Baru lepas tengok LBS the siries. 1st impression aku, kenapalah ambil si Farid Kamil tu berlakon jadi budak sekolah? Tak boleh ke cari seorang manusia yang ada iras-iras muka dia. FK dah muka orang tua bukan remaja lagi. Tengok time diorang lepak bawah pokok dah macam budak Universiti.
Cara drama ini sedikit janggal sebab guna kaedah narratif ada suara hati macam dalam novel pula. Tak kisahlah sangat. Plot memang ikut buku, yang aku rasa terlalu tight sampai lakonan agak tak natural. Patut diberi kebebasan sedikit dari segi skrip untuk menggayakan style fahaman masing-masing yang dipantau agar maksudnya tidak lari.
Cinematografi agak membosankan dengan kameraman yang agak tak stabil. Tiada shot dan angle yang menarik perhatian sangat, dan jelas kelihatan camera yang berlari (sebab goyang) ikut pelakon. Still filem LBS punya cinematografi yang lebih baik.
Pemilihan pelakon, FK aku still tak puas hati dengan ekspresi muka dia tu. Dan siapa lah yang pilih pelakon si Ayu tu? Pada aku Lisa is still pasangan secocok buat FK. Aku suka gandingan diorang dalam Im not single, sangat natural. Pelakon baru ni pada aku mukanya agak chubby dan cara lakonan masih lagi nampak baru. Walaupun orang dok ngata Lisa nangis tak keluar air mata, still aku prefer dia sebab ekspresi wajah dan lakonan lebih natural.
Sapi, aku paling suka watak mamat ni. Siapa pelakonnya entah (credit nya terlalu kecil walaupun aku tengok pada tv 32inci, tak nampak jelas pun nama pelakon watak Sapi). Tapi dia memang pandai berlakon, gayanya bersahaja, pandai menyanyi dan main gitar. Abaikan muka tak hensem dan kepala botak, itu bukan keutamaan janji pandai berlakon. Yang lain-lain, agak terikat dengan skrip. Dan yang paling pelik, Cikgu Mui adalah India?
Satu yang harus dipuji, sesiapa yang menggantikan scene roller blade dengan main boling. Cuma yang bosan scene banyak sangat dalam dorm. Sikit-sikit dorm, sikit-sikit dorm.
Paling aku menyampah, selang 7 minit drama, iklan. Camtu la sepanjang satu jam bersiaran kononnya, ngalahkan TV3 iklan, kek nye kata Astro.
Konklusi? Biarpun cerita ni ikut novel 90% tapi pada aku jiwanya itu tiada sebab lakonan agak hambar pada episod 1 ni. Harap-harap next week punya episod akan lebih hidup dengan permulaan kisah sedih sesiapa pun.
6 comments:
best ke??
sy xleh tgk tv...huhu
bolehla... kalo kabir bakhtiar yg direct rase lagi ok kot
sapi tu bukan amir sofaz ke? dia kan mmg pnyanyi, tu yg sora sodapp.. tensen la tgk ayu..
eh? tak perasan sbb rupanya sgt lain. tp secara jujur dia berlakon lagi hidup dari FK. Ayu? oh toksah cerita la, macam ada yg tak kene, macam takde chemistry langsung
yup sapi is vokalis sofaz..
da tgk n sangat sangat bosan! cam dead character jek hero n heroin die..dat ayu sangat xsesuai ngan character die.camne dorng plih pelakon ntah...
tah la, pengarahnye along kamaluddin, tengok style die mengarah agak biase dan bosan, cane tah cameraman ambil shot dengan goyang2.
tabley buat ape la, penerbitnye adalah pengarah filem LBS, sharad tu... nak save bajet la kot?
tapi pelik, ramai yg suka sangat. bila beri komen, terbaik!!! sangat best!!! hebat!!! aduhai komen yang sangat poyo dan tidak membina apa-apa pun.
next week nas T dah start berlakon on which im doubt he can deliver as azmi, prefer que haidar despite the looks (ala nas T pun muke chinese, so WTH???)
Post a Comment