Followers

Wednesday, August 18, 2010

Realiti cinta

Aku...
Pernah merasai apa itu cinta monyet. Pernah merasai apa itu cinta internet. Pernah merasai apa itu cinta sebenar. Pernah merasai sakit cinta bertepuk sebelah tangan. Pernah merasai cinta sekejap. Pernah merasai cinta yang panjang. Pernah merasai cinta long distance. Pernah merasai sakitnya didustai. Pernah merasai sakitnya dikhianati. Pernah merasa sakit ditinggalkan. Pernah melalui sakitnya meninggalkan seseorang. Pernah kecewa kerana cinta. Pernah berduka kerana cinta. Pernah derita kerana cinta. Pernah merasai cinta ditolak.


Hakikatnya cinta itu bukanlah semestinya memiliki...

Dan cinta sejati bukanlah bagaimana dan bila anda bakal berkahwin tetapi bagaimana anda akan habiskan hidup bersama atau tidak dengan dirinya.

Kita selalu dikhayalkan dengan kisah cinta mitos hindustan yang cinta mesti memiliki tak kira apa jua pun hatta di hari perkahwinannya. 

Sekuat-kuat manusia adalah manusia yang melepaskan sesuatu yang bukan miliknya walaupun dihatinya masih utuh pegangannya. Sesuatu yang di dalam kurungan dengan paksaan akan lebih menderita dan akhirnya mati.

Namun janganlah serik mencari cinta, kerana cinta itu bisa melembutkan hati manusia, tapi terlalu banyak akan membutakan mata hati.

Pesanan untuk rakan-rakan yang belum, bakal, tengah, pernah, kecewa dengan permainan hati bernama cinta.

5 comments:

Ch@ Ch@ said...

yang membuatkan putus cinta itu sakit,pedih,sedih tu bila hati kita berdendam..

bila kita mula menerima hakikat,ketenangan tu datang sendiri..

Shukjessa said...

hehe nice one sha.

tp utk menerima hakikat perlu dididik hatinya untuk melepaskan sesuatu.

kalau dah terbiasa ianya milik kita tiba2 suatu hari ianya adalah kenangan, sukar untuk orang yang tak pernah merasai sakit putus cinta ni.

sbb tu utk orang yg tak reti handle, ade yg sampai nak bunuh diri. elakkan jauh2 benda ni. nyawa lagi bernilai dari cinta tu.

cEro said...

percaya atau tidak, cinta mendewasakan...
sama ada kecewa atau bahagia, semuanya mendewasakan...
cuma kdg-kdg 'persediaan' adalah penting sebeblum cinta..
sbb cinta bukan macam suis, bley on-off suka hati, kan??

Shukjessa said...

hehe btol2, cuma aku rasa ramai dari kite takde wat ape2 persediaan melainkan dah pernah melalui benda tu.

sbb utk 1st timer, kdg2 kita tak perasan pun kita dah jatuh cinta. time tu dah terlewat pun sbb dah asyik sgt...

Liza Ramli said...

best!