Hari ini aku ada group diskusi bersama teman-teman sekuliah. Walaupun masih di semester satu, aku mesti join group diskusi untuk memantapkan lagi ilmu aku tentang kalkulus. Dahlah aku dulu tak berapa nak suka add math di sekolah menengah, kalau ni pun aku buat sambil lewa gamaknya nanti kena repeat balik la paper ni next semester.
Hujan... Aku lupa pula nak bawa payung keluar kolej tadi. Kak Ita ada pesan "Nad nak pergi kelas? Bawa la payung, nak hujan ni. Tengok langit tu" bibir mungilnya memuncung ke langit. "Takpelah kak Ita, sempat kot nanti Nad sampai kelas" kataku yakin, walhal aku tak suka bawa payung, leceh. Silap-silap aku boleh terlupa bawa balik.
Jarak bus stop dengan kelas tempat kami berjanji untuk membuat group diskusi hanyalah beberapa meter. "Redah je la, dekat je pun kan?" getus hatiku.
Dengan nekad, aku memulakan larian di tengah-tengah curahan hujan yang tidak menampakkan akan reda dalam masa terdekat. Mujur juga aku pakai jeans, senang sikit nak berlari.
Tapi nasib tidak menyebelahiku, dek kerana hujan dan jalan licin, aku terjelepuk jatuh ke tanah. Terasa sesuatu yang agak panas keluar dari telapak tanganku. Darah, tangan aku terkena batu ketika jatuh tadi. Terlupa yang ketika itu hujan tengah mencurah-curah, tiba-tiba keadaan sekeliling aku hujan telah berhenti. Aku dongakkan kepala dan terlihat seseorang tengah memegang payung tepat di bawah keadaanku yang masih duduk di atas tanah.
"Ya Allah Nad, kenapa awak basah lencun ni? Darah??!! Eh! Eh! Siapa ada tisu? Cepat!!" Rose mula bersuara dan semakin lantang bila melihat tanganku berdarah.
"Aku terjatuh tadi, tangan aku terkena batu, takpe sikit je ni Rose" aku cuba menenangkannya. Rose mudah panik tapi aku tahu dia seorang teman yang baik walaupun kadang-kadang agak menjengkelkan.
"Awak tekan tempat luka tu, nah tisu" suara insan yang memayungkan aku tadi jelas kedengaran. Aku masih samar-samar melihat wajahnya kerana rambutku masih basah dan dia bertopi dan berbaju hujan.
"Lin! Lin! Nanti turun bawa towel ye" Rose menjerit di luar kelas, kedengaran suaranya sampai ke dalam.
Aku mengeringkan rambut dan pakaianku seketika di toilet. Lin ada mempelawa untuk ke biliknya tapi aku menolak. Hari masih hujan, dan aku keluar dari tandas sambil toilet membalut badan. Daun pintu ku tolak dan terlihat seorang lelaki yang aku rasakan menolong aku sebentar tadi.
"Eh? Dia rakan sekuliah? Kenapa aku tidak pernah perasan dia sebelum ni?" ku berkata sendirian.
Perlahan-lahan aku cuba mendekati dia dan memulakan bicara.
"Terima kasih sebab tolong tadi".
"Sama-sama, awak patut bawa payung lain kali" balasnya sambil tersenyum menyerlahkan lesung pipit yang tersembunyi di sebalik wajah misterius itu. Terasa seperti ada kejutan elektrik tikala itu, entah kenapa aku rasakan senyuman amat menawan.
Aku kembali ke tempat dudukku di sebelah meja Rose. Perbincangan dimulakan dan Haider, ketua kelas yang juga lelaki idaman kebanyakan perempuan menunjukkan caranya menyelesaikan masalah kalkulus. Aku akui Haider memang cerdik dan tampan orangnya, namun tidak berjaya menarik perhatian aku. Aku masih lagi curi-curi pandang ke wajah lelaki misteri itu. "Siapa ya?" aku masih berteka teki. Sepanjang perbincangan tu, dia tidak banyak bercakap, hanya ketika menjawap soalan dan bertanyakan soalan. Saat orang lain berbual, dia lebih banyak termenung dan mendengar MP3 sahaja.
Sebelum pulang, aku pergi memulangkan kembali towel Lin yang aku pinjam tadi.
"Thanks Lin, mujurlah korang duduk kolej sini je, kalau tak puas juga aku nak patah balik ke kolej".
"Takpe, Nad pun lain kali jangan lupa bawa payung".
"Eh, mamat tu budak kelas kita ke? Kenapa aku tak pernah perasan pun?" tanyaku pada Lin.
"Oh, tu la Dean, ada dalam kelas kita. Dia selalu duduk hujung, tak berapa nak campur sangat dengan orang, dia suka buat hal dia sendiri".
"Ooo habis tu macam mana dia tahu kita ada buat group diskusi?" tanyaku pelik.
"Hari tu, Haider ada buat announcement siapa yang nak join boleh join, maybe dia tahu dekat situ la kot?".
Sepanjang perjalanan balik ke kolej, aku masih lagi memikirkan si mamat yang bernama Dean tu. Masakan aku tidak perasan kewujudan dia? Tiba-tiba otak aku cuba mengingati seseorang yang tidak pernah bersuai kenal denganku. Hanya dia saja yang aku tidak pernah tegur, tapi aku ingin berbuat demikian. Ya, tak syak lagi, pasti dia! Lelaki yang selalu pakai fullcap hitam bersama hooded sweater tak kira cuaca.
Hari berlalu, bulan berganti namun Dean masih lagi begitu. Aku juga masih begini, masih lagi curi-curi pandang ke mukanya. Aneh, aku tak tahu kenapa tapi aku dapat rasakan sejalur perasaan mengembang dan menuju ke muka. Adakah dia sudah lupakan peristiwa itu? Selepas habis kelas, dia akan terus berlalu dengan haluannya. Tidak pernah pun dia ingin terlibat sama menyertai kami ke mana-mana. Hanya di group diskusi jelah yang dia berminat.
Satu hari ketika hendak pulang, hujan masih lagi turun. Aku terkandas di bus stop. Ramai juga student-student lain yang terkandas. Bas pun tak kunjung tiba lagi, aku hanya mampu memeluk tubuh untuk menghangatkan badan. Malangnya hari ni aku berbaju kurung, so aku tak nak lah basah kuyup nanti jelas kelihatan susuk tubuh dengan undies. Nak tak nak kenalah tunggu bas sampai.
Dari jauh aku lihat sesusuk tubuh berjalan di bawah limpahan hujan yang agak lebat. Pelik, hujan lebat tapi tidak pula dia berlari sebaliknya berjalan seolah-olah ingin bermandi hujan. Bila dia makin menghampiri bus stop barulah aku dapat mengecam mukanya, Dean. Patutlah dia selamba je redah hujan, dia berbaju hujan rupanya. Dia membuka hood baju hujan dan terserlahlah mukanya yang agak kusam itu. Aku hanya mampu tersenyum tatkala dia memandang wajahku. Namun tiada balasan.
Hujan masih lagi belum berhenti, tapi sudah reda sedikit. Aku membuat keputusan untuk redah sahaja hujan since bas tak sampai-sampai. Saat aku bangun, Dean memanggil namaku "Nad, awak nak balik kolej? Nah payung, hujan lagi ni". Aku menoleh, payung hitam yang sama meneduhkan aku pada peristiwa itu dipegang erat di tangannya.
"Takpelah, hujan dah reda ni. Lagipun aku ni pelupa sikit kalau pinjam payung orang" aku memberikan alasan.
"Oh kalau macam tu, saya temankan awak sampai ke kolej. Hujan, nanti demam" balasnya sambil membuka payung.
"Err...ok lah" bukanlah jawapan yang aku nak luahkan tapi entah kenapa itu yang terpacul keluar.
Sepanjang perjalanan pulang, dia memayungkan aku. Dean orang yang agak tinggi lampai, lebih kurang 180cm aku rasa berbanding aku yang hanya 164cm. Dan jelas kelihatan tangannya yang agak besar dan panjang memudahkannya untuk memegang payung di atas kepalaku. Namun dia tetap begitu, sunyi tanpa bicara. Aku resah sebab kesunyian itu membunuh.
"Dean, ko duduk mana? Kolej ke?" aku cuba memulakan perbualan.
"Tak, saya duduk rumah sewa" balasnya pendek.
"Oh, bukan ke part 1 kena duduk kolej?".
"Saya tolak".
"Kenapa?" aku sekadar ingin tahu.
Dia hanya tersenyum menyerlahkan lesung pipit yang aku idamkan selama ini.
"Lah...tersenyum lak mamat sewel ni" ku berkata perlahan.
"Ye saya?".
"Alamak, dia terdengar ke aku cakap dia sewel?" getus hatiku. "Tak, ko ni misterius la".
"Oh..." jawapan itu disudahkan dengan senyuman itu lagi.
Kali ni aku betul-betul mati akal hendak berbual apa lagi. Nak tak nak aku pun diamkan je la sambil cuba curi-curi pandang ke arahnya. Orangnya hensem tapi agak aneh dan misteri, sayangnya kehidupan dia.
"Baiklah, kita dah sampai dekat kolej awak, hujan pun dah berhenti" katanya sambil menutupkan payung.
Aku tidak sedar bila masa hujan berhenti.
"Em... terima kasihlah sebab temankan aku balik kolej" kataku.
Dia hanya tersenyum dan membuka baju hujannya. Ketika membuka baju hujannya itu, t-shirtnya terangkat sedikit dan ternampaklah parut panjang merentasi abdomennya itu. Namun aku cepat-cepat mengalihkan pandangan.
"Saya balik dulu ye Nad" katanya sambil tersenyum.
"Eh balik jalan kaki je ke? Tak naik bas?".
"Takpe, saya dah biasa jalan kaki" katanya lagi sebelum menghadiahkan senyuman manisnya yang terakhir untuk hari itu.
Aku hanya mampu melihat dan masih lagi berfikir, pelik betul la mamat ni...
5 comments:
cukup teruyja baca dis story..
sambung3x.. hehehe ;-D
hehe thanx =)
mane ada pjg pon. keh keh keh.
hai awak! dah lame xsinggah sini. :)
panjang? hai hai sile2 =)
continue bro
P/S : Review Film : Ong Bak 3 Memang Lucu! Hahaha!
Post a Comment