Followers

Monday, August 23, 2010

Patin oh patin (bukan Fatin ye)

Sempena bulan ramadhan yang penuh berkat. Ditambah lagi dengan juadah berbuka yang sememangnya lazat-lazat sampai kembung perut minum air je hahaha.

So untuk posting kali ini, kawan nok ler berbangge skek dengan negeri kelahiran kawan ni, mane lagi kalo bukan Pahang (udoh ler, aok bukannye reti cakak orang Pahang, huduh je bunyinye). 

Hahaha, dan seperti yang korang tahu, kalo sebut Pahang dalam fikiran korang mesti lauk gulai dan satu lagi ikan patin. Dan daerah yang paling femes dengan ikan patin adalah Temerloh.

Patin Buah, perhatikan perutnya sedikit boroi macam buah (gambar; Google)
Untuk yang tak tahu apa kejadahnya itu ikan patin, meh sini koi nok beghitau. Ikan Patin atau nama saintifiknya Pangasius Sutchi adalah spesis ikan air tawar jenis meserba yang mendiami kawasan-kawasan sungai dan lombong-lombong. Bentuk fizikal utamanya adalah mempunyai dua sengat di kiri kanan dan satu di belakang badan, tidak bersisik dan lembut. Saiznya boleh mencecah 1 meter panjang dan beratnya boleh menjangkau 20kg. Diet utama spesis ini adalah anak-anak ikan, buah-buahan sungai, udang dan bangkai binatang.

Ikan patin ni ada banyak jenis, antaranya Patin Buah dan Patin Muncung, sila lihat gambar. Biasanya harga pasaran sekitar area Pahang adalah di antara RM11-14 sekilogram mengikut jenis Patin. Pada aku, rasanya sama je untuk kedua-dua jenis.

Cuma terdapat kekeliruan untuk orang yang bukan dari Pahang atau bukan pembeli setia ikan sungai ini. Ramai yang confuse dengan ikan patin yang dijual di pasar-pasar atau pasaraya dengan harga yang sangat murah iaitu RM3-4 sekilogram. Yang dijual itu adalah ikan patin kolam dan bukanlah ikan patin sangkar.

Apa beza patin kolam dan sangkar? Patin kolam ni di mana orang ternak ikan di dalam kolam  tanah yang digali, manakala patin sangkar adalah ikan yang diternak di dalam sangkar (jaringan) di sepanjang sungai Semantan @ Pahang (di bandar Temerloh). 


gambar asal http://ikanpatintemerloh.blogspot.com/


Apa yang menyebabkan kedua-dua jenis ikan ini berbeza sangat harganya adalah ikan patin kolam lebih hanyir sebab air yang tidak bergerak dan keruh dek lumpur. Jadi bila masak buat yang tak reti nak membasuhnya akan rasa tanah yang amat sangat. Lain perihal dengan patin sangkar. Since sangkarnya dibiarkan terapung di dalam sungai, maka airnya sentiasa mengalir dan ianya dapat mengekalkan rasa seperti patin liar.

Pernah dengar ikan patin harga sampai RM200 seekor? Itu biasanya adalah patin liar atau patin pancing. Ni ikan patin yang hidup meliar di dalam sungai pahang. Rasanya lebih manis sebab banyak travel haha.

Macamna nak bezakan ikan patin sangkar atau kolam? Kalau orang reti masak, bau hanyir mungkin dapat dikurangkan tapi perbezaan paling nyata adalah harga. Disebabkan harga ikan patin sangkar adalah mahal, amatlah mustahil jika restoran tu nak jual murah-murah macam sekeping ikan RM2, sah-sah patin kolam.

Gulai tempoyak ikan patin (sumber; Google)

Untuk yang berminat nak merasa makan ikan patin masak tempoyak, bolehlah pergi ke bandar Temerloh, tapi pastikan ada teman sekitar Temerloh or orang Pahang yang tahu serba sedikit mengenai harganya. Takut je la kena tipu, makan punya makan sekali kena bayar RM100 untuk 2-3 keping je ikan patin.

Untuk yang nak resepi ikan patin masak tempoyak boleh je, nanti aku letakkan. FYI, selain ikan patin, ikan-ikan sungai lain pun boleh masak tempoyak seperti tilapia, puyu, sepat, dan lain-lain.

9 comments:

Mat Sentap said...

lu org phg area mne ea??

KERAK NASI said...

tempoyak yob!!!
aaahhhh..

Shukjessa said...

aliesya: aku orang bentong, mak aku orang chenor, maran. nenek aku di temerloh bandar ikan patin haha.

KN: hehe ye tempoyak, orang pahang dengan perak yg kuat makan bende ni

z o u l said...

org pahang gok ni..hehehe..
moh le mkn patin umoh koi

Shukjessa said...

haha bro, pahang temerloh ke? patin temerloh terbaek~~

theSkycrapper said...

sedap yo!..bagus aku baca di mlm hari..hahahaha

Shukjessa said...

hahaha baguih dok ado

cEro said...

masak lemak tempoyak ikan patin...
waaarrgghhhh!!!

bolehkah aku ke rumah ko wahai shuk utk melantaknya???

Shukjessa said...

hehe boleh je, tp nak datang bitau dulu. kang datang2, mak aku tak sempat beli dkt pasar. sbb ikan ni hanya perlukan sejam lebih je untuk habiskan hasil jualannya dari sebuah lori kecil yang kira-kira dekat 50+ ikan. so kalo dia datang pukul 8 pagi, pukul 9,30 dah boleh kemas2 balik semula ke temerloh hahaha, kencang tak bisnes? sekor ikan katelah 1 kilo, dapat 50 ekor x rm14. dapatlah dalam rm520 sehari. tolak duit minyak duit tol, duit modal maybe dpt dlm rm300 sehari. kalikan dengan sebulan dapat la dalam rm9k-10k jual ikan je. hahaha pakcik kayoo~!!!