Followers

Tuesday, August 31, 2010

Warkah terakhir buatmu...


"Hujung minggu ni awak ada apa-apa program tak?".
"Hujung minggu ni? Emm tak kot? Kenapa?"
"Takde apa-apa, saja tanya" Sarah tersenyum simpul.

"Yes miss, tiket untuk berapa orang?"
"Dua ye" ucap Sarah sambil tersenyum girang.
"Ok, semuanya RM34 ye" balas si penjual tiket.
"Here you go" kata Sarah sambil menghulurkan not RM50.

Petang Jumaat, Sarah menghantar SMS kepada buah hatinya.
"Hi, wat pe? BZ ke?"
"X, tengah tunggu nak punch card"
"Awk, Ahad ni awk free kan?" balas Sarah.
"Yup, y?"
"Tgk wyg nak?"
"Emm...cerita apa?" balas kekasihnya.
"The remaining moment, love story, nak?".
"Emm, tak tahu lagi la, tgk la cane nanti". Jawapan yang agak menghampakan Sarah namun dia masih mahu mencuba.
"Knape?".
"Xde pape, tgk la nanti cane ye, takut sy bz je" balas kekasihnya lagi.
"Ahad pun awk keje ke?" Sarah mula kecewa.
"Emm, tgk la nanti ye syg, tak boleh janji. Okla, sy nak balik dulu, bye".

Andai langit cerah, ianya ribut di dalam hati Sarah. Masuk kali ni, dah dekat 2 bulan mereka tak berjumpa. Setiap minggu pasti ada sahaja alasan atau tolakan apabila Sarah cuba mengajaknya ke sesuatu tempat or pergi ke sesuatu event. Tapi dia tetap bersabar kerana tidak mahu bergaduh atas benda yang remeh temeh ni.

Pagi Ahad, dia masih menantikan jawapan dari kekasihnya itu. Masih tidak juga menghubungi Sarah. Dek kerana geram, Sarah teruskan sahaja langkahnya ke panggung untuk menonton wayang biarpun tanpa kekasihnya itu. Hinggalah tiba saat wayang dimainkan masih tiada sebarang khabar berita pun yang diberikan kepadanya. Dia menonton dengan perasaan bercampur baur; geram + kecewa + sedih. Tiket yang berharga RM17 sekeping tu lebur sebab dia tidak dapat nak memberi tumpuan kepada ceritanya.

Semenjak kekasihnya itu mula bekerja, sangat jarang mereka dapat bersama walaupun pada hari minggu. Setiap kali diajak ke mana-mana, pasti jawapannya 'tengok la dulu' tetapi kemudian senyap seribu bahasa. Apa yang menambahkan sakit hatinya adalah lepas kejadian tu, kekasihnya akan update status or letak gambar baru tentang aktiviti terbaru bersama teman-temannya.

Kadang-kadang dia pun pelik. Kenapa lah susah sangat nak luangkan masa bersamanya. Bukannya dia mengganggu pada hari kekasihnya itu bekerja pun, malah dia cukup memahami kesibukan kekasihnya itu. Dia cuma berharap agar hujung minggu paling tidak dapatlah diluangkan sedikit masa bersamanya, hatta tidak keluar bersama, dapat SMS or call pun sudah memadai. Namun itu semua jauh panggang dari api. Madu yang diterima kini sudah menjadi racun dalam diri, membinasakan tubuh setiap saat dia masih menggenggam atau ingin merasai kemanisan madu itu.

"Aku dah tak tahan la Nisa"
"Sabarlah Sarah... ko kena la paham dia".
"Aku dah cuba, aku dah cukup bersabar dengan dia. Tapi dia buat aku tak lebih macam tunggul je".
"Ish tak baik cakap camtu" balas Nisa.
"Yelah, time dia senang, aku pun dia tak ingat, nak SMS or call jauh sekali. Nak jumpa aku pun, aku yang beria-ia nak ajak dia, tapi tu pun dia tolak dengan macam-macam alasan".
"Dia sibuk kot?".
"Aku faham la dia sibuk bekerja, tapi hujung minggu takkan takde masa langsung untuk aku? Aku bukan minta dia mengadap aku satu hari suntuk pun. Dapat beberapa minit sehari pun dah kira ok. Tapi kalau dalam sehari pun susah nak layan aku, apatah lagi hujung minggu" luah Sarah.

"Yela, hari biasa sibuk kerja, hari minggu la dia nak relax..." Nisa masih cuba menenangkan.
"Relax? Yang dia lepak dengan kawan-kawan dia boleh pula? Yang aku ni kekasih dia, jadikan tunggul je la? Time susah barulah nak cari aku minta bahu untuk tumpang bersedih ke jadahnya".
"Tahlah, aku pun tak tahu nak cakap apa dah tentang korang berdua. Korang berdua kan kawan aku gak".
"Baik aku takde je dari hidup dia. Ada pun aku yang lebih makan hati. Biarlah, kalau dia merasakan yang aku ni hanya satu bebanan dan merimaskan, aku akan lepaskan dia dari hidup aku" Sarah sudah mula keguguran air mata.
"Sarah...takkanlah...korang dah kapel dekat 3 tahun kan" Nisa turut bersedih.
"Mungkin dia dah bosan dengan aku. Kalau tak, benda macam ni takkan pernah terjadi. Kalau betul-betul kita sayangkan or cintakan seseorang, api cinta tu takkan pernah nak padam pun" Sarah mengesat air jernih yang makin laju jatuh.

Suatu hari si kekasih hati Sarah menerima sepucuk surat. Isi kandungannya tertulis


Buat Amad yang dikasihi,
Maafkan saya terlebih dahulu kerana menghantar sepucuk surat ini kepada awak. Maaf, bukan niat saya pun tapi saya di dalam situasi yang terpaksa dan hati saya makin makin menderita kerana awak. 
Mad, adakah awak masih ingat bila kali terakhir kita berjumpa? Bila kali terakhir awak SMS or call saya? Saya tak kisah sangat kalau awak tak call, saya faham mungkin awak mahu berjimat kos, tapi kenapa SMS pun tidak? Bukankah SMS sekarang sudah jauh lebih murah dari dahulu? Kenapa ye? Kita duduk di bawah satu bumbung negeri tapi saya tak paham kalau awak still susah nak jumpa saya?
Saya tak pernah marah awak bila awak tolak pelawaan saya untuk keluar or nak jumpa saya or pergi event mana-mana. Sesungguhnya awak tahu jika awak tak pergi, dan saya nak pergi, saya still pergi seorang diri. Adakah awak pernah rasa bagaimana pergi ke sesuatu tempat seorang diri sepanjang masa? Tak kan, sebab awak ke mana-mana ada orang teman. 
Awak ingat lagi saya ajak awak tengok wayang? Awak kata tengok la dulu, dan sampai sudah saya tunggu paling tidak SMS awak. Saya tengok sorang-sorang sambil nangis, bukan sebab tiket burn tapi sebab saya nak sangat tengok dengan awak tapi awak tolak. Dan lebih menyakitkan hati bila saya dapat tahu awak keluar dengan kawan-kawan pergi jalan-jalan dan makan-makan, sikit pun tak ajak saya?
Saya ni siapa sebenarnya dalam hidup awak? Kalau awak dah bosan dengan saya beritahu je lah, saya redha kalau hubungan ini putus, or awak dah memang tak nak langsung saya ada dalam hidup awak hatta as a friend?
Saya tak pernah minta apa-apa dari awak, cukuplah sekadar masa awak bersama saya yang kini saya rasakan orang lain boleh layan saya lebih dari awak walaupun mereka hanya kawan. Paling tidak, mereka ingat juga saya.
Sebelum saya akhiri surat ni, saya memohon maaf banyak-banyak atas semua kesalahan yang telah saya lakukan. Maaf saya dah tak boleh nak teruskan lagi bersama awak kalau begini lah layanan awak. Saya bukan malaikat, saya bukan Nabi, saya manusia biasa yang tak perfect yang masih boleh terasa hati, yang bisa menangis dan kecewa. Jika surat ini awak masih baca, anggaplah kita sudah tiada apa-apa lagi, jangan cari saya jika hati awak tak ikhlas. Jangan cari saya kalau awak masih nak bersikap seperti ini, di manakah Amad yang pernah saya kenali? Awak tanyalah diri awak sendiri...
Yang benar, 
Sarah Arshad

Dan segala-galanya sudah terlambat...

3 comments:

senandung semalam said...

ape punye jantan la ni..
hehehee

Shukjessa said...

itulah dunia, realiti tak seindah fantasi imaginasi otak kita

Unknown said...

salam kenal :)