Followers

Friday, July 2, 2010

Before and after


Sebelum seseorang itu berumahtangga, pelbagai janji dan kata-kata dilaburkan untuk menarik pasangan masing-masing.


"I janji, bila kita dah kahwin nanti, makan minum you akan terurus"
"Abang janji akan jadi suami dan ayah yang terbaik"
"Saya suka memasak, suka mengemas dan sukakan kanak-kanak"
"Susah senang kita harungi bersama ye sayang"


Tetapi, bila dah berumahtangga apatah lagi selepas beberapa bulan dan tahun, juga selepas mendapat cahaya mata.


"Ala bang, penat la. Kita makan kedai je la"
"Mah! Tolong ambil anak awak ni, kacau saya nak baca suratkhabar je"
"Yah, anak kita nangis tu nak susu"
"Ala abang buat kan je la, bukan susah pun kan, Yah ngantuk ni"
"Aduhai rumah macam sarang tikus"


Kadang-kadang kita terlalu nakkan something tapi bila dah dapat, kita abaikan, dengan pemikiran dah jadi hak milik so takyah la susah-susahkan diri lagi. Dulu sanggup diet macam nak mati, dah kahwin diet? Alah suami tak kisah pun.


Dulu beria-ria nakkan anak, siap berubat mintak doa itu ini tapi bila dah ada, disia-siakan. Anak ibarat kucing, ketika nak main kita cari dia, bila si kecil tu nak main kita halau dia jauh-jauh dengan alasan penat, ingin buat kerja, sibuk dan lain-lain.


Orang yang pandai on something, ie: memasak, menghias rumah tak gerenti lagi mereka ni adalah golongan yang rajin dalam hal itu. Lebih baik rajin, tak pandai dari pandai, pemalas. Biar rumah tak menarik asalkan kemas dan selesa didiami, tidaklah rumah nampak cantik tapi hanya menyapu seminggu sekali tika habuk dah seinci dari lantai.


Ramai perempuan yang mulutnya manis sebelum kahwin tetapi suaranya garang lepas kahwin.
Ingat! Sebelum kahwin, lelaki tiada hak apa-apa. Tetapi lepas kahwin lelaki itu adalah suami, ketua keluarga yang perlu dipatuhi (selagi mana tidak melanggar hukum Islam) dan dihormati. Jika si suami berkecil hati, malaikat akan menjauhi si isteri sampai ke hari yang berikutnya.


Ramai lelaki yang menjadi ketua keluarga tapi jarang hendak adil. Hanya kerana titlenya ketua, so dia boleh duduk rilex dan goyang kaki. Ingat! Dosa keluargamu terletak di bahumu yang memikulnya sehingga kiamat kelak. Berat dosanya, maka kamu pun tersangkut dan diheretnya sekali.


Buat yang masih belum berumah tangga, sila perhatikan soalan-soalan ini dan simpan ianya di dalam minda korang dan tanyakan kembali pada diri korang selepas korang dah berumah tangga kelak...


1) siapa yang perlu bangun tiap-tiap malam andainya anak ingin susu atau lampinnya basah?
2) siapa yang perlu mendidik anak-anak dari kecil hingga dewasa
3) adakah anak itu diibaratkan seperti anak kucing?
4) perihal rumah, urusan siapa?
5) mengemas, memasak, membasuh baju urusan siapa?
6) jika ada masalah, salah siapa?


Jika korang lebih banyak jawap 'Dia' maknanya korang tak bersedia pun nak melayari bahtera yang dinamakan "Perkongsian hati dan kehidupan selamanya"
Fikirkan...


2 comments:

Ch@ Ch@ said...

nice post..
aku tak menafikan peranan lelaki atau suami dalam hal rumahtangga..
tapi selalunya..wanita a.k.a isteri lebih memainkan peranan yang penting dalam hal rumah tangga dan didikan anak2..

Shukjessa said...

btol mmg btol sha, tp apa yg aku ingin sampaikan di sini, adalah sejauh mana benda tu kita amalkan sepanjang anak-anak membesar dan kita makin tua.

sebab bila bab2 kebaikan kita seronok mengaku kitalah yang mendidiknya...

tapi bila ada masalah berlaku, kita kerap menunding jari kepada pasangan kita

"Awaklah ni manjakan sangat anak-anak, sampai naik tocang"
"Awak ni tak reti didik anak-anak?"

So pada aku hal rumah tangga dan anak2 perlu ada permuafakatan bersama, so kalo ada masalah perlu ada rasa bersalah iaitu

"Salah kami" bukan lagi "Kau yg salah"