Followers

Monday, August 30, 2010

Erti kemerdekaan


"Hak elah ko, apa la!! Kan orang sekarang tengah sibuk nak sambut merdeka, show some respect la brader. Bendera Malaysia ko mana? Asal tak gantung or letak lagi tanda kita setia pada negara".
Halim masih mendiamkan diri, membaca surat khabar yang berada di tangannya.
"Woi ko dengar tak ni? Macam ni ke bangsa Melayu? Bendera mana bro? Takkan dah kerja nak gantung pun bendera pun payah kot?" sekali lagi suara Jiman bergema.
"Tah ko Lim, tak rock ah tak gantung bendera, orang bagi tu, ambil je la gantung bukan susah sangat pun. Takde semangat patriotisma la ko" Ujang pula menyampuk.
"Dah ah, jom ah blah, tinggalkan je mamat poyo ni, buat habis air liur aku je bising-bising suruh gantung bendera" ajak si Jiman.

Pada 31 Ogos 2009, pukul 10 pagi.

"Halo? Hah siapa ni? Tak dengarlah..."
"Kata nak join larian amal sempena hari kebangsaan" suara Halim di corong telefon.
"Wei, aku tak larat la. Gila ko, aku balik pukul 7 pagi tadi ko tau tak. Malam tadi peh superb gila wa cakap lu. Awek-awek tak hingat punya seksi. Ujang langsung kantoi kena tahan otek dekat pub lepas ambang merdeka malam tadi, mujor aku sempat keluar awal".
"Heh, kata anak melayu, tapi meLAYU adalah..." sindir Halim.
"Wei, ko pehal nak sindir-sindir aku ni. At least aku pergi sambut ambang merdeka sama-sama pemimpin, ko ada ke?" Jiman naik angin.
"Yelah, adakah itu erti kemerdekaan buat ko? Itu yang ko kata semangat patriotik? Sambut ambang merdeka lepas tu lepak kelab malam sampai pagi? Tu ke anak melayu?".
"Takde-takde, janji aku sambut merdeka, ko apa tahu?".
"Oklah aku nak tanya ko, kalau betul ko bersemangat merdeka sangat, cuba ko nanyi lagu Negaraku..." Halim mencabar.
"Eleh, ko ingat aku budak sekolah ke nak suruh nyanyi lagu negaraku?"
"Try ah, tak kan takut kot?"
"Woi aku tahu lah. Negaraku, tanah tumpahnya darahku...rakyat...err...rakyat...hidupp... na nana.... ah aku tahu la, tapi aku tengah ngantuk ni"
"Pirah! Lagu negaraku pun tak ingat, ada hati nak kata semangat kemerdekaan. Wei pergi hafal balik la lagu negaraku baru ko boleh berdebat dengan aku pasal kemerdekaan!" panggilan dimatikan.

p.s: untuk yang dah lama meninggalkan alam persekolahan, agak-agaknya korang still boleh nyanyikan lagu negaraku tanpa melihat lirik?

1 comment:

senandung semalam said...

boleyh2...
xkan lupa lagu negaraku smpai bile2