Followers

Monday, August 2, 2010

Eksperimentasi sos ikan bakar

Suatu pagi di Tesco

Akakku nampak ikan pelik di atas serpihan ais, kelihatan ikan yang rupanya agak pelik. Mukanya garang, tapi yang peliknya badannya tidak simetri. Sebelah membonjol bagai banyak isi, dan sebelah lagi leper macam takde isi.

"Ikan ape ni dik?" dia bertanyaku. Aku geleng-geleng kepala tidak tahu. Tengok tanda harga tiada nama, hanya harga RM9 sekilo.
"Beli nak? Kita bakar nanti. Nanti awak carilah resipi nak buat sos macam dekat medan ikan bakar tu" aku hanya blur, sedap ke ikan ni? Mukanya pun aku tak berapa berkenan, macam ikan piranha.
"Kalau tak silap angah, tu ikan zaman Nabi dulu, Nabi pernah makan separuh lepas tu lepaskan balik ke cane tah, tak ingat sebab tu namanya ikan sebelah" aku mengangguk, 1st time aku jumpe ikan sebegitu rupa.

Pagi tadi awal lagi aku dah keluarkan segala isi lauk yang berada dalam peti ais. Peti ais rumah akak aku ni pelik sikit, sebab tempat lauknya sekali dengan freezer, so lauk akan membeku. Baiknya lauk tahan lama. Tak bagusnya, setiap kali nak masak, kena keluarkan awal 4-5 jam sebelum nak masak.

Pukul 3 aku tengok ikan tu masih keras, aku letakkan dalam besen berisi air untuk lembutkan ikan tu. Sesambil tu aku cuba cari resepi sos ikan yang selalu medan ikan bakar guna tu. Cari punya cari jumpa tapi pelbagai version. Cuma dari pemerhatian aku, ada beberapa bahan yang sama cuma sukatan yang berbeza. Sesi menyediakan bahan-bahan dan eksperimentasi pun bermula. Masukkan semua bahan ke dalam blender dan kemudia rasa, macam ada yang tak kena. Aku dah cuak, pelik semacam je rasanya.

Akakku balik dari kerja dan terus ke dapur sambil rasa sos aku. Dia pun bereksperimentasi dan tambah itu dan ini sehinggalah kami sepakat mengatakan ianya dah lengkap. Satu grill atas dapur gas satu lagi dalam stove elektrik.

Bila dah masak, rasa sos itu lain dari yang mentah, aku pun pelik. Walaupun tak seperti yang pernah aku makan namun rasanya sedap sebab kombinasi pelbagai jenis rempah ratus haha. 

Tadi time dinner, tengah makan aku masih bereksperimentasi dengan otak untuk perbaiki resepi ikan bakar ni. Diskas dengan akakku dan dia pun setuju untuk try lagi next time. Abang iparku kata sedap, rasa macam makan time bulan puasa lak, 2 kali tambah nasi haha.

Kalau resepi dah ok, nanti aku kongsikan dengan korang, bolehlah try masak bulan puasa nanti ikan bakar pehh!!


6 comments:

senandung semalam said...

aku tggu...
cepat2 taw...

Shukjessa said...

hahaha tungguuuu~!!

theSkycrapper said...

aku juga.smlm buat ayam bakar.aku perap sendiri.ada ke ayah aku ckp manis..aku mcm nak nagis dah mkn..oh abah, anak mu x tahan pedas mcm abah..silalah jgn mintak pedas lagi lain kali..hahaha

Shukjessa said...

hehe dah ekau orang nogori memang ler, mau tak abah ko kate manis. ade resepi orang nogori x? kongsi2 la der haha

theSkycrapper said...

kongsi mende..aku main rembat je tu..hahaha

Shukjessa said...

hahaha, rindu aku dekat rendang nogori, last time aku makan uwan teh aku hidup lagi dekat rembau =)