Followers

Wednesday, August 25, 2010

Bulan oh bulan


Malam ni bulan penuh dan langit sangat cerah sehingga nampak bentuk awan yang bergerak sayu. Sayu? Begitulah perasaan aku pada malam yang damai dan sejuk ni. Bertemankan kamera dan sebuah tripod, aku duduk seorang diri merenung bulan.

Orang kata bulan itu indah, dek kerana itu perumpamaan menggunakan bulan kepada sang kekasih hati. Tapi mengikut kata-kata ahli saintis, bulan itu penuh dengan kawah dan gersang tanahnya.

Tak kisahlah, janji dari bumi ni bulan nampak sangat cantik bersinar menerangi malam yang patutnya gelap dan kelam.

Kalau dulu, aku akan senantiasa ditemani seseorang yang aku anggap lebih dari seorang kekasih, kawan karib dan juga insan yang aku sayangi. Namun apabila segalanya putus, ia seakan-akan terus berakhir begitu saja. Tiada lagi gelak ketawa, bualan mesra mahupun janji manis.

Ya saat itu indah, membuatkan aku insan yang paling bahagia. Sekarang ni aku pun tak tahu nak cakap bagaimana, adakah aku gembira atau derita? Derita keseorangan, derita kerana janji, derita kerana sebuah perhubungan, dan derita atas dasar seorang kawan.

Kawan? Adakah itu yang dia masih gunakan terhadapku? Kerana apa yang aku tahu, nilai aku tak lebih dari sekadar seorang asing yang hanya ditegur jika terjatuhnya sesuatu milikku. Tu je la, kalau tak aku hanya sekadar nama dan title kawan itu hanya sekadar...orang asing.

Yelah, aku sedar siapalah aku ni. Nak marah? Im nobody pun kepadanya. Kalau dulu aku meluahkan something sebab in relation, harap dia akan faham. Sekarang ni kalau luahkan pun, dia punya hak untuk nak faham atau tidak.

"Hai bulan, andainya kau turut memahami perasaanku, kau akan sentiasa bersinar terang sepanjang masa, mahukah kau?".
Genggaman pada handphone ku eratkan. Geram, tu je la yang aku mampu untuk luahkan.

"Siapa ye yang pergi?" mesej terakhirnya buatku walaupun selepas tu ku balas semula.

Ini bukan kali yang pertama, kali yang ke berapa pun entahla. Dan aku dah muak bila dapat jawapan yang sama. Satu je la persoalan aku, kenapa perlu tanya siapa yang pergi, adakah aku bukan dalam lingkungan kawan atau best friendnya? Hanya kerana kita ada history dulu, adakah ini bermakna nak keluar bersama pun dah tak boleh? Habis tu, aku ni kawan yang macam mana? Kawan yang hanya diperlukan ketika ada masalah dan tempat untuk meluahkan, tapi bila senang aku ni tak masuk dalam list pun?

Kadang-kadang aku pun tak tahu kenapa aku perlu ada handphone. Dapat SMS tapi tak pernah ada proper perpisahan, selalu tergantung camtu je, satu benda yang aku paling tak suka sebab tertunggu-tunggu macam orang bodoh.

Bila aku buat keputusan hendak pergi jauh dari dia, dia akan mendekati secara tiba-tiba. Tapi bila aku cuba hendak rapat dengan dia, dia akan terus pergi begitu saja. Kawankah begitu?



Dan malam ni, aku masih bertemankan kamera merenung dan mengambil gambar bulan. Oh bulan, hanya kau yang sudi mendengar luahan hatiku ini. Hanya kau yang setia bersamaku setiap malam sepanjang tahun hingga akhir hayatku...

7 comments:

theSkycrapper said...

sabar bro..jodoh x kemana..akan ada jodoh yg terbaik utk tiap2 manusia..sabar..kalau bukan dia, org lain..jgn kecewa sgt..manusia ada pilihan, tapi x tau mana yg terbaik..Allah je yg maha mengetahui..so, bnyk2kan berdoa..lagi2 ramadhan ni..berkat..mana tau ada bertemu jodoh yg terbaik otw nk p tarawikh ke?..=P

Shukjessa said...

cerita tu bukan pasal jodoh pun, tapi lebih kepada erti seorang sahabat.

suka aku ingatkan kepada yang membaca, apa itu sahabat? adakah ianya insan yang hanya kita ingat bil kita susah or perlukan tempat meluahkan something or ape?

atas dasar kawan @ sahabat @ member, patutnya tidak ada istilah pun siapa yang pergi, yang patut ada bila nak buat? support la member2 yang buat sesuatu btol tak?

cEro said...

itu adalah golongan yg aku gelar,
'konon matang tp berperangai budak kecik'
sbb kalo btol dia matang, dia tahu beza kawan dan kasih.
bertindak professional dan tidak terbawa2 dgn perasaan..
hakikatnya, hanya budak kecik je nak putuskan sahabat hanya kerana kasih adalah mustahil...

Shukjessa said...

entahla, aku pun pelik...

Mat Sentap said...

kwn lelaki or perempuan????
hehehe..owh sebut pasal bulan...mlm esok after midnyte tgk la bulan or langit...mne tahu dpt napak planet marikh ke...

senandung semalam said...

xtaw nk ckap ape..?
pening2

hans said...

mungkin ko xperlu balas kalau dia sms

P/S : Digi Sayang Aku Agaknya! Hahaha