"Tan...ooo Tan... mana la perginya budak bertuah ni?" Makcik Esah menggaru kepala.
"Haaa tu pun kamu, dah nak maghrib ni baru nak balik ye?? Dah gi masuk rumah" bising Makcik Esah.
"Haaa tu nak pergi mana tu? Ya Allah kotornya kaki...hey budak ni..."
Tan atau Atan hanya memandang Makcik Esah lesu dan berlalu pergi.
"Eh kamu ni kenapa Tan? Mak tengok sehari dua ni kamu asyik monyok je? Putus cinta ke?" Makcik Esah berseloroh.
Atan hanya makan sambil sesekali menjeling kepada Makcik Esah.
"Ai, sikitnya kamu makan? Selalu habis je lauk mak masak untuk kamu ni".
Atan masih mendiamkan diri, dipandangnya Makcik Esah dan terus berlalu pergi ke ruang tamu.
"Haa itulah kerja kamu, main, makan, tengok tv, tidor".
Hari ni Atan tidak keluar bermain, hanya terperap je duduk di rumah. Mukanya monyok je. Makcik Esah yang perasankan perubahan Atan ni mula bimbang.
"Tan, ni mak masak lauk feveret kamu tau, makan banyak-banyak eh".
Sesekali Makcik Esah menggosokkan kepala Atan.
"Mak sayang kamu sangat-sangat tau...".
Dah tiga hari Atan terlantar di atas tilam empuk tu. Jalannya goyah, tidak bersemangat seperti biasa. Makcik Esah sudah mula risau. Dia segera menelefon anaknya, Johari yang duduk jauh di selatan tanah air.
"Johari, Atan sakit...mak risau la".
"Mak dah bawa dia jumpa doktor?"
"Dah, doktor bagi ubat dan vitamin, tapi mak tengok lagi teruk..." suara Makcik Esah sudah tidak keruan, air jernih dah membasahi pipinya.
"Hujung minggu ni balik ye tengok Atan..."
"Tak boleh janji la mak, saya bz dengan kerja pejabat ni"
"Em takpelah..." telefon ditamatkan.
Tiap-tiap hari Makcik Esah mendoakan agar Atan disembuhkan dari penyakitnya. Tak sanggup lagi melihat tubuh anaknya itu yang dulu gebu kini hanya tinggal rangka. Menitis air matanya melihatkan penderitaan Atan "Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya" getus Makcik Esah.
Satu hari ketika Makcik Esah sedang menyapu sampah, dia terlihat Atan cuba bangkit dari tilam tempat pembaringan itu. Berlari Makcik Esah pergi mendapatkan anak kesayangannya itu.
"Atan nak pergi mana ni? Atan kan tak sihat?" Makcik Esah sudah mula menangis. Kelihatan Atan seperti susah hendak bernafas. Makcik Esah cuba memberikannya ubat namun ia muntah mengeluarkan segala isi ubatnya.
"Ya Allah, sudah tibakah masanya Engkau mahu mencabut nyawanya? Ya Allah, kenapa harus dia dan bukan aku?" berjuraian air mata Makcik Esah melihatkan Atan.
Kelihatan Atan sempat memandang Makcik Esah dan cuba untuk berkata sesuatu...
"Meow....meow..." sebelum suara nyaring itu berhenti dan akhirnya tubuh itu longlai rebah ke bumi.
Tersedu sedan Makcik Esah melihat Atan sudah tiada lagi. Kini sudah tiada siapa lagi yang akan menemani hidupnya. Dengan perasaan berat hati, Makcik Esah mengambil cangkul dan menggali lubang di hadapan rumahnya untuk menanam tubuh yang tidak lagi bernyawa itu. Dia redha atas segala-galanya.
Hujung minggu tu, Johari pulang secara mengejut selepas tergerak hatinya untuk pulang setelah 6 bulan tak pernah balik.
"Mak? Assalamualaikum? Mak?" dia menjerit. Dia menolak daun pintu...
"Eh? Tak berkunci? Ah sudah...mak???!".
"Mak dekat bilik ni Johari..." terdengar suara ibunya datang dari bilik tengah. Segera Johari masuk dan terkejut melihat emaknya terlantar baring sambil memegang gambar Atan di tangan.
"Mak? Mak ok ke? Kenapa mak menangis?".
Makcik Esah hanya mampu mengalirkan air mata sambil acap kali mengucup gambar Atan.
"Atan mana mak?" Johari sudah rasa serba tidak kena. Emaknya geleng-geleng kepala.
Johari sudah berlari keluar, "Atan! Atan?! Abang balik ni!".
Di muka pintu, Makcik Esah perlahan berkata "Atan dah mati, Johari...".
Bagai tidak percaya sebab sangkanya Atan hanya sakit biasa seperti dulu-dulu. Terduduk dia bila ibunya menunjukkan pusara Atan dihadapan rumah.
"Atan...maafkan abang sebab tak sempat nak jumpa kau..." tanpa disedari air matanya mengalir.
Malam tu, Johari masih menangisi kematian kucing kesayangan milik keluarganya itu. Kucing itu bukan calang-calang punya kucing. Kucing itu adalah kucing kesayangan arwah bapanya dulu. Dia masih ingat ketika bapanya meninggal, Atan seolah-olah meratapi pemergian ayahnya dengan tak lalu makan, selalu di rumah, dan selalu berbunyi seperti bertanyakan "Ayah...ayah di mana, Atan rindu ayah, nak cium baju ayah, nak main dengan ayah". Biasanya apabila baju ayahnya hendak dibasuh dan dilonggokkan di tepi tandas, Atan akan menggesel-gesel pada baju ayahnya itu, hanya baju ayahnya tidak orang lain.
Atan pergi kerana sakit tua, umurnya ketika itu menjangkau 12 tahun, kucing yang paling lama di dalam family Johari. Siapa tak kenal Atan? Jaguh satu kawasan perumahan. Selalunya dia akan menang bergaduh. Tapi di umurnya yang tua itu, dia yang selalu kena balun. Kini Atan kekal dalam memori mereka sebagai hero family yang banyak berjasa.
Kisah di atas ni adalah based on true story. Mungkin ianya tidak sedih untuk mereka yang tidak sukakan kucing or haiwan belaan, tapi untuk mereka yang sukakan haiwan seperti ini amatlah perit dan sedih apabila mereka sudah tiada lebih-lebih lagi bila mereka mati betul-betul di hadapan mata kita sendiri dan kita yang pergi menanamnya. Kisah ini aku tributekan kerana saban hari aku melihat episod haiwan belaan didera atau disiksa oleh manusia keparat. Tak dapat bayangkan manusia menyiksa binatang seperti ini kerana kucing adalah haiwan kesayangan Rasulullah.
6 comments:
sedih aku baca
teringat kucing aku dulu
P/S : Lagi Sekali Entry Aku Berkisar Tentang Kenapa Aku Meminati Filem Tamil Dan Bollywood!
P/S : Kepada Sesiapa Yang Ingin Mengiklankan Product Anda Di Blog Saya Sila Click Entry Ini Berkenaan Ruang Iklan Di H.P.B Blog
walaupun aku xske kucing sgt tp aku ade la rse kasihan kt dorg..
sian kt makcik esah...
ada dua pengajaran dalam cerita ni. satu: sayangi haiwan.
kedua: selalu la balik jenguk ibubapa anda di rumah, jgn la sampai kucing pun jadi anak sbb rindukan anak2 sbenar tak balik2
betul2
macam drama dkt tv2 yg aku tgok semalam
P/S : Aku Dah Kata Lisa Surihans Dengan Aku Memang Ditakdirkan Bersama Di Sini..Hahahaha!
ni kisah pengalaman sendidir ke???layan gak
95% cerita benar yakni sendiri punye, 5% lagi diolah
Post a Comment