Followers

Friday, August 13, 2010

Resepi; Ikan bakar tibai-menibai

Salam ramadhan untuk pembaca blog sekalian. Minta maaf banyak-banyak blog aku ni dah jarang nak update lak, tah la bukan takde idea nak tulis. Ada je, tapi tu la nak tulis cerpen, mesti stop setengah jalan, kurang feel haha.

Oklah sempena bulan ramadhan ni, mesti ramai kan yang balik kampung or rumah mak ayah. Yang tak balik pun takpe, janji korang ada rumah (sewa) dan ada dapur pun dah ok. Seperti yang aku telah beritahu dahulu, kalau resepi ikan bakar aku tu berjaya, aku nak kongsi la dengan korang.

Untuk yang mengidam nak makan ikan bakar ala-ala tepi pantai dan dok pikir camna la agaknya diorang tu buat sos letak atas ikan tu, meh sini aku nak ajarkan, resepi ala-ala tepi pantai, kena try baru tahu, aku cakap je korang tak try memang takkan tahu la rasanya sama ke tak.

Ikan siakap, makan bertiga pun perut nak pecah. Yang ni special letak petai sebagai penaik aroma

Ikan bakar tibai-menibai (untuk 4-5 orang makan, bergantung kepada size ikan)


Bahan-bahan


Seekor ikan (siakap, sebelah, ayam, ketuka, pari, cencaru dll)
6 biji bawang merah
3 biji bawang putih
10 biji cili padi
Seinci halia
3 batang serai
1 1/2 camca teh belacan
2 sudu besar kicap manis
2-3 sudu besar sos tiram
2-3 sudu besar cili boh
1 sudu besar asam jawa (ambil airnya)
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu besar sos ikan
5 sudu besar gula
Daun kunyit
Daun pisang
(banyak hei bahan-bahan)


Cara-cara


1. Kesemua bahan-bahan yang aku listkan tu kecuali ikan, daun kunyit dan daun pisang di blendkan dengan sedikit air (nak tumbuk merana).


2. Cili padi dan gula adalah ikut citarasa masing-masing, nak pedas, nak manis, garam tu jangan letak dulu, since banyak bahan berunsurkan garam dah ada dalam bahan-bahan.


3. Bila dah lumat, masakkan atas dapur sehingga sos ni menjadi sedikit pekat.


4. Ikan yang dah dibersihkan tu, dikelar-kelar dan di grill dengan lapik daun pisang atas dapur separuh masak, ini untuk mengelakkan ikan korang tu overcook dan terlalu dry. Letak daun kunyit yang dipotong-potong dalam ikan.


5. Bila ikan dah separuh masak, tuangkan sos yang dimasak tadi ke sekeliling ikan tersebut. Masak lagi sampai korang rasa ikan dah betul-betul masak. Boleh dimakan begitu sahaja atau nak cicah sambal pun ok.
Nak lagi sedap, bakar pakai dapur arang, peh~!!!

2 comments:

Ch@ Ch@ said...

respect aku lelaki punye blog ade resepi masakan..
syabas!

aku salin eh..
hehehehe~

Shukjessa said...

sila-sila, ape yg aku tulis adalah utk perkongsian, kalo tak nak kongsi aku tak tulis.

sekadar minat dan hobi =)