkin aku akan gembira tatkala hati ni bersedih mengenangkan segala-galanya sudah tidak lagi bermakna.
Mana mungkin aku akan setenang itu tanpa sedikit pun mengeluarkan amarah dan kata-kata menunding jari kepada dia. Mana mungkin aku akan sewenang-wenangnya terima dia kembali sedangkan dia mencari orang lain tatkala aku masih lagi sendirian mencari-cari jawapan. Mana mungkin luka ini bisa sembuh begitu sahaja sedangkan tiada kekesalan di hatinya, hanya mampu berkata inilah 'takdir'. Takdir tidak akan mengubah nasib seseorang jika kita tidak berbuat apa-apa. Kerana aku lelaki yang berpegang kepada prinsip dan jujur kepada hati agar tidak mendustai lidah untuk berkata aku OK walaupun derita yang dilalui adalah khabaran yang tak penting baginya.
Cinta itu perlukan pengorbanan. Andai anda di situasi di atas, sanggupkah anda berkorban tanpa amarah? Jujurkah pengorbanan itu?
6 comments:
dengan busuknya org selalu kata,
"biarlah, asalkan dia bahagia, aku terima saja"
bila dlm situasi di atas..
Hakikatnya, kawalan emosi ttp tersasar..
Namun, aku sndri, personally, mahu jadi seperti di atas..
Sama ada akan jadi atau tidak,
itu terserah kepada masa dan usaha..
hehe realitinya tak seindah itu.
orang selalu kata itu takdir, tapi bila orang itu yang kene, kadang2 lagi teruk hibanya,
manusia yg setenang itu adalah manusia yang pernah melalui rintangan dan ujian yang telah diberikan, dan dari pengajaran itulah dia mampu menjadi manusia setenang air yang mengalir.
tapi untuk yang baru menghadapinya, percayalah ianya sebuah kisah yang takkan dia lupakan sampai bila-bila pun...
hati dan perasaan. aku pening. mungkin kita ptut bersendiri kadang2
sendirian itu perlu, kerna ada masanya kita perlu lakukan sesuatu seorang diri. tapi suatu masa kita perlukan teman jua, kerna itulah diciptakan hawa kepada adam.
aku tak pernah jumpa lelaki yang berserah mcm ni..
so far yang aku jumpa jenis yang tak nak melepaskan..
aku ingatkan ni penyakit wanita je..
"berserah sebagai insan yang lemah.."
hurm..tapi ade bagusnya lelaki mcm ni..
selalu kalo dah berserah ni either insan tu dah melalui pelbagi tragedi atau die jenis mmg penyabar.
aku rasa dalam dunia ada tapi bilangannya tak ramai sgt la.
ni baru kes putus cinta, kalo putus tunang? kes suami/isteri curang?
Post a Comment