Followers

Saturday, July 31, 2010

Job wedding

Ramai sangat tanya aku "Bro, buat job wedding ke?". Dan jawapan aku mesti menghampakan diorang. "Tak ah, hobi je, tak layak lagi buat job wedding".

"Ala bro, tak cuba mana tahu, dah cuba baru belajar. Lagipun buat wedding masyukkkk~!!". Aku hanya tersenyum. Kalau semuorang pikir camtu, aku rasa dekat satu bandar tu ada lah beratus-ratus photog, tapi kebanyakannya punya hasil tak semenggah untuk dijadikan bisnes.

Bagi aku tanggapan orang bila ada DSLR je kena terus buat job wedding adalah kurang hemat. Jika ada DSLR tapi skill dah tahap sifu, ok la juga nak buka bisnes. Tapi kalau tang tu la baru kenal DSLR dan tang tu la baru nak belajar basic kamera dan shoot pun banyak guna Auto mode je, layak ke nak buka bisnes?


Adakah kita mahu jadi photog wedding yang dikenali kerana harga murah? Atau dikenali orang ramai kerana reputasi dan hasil kerja yang sangat memuaskan hati pelanggan, paling tidak mempunyai trademark tersendiri.

Aku tak pernah rasa hebat bila pegang D60 aku, sebab aku tahu D60 banyak kelemahan dan untuk buat sesebuah job, akan lebih mendatangkan halangan dari gambar yang menarik. Ditambah pula skill aku masih baru, masih banyak yang perlu aku belajar, aku masih perlu berguru sebab belajar sendiri memang boleh cuma lambat prosesnya.

Tentang tanggapan orang "kalau tak buat job wedding, camne nak belajar?". Sebenarnya apa yang perlu dilakukan adalah tagging bersama orang yang berpengalaman dalam job wedding. Time ni la kita akan belajar dari photog itu secara tidak langsung (terpulang budi bicara photog tersebut). Bila dah selalu tagging, pergi outing bersama otai-otai photog, pergi ke kelas ambil gambar dan editing barulah kita lebih bersedia untuk memulakan bisnes job wedding.

Bak kata orang tua-tua, "Kalau ilmu belum penuh di dada, lautan dalam jangan kau duga". So kalau ilmu photography pun baru dipangkal, janganlah berangan nak masuk ke job wedding. Kita bercakap soal pelanggan, duit dan kepuasan. Biar harga mahal tapi berkualiti, jangan murah tapi hampas je. Nak bisnes, fikirkan long term effect bukan hanya sementara.

Sekarang aku lebih banyak cari pengalaman dan belajar sendiri dulu. Boleh je sesiapa nak join aku, tak perlu ada DSLR, cukup kalau korang ada kompak yang ada mode dial Manual. Hujung-hujung minggu tak tahu nak buat apa kan? Boleh cari tempat menarik untuk ambil gambar. Nak belajar guna DSLR pakai D60 aku pun boleh, tepuk dada tanya diri. Gambar korang, kredit to korang, amacam ada bran???

Friday, July 30, 2010

Jalan-jalan, Chow kit Road


Post kali ni, aku malas nak tulis cerita, korang tengok je la gambar yang aku tangkap ni. Nak lebih feel, boleh main lagu Chow Kit Road by Allahyarham Sudirman ni.

Masjid Jamek HDR version
Permulaaan ke dalam lorong Chow kit

Buah murah...


Di salah sebuah tempat di Chow kit


Awak kelihatan hijau laa...


Sayut...sayut...


Keris kecil


Sup chow kit, macam-macam ada


Tokei gerai, malu untuk diambil gambarnya


Sup dah habis...

Stesen monorail Titiwangsa

Hantu LRT Masjid Jamek

Kesimpulan yang dapat aku katakan, Chow kit masih lagi seperti dulu, cuma sudah banyak kehilangan orang kita di sana. Lebih ramai Indonesia dan juga Bangla. Tapi environment tetap sama, tetap begitu, heaven untuk membeli buah, hotel murah, makanan pelbagai jenis, sup pelbagai organ. Masjid Jamek Pakistan masih ada, tengah renovate, bangunan Keramat dah lama tutup. Sangat best sebenarnya untuk ambil gambar di sini jika korang bukan pemalu macam aku. Aku ambil gambar ni untuk trip yang ke 3 lalu lalang, agak pelik tapi itulah aku. Cuma hati-hati seperti dalam lagu tu, ramai orang nampak baik tapi hati-hati takut ditipu pencuri. Next time aku nak tinjau tempat lain lak untuk bergambar, chiow~!


Wednesday, July 28, 2010

Street Candid dan Photojournalism

Sejak kebelakangan ni selepas aku balik dari Melaka, agak teruja nak berjalan-jalan sambil ambil gambar ala-ala street candid atau photojouralism. Tapi bila aku baca magz Click yang baru je aku beli tadi selepas kecewa tak dapat nak tengok movie, magz tu mengatakan street candid dengan photojournalism adalah cabang yang agak susah untuk diceburi since kita kena paham betul-betul elemen yang kita hendak guna dan gambar yang hendak kita ambil.

Gambar yang aku cuba sebagai candid (penukaran ke B&W high contrast)

Street candid lebih merujuk kepada pengambilan gambar dalam bentuk candid atau si subjek tidak menyedari akan hala tuju muncung lens kita. Selalunya gambar-gambar seperti ini akan dijadikan hitam putih atau ditukar tona warnanya menjadi sedikit kusam agak menaikkan lagi mood yang ada. Selain itu, street candid juga mengambil gambar still life pictures seperti objek yang ada merata-rata di jalanan seperti kereta, basikal buruk, mangga dan lain-lain. Ianya juga akan diedit samada dalam bentuk HDR atau penukaran tona warna samada hitam putih atau sephia untuk menaikkan lagi moodnya.

Ada juga team street candid yang mengambil gambar urban landscape seperti bangunan yang mempunyai struktur binaan unik, air pancut, atau apa-apa landscape yang menarik.

Photojournalistic images from the Photography of Jim and Mary Whitmer

Agak berbeza dengan photojournalism, ia lebih kepada penceritaan disebalik gambar yang diambil. Ianya boleh dilihat seperti jurugambar perang, jurugambar yang suka merantau dan juga jurugambar yang mengambil gambar ketika sesuatu sambutan majlis atau perayaan. Ianya lebih kurang seperti jurugambar reporter cuma ia punya mood tersendiri yang lebih feel.



















Cosmo's World Times Square, aku HDR kan guna Lightroom

Hari kelmarin baru saja aku ke Plaza Pudu, kononnya ingin mengambil gambar ala-ala candid dan urban landscape. Tapi disebabkan aku baru ke sana, tidak dapat mengesan lokasi menarik untuk diambil gambarnya. Hanya ketika aku di Times Square aku mula mengambil gambar itupun di theme parknya saja. Ingin ambil gambar candid masih lagi takut-takut, tapi aku hendak biasakan juga.

Esok, aku bakal kembali lagi ke Kuala Lumpur cuma kali ini aku akan ke Chow Kit dan kawasan sekitarnya untuk berjalan-jalan sambil mengambil gambar. Semoga dapat mengumpulkan banyak gambar menarik esok. Lagipun nak merasa Sup Urat dekat sana, mana nak dapat dekat Shah Alam ni!

Tuesday, July 27, 2010

Melaka trebel Part 3

Aku beberapa kali terjaga sebab buang air kecil. Lepas tu bangun last untuk perlahankan air cond yang aku lupa aku letak pada 16 darjah celcius. Gila sejuk walaupun aku dah menyorok dalam selimut tebal hotel.


Azam nak bangun awal tapi terlajak walaupun dah pegang handphone di tangan. Ingat nak pergi breakfast pukul 7 lebih, last-last pukul 8 lebih baru aku turun. 

Turun ke lobi, jumpe receptionist dan dapat surat khabar Berita minggu. Terfikir sejenak, bila last time aku baca paper agaknya? Terasa malas nak baca sebab isi kandungannya banyak perbalahan politik, bosan.

Aku ke kaunter dan lihat menu. Macam biasa je, nasi lemak, roti, sosej, baked beans. Aku ambil nasi lemak telur memandangkan nanti aku nak usung backpack berat tu lama lagi. Nasi lemaknya sedap cuma sambal je yang kureng. Air lak, aku pilih air oren sebab aku jarang minum teh atau kopi pagi-pagi. Belek-belek paper, takde apa yang menarik sangat. Tengok jam pun masih awal lagi.

Dah habis makan, aku blah naik atas. Ingat nak lepak-lepak kejap sambil tengok tv. Tiba-tiba teringat pasal tiket, aku pun keluarkan dari wallet aku. 

Dan hampir nak keluar biji mata aku, aku tak perasan tiket tu tarikhnya semalam. Cuak! Terus je aku kemas beg, check out hotel terus. Usung la backpack yang dekat 10kg tu merayau sampai dekat depan bangunan merah. Tunggu bas, tak de lak yang lalu. Hari dah makin mendung, nak hujan. Last-last aku naik teksi sorang pakcik melayu ni sebab nak cepat nak beli tiket bas. 

Sampai di Melaka Sentral, aku tanya berapa ringgit. Dengan senyum lebar dia cakap "RM15 je". Dalam hati aku cakap "Sah la menipu" tapi aku bayar je sebab aku takde masa dah nak bertaki cakap tipu or mahal. Lantak ko lah orang tua, gaya alim sebab pakai kopiah tapi dok menipu orang sebab tengok bag aku besar. Kawan-kawan ada beritahu nak ke Melaka Sentral naik teksi tak lebih dari RM10. So terpulang, ko makan la duit haram + harta anak yatim. Sebab tu aku tak suka pemandu teksi.


Aku berlari cari kaunter tiket. Dah jumpa tanya tiket ke shah alam ada lagi? Banyak yang dah habis petang. Kalau ada pun yang nak bertolak time tu juga. Aku fikir "kalau aku balik sekarang tak dapat dah jumpa Wani dengan Eca". So aku rayau lagi cari tiket bas lain. Takde. Last resort aku, aku ternampak kaunter bas ke KLSentral pukul 7.30 malam. Mula-mula aku tak nak sebab lewat sangat. Tapi dah takde option, aku redah je la. Kebetulan rumah akak aku nearby sangat dengan komuter shah alam. So dari KLSentral just naik komuter je. 

Masalahnya sekarang sempat ke aku nak naik last tren ke shah alam? Aku gamble je, tak lepas aku kena bermalam di KL je la. Fikir-fikir balik, what the heck, hidup perlukan cabaran.

Dah settle beli tiket, aku naik bas semula ke Dataran Pahlawan Mall. Dekat sana jumpa semula Eca dengan Wani. Diorang tak tahu, so aku just follow je diorang. 


Sekali aku buka cerita, diorang agak terkejut tapi sebab dah beli tiket, layan je la. Hehe, dan perjalanan kami diteruskan ke Mahkota Parade. Ikut diorang cari barang, aku dah biasa benda camni. Follow je la sampai diorang ajak makan dekat Chicken Rice Shop. Ok gak, aku pun dah lama tak makan situ.

Masuk ke restoran ni, ada la sorang waiter perempuan ni. Pada aku dia cute, putih tapi agak ceria berlebih-lebih. Hahaha tapi still aku suka pandang dia, sweet. Masing-masing order ayam pilihan masing-masing. Aku pilih honey apa tah, tapi paling sikit. Tak kisah janji sedap. 

Lama gak kitorang lepak sana. Banyak borak pasal kisah masing-masing since saat aku kenal diorang dulu di I-city, kitorg tak banyak berbual pun. Aku macam biasa la menjadi manusia pendiam. Tapi bila dah jumpa balik kali ni, rasa macam klasmet yang lama tak jumpa. Diorang pun naik pelik tiba-tiba tengok aku overspoken macam bukan manusia yang sama diorang jumpa dulu.

Dalam pukul 12 lebih nak ke pukul 1 camtu, kitorg blah dari Mahkota Parade. Nak gerak ke Melaka Sentral. Tunggu bas tapi tak nampak batang hidung. Last-last Eca call Pakcik Rosly. 

Pakcik Rosly ni merupakan bekas pekerja di JKR dan dah pencen ni bawak le teksi. Apa yang menarik tentang Pakcik Rosly ni, cara dia bercakap agak direct, outspoken dan jujur dari hati. Aku masih ingat kata-katanya ketika kami di dalam teksinya.

"Kamu tahu bangsa apa paling tak guna dalam Malaysia?" aku hanya mendengar. "Satu India, satu lagi Melayu". "Sebab apa Melayu bangsa tak guna? Sebab diorang ni pemalas, hati busuk, dan paling susah nak bersatu hati". Dia ada cakap kenapa dalam sebulan tu, buat satu hari berjalan ramai-ramai pergi tempat menarik. Aku beritahu lah "Susah pakcik nak kumpul orang. Nak dapat 4 orang pun susah sangat". "Haa tu la susahnya melayu, tak bersatu hati even nak pergi berjalan pun. PHD kuat sangat".

Yang lain-lain lebih kepada pandangan politik beliau yang mana aku malas nak campur sangat. Masing-masing ada pandangan masing-masing tentang politik. Aku just dengar je la mana yang diperkatakan tu.

Sampai dekat Melaka Sentral, kitorang just kena bayar rm6 je sangat kontra dengan teksi yang aku naik awal pagi tu. Tapi takpelah, abaikan je.

Memandangkan masih awal, sebab bas Wani bertolak pukul 3.15 petang, so kami berjalan-jalan la sekitar Melaka Sentral. Wani cari beg, Eca cari tudung. Aku? Melilau je tengok sekeliling. Bila masing-masing dah dapat barang yang diorang nak, kami berjalan lagi sampai diorg jumpa kedai gunting rambut. Eca nak gunting rambut nanti katanya. Aku just melepak dalam kedai VCD yang agak usang. Kedai ni banyak jual VCD dan kaset lama. Bagus juga since aku tengah mencari VCD hindustan. Cuma yang aku tak berkenan adalah sorang nyonya ni. Dok perhati aku dalam jarak kurang dari semeter macam la aku nak mencuri. Aduhai, aku gerak ke depan dia gerak sikit ke belakang. Nyaris je aku nak sound nyonya tu "Wei mangkuk, beg aku ni lagi mahal la dari VCD dalam kedai ko ni". Panas hati betul bila orang ingat aku nak mencuri. Bukannya muka aku macam mat pet pun. Dah dapat VCD yang aku nak, bayar dan terus blah. Rugi lak tak tunjuk middle finger dekat nyonya tu, ish sabar-sabar, orang tua kena hormat.

Eca mesej katanya dekat kedai makan sebelah 7E. Sampai sana, kami pesan minuman sambil-sambil aku tengok menu macam best. Kedai tu adalah kedai makanan cina muslim. Tengok orang pun ramai yang makan situ. Bila dah nak dekat pukul 3, kitorg beredar dan singgah kejap dekat gerai-gerai jual payung. Wani beli satu payung yang pernah aku jumpa dekat Jonker Walk dulu. Time tu Eca baru perasan, payung yang dia bawa tadi tertinggal.

Pukul 3.15 petang, kami hantar Wani ke basnya. Time ni hujan tengah turun renyai-renyai. Bila bas dia gerak, kami pun gerak sekali. Eca ke kedai gunting rambut dan aku lepak dekat tempat menunggu  betul-betul dekat dengan gerai jual jeruk. Sepanjang ketiadaan Eca, aku tah berapa kali terlelap dengan pelbagai gaya. Hahaha,  tersedar tak sampai 15 minit tertidur balik. Sampai la Eca mesej tanya aku dekat mana.

Aku ingatkan Eca terus balik. Aku takdelah minta dia temankan aku since bas aku pukul 7.45 malam. Kesian lak dia kena temankan aku hanya kerana aku tersalah beli tiket. Tapi bila jumpa aku siap bagi roti dengan air untuk makan dalam perjalanan, aku jadi speecless. Ada gak orang baik nak teman, siap bagi makanan buat bekal. Jarang dah nak jumpa manusia macam ni. 

Ecah balik dalam pukul 6 lebih camtu la. Ada gak dalam pukul 5 lebih tu aku ingat nak suruh dia balik sebab kesiankan dia. Since esok dia kerja, nanti penat. Aku ye la penganggur, takde kerja. Sepanjang nak tunggu pukul 6 tu, kitorang borak je la. Orang yang tak kenal aku mungkin cakap aku ni sangat pendiam, atau sombong. Tapi buat insan-insan seperti Wani dan Eca yang dah tau aku ni bukanlah pendiam sangat, rahsia diri dah dirungkaikan. 

Berbual dengan Eca agak janggal since aku dah lama tak berbual begitu since last year. Kalau berbual pun dengan akak aku tapi kalau one on one dengan seorang gadis memang dah lama aku tak. So ada masanya aku terasa macam segan nak cakap sambil pandang Eca walhal benda camtu aku dah biasa pun dulu. Mungkin sebab aku dah biasa sorang-sorang, bila kena bercakap dengan perempuan jadi agak kekok. Hasrat nak bergambar dengan Eca pun terbantut (aku saje lupakan hasrat, ingat saje nak buat kecoh sikit konon-kononnya la haha).



Sementara tunggu bas sampai, aku pergi balik ke gerai makcik yang jual candy. Aku beli 10 bungkus hahah kes tak nak kempunan. Makcik tu siap pelik "Orang pesan ke?". Aku hanya angguk je haha padahal bukan pun. On the way balik, aku singgah McD sebab nak rasa burger baru tu GCB. Aku beli burger je since air dah dapat dari Eca. Ingatkan sedap, tapi aku rasa macam nak muntah lak sebab burger tu serius tak sedap.

Bas sampai dalam pukul 7, aku terus naik dan cari seat. Wau memang best bas ni. Tengah dok adjust kedudukan bontot, tiba-tiba nampak ada seorang wanita beruniform warna sama dengan driver bas. "Eh, ada stewardess ke dalam bas ni?" aku cuba meneka. Lepas sorang-sorang masuk memenuhkan bas yang menuju ke KLSentral tu. Dan bas bergerak, tv terpasang dan cik adik manis ni pun mula menjalankan tugasnya iaitu memberikan blanket kepada semua penumpang.

Time bas dah agak lama berjalan, aku tertidur lagi dengan gaya yang entah apa-apa. Sedar-sedar, cik Diana menghulurkan air kotak kepadaku. Aduhai, malunya hahaha. Beberapa minit kemudian, kami diberikan makanan roti berinti, muffin dan air mineral. Cukuplah untuk mengisi perut yang tengah lapar. Cerita di tv tak seronok, sebab kecik dan tah apa-apa cerita entah. Aku akhirnya tertidur lagi sebab dah bosan tunggu. Bila bangun je aku tengok jam sampai la tiba dekat KLSentral.

Waktu dah pukul 10.30 malam, aku agak terkejar-kejar untuk mengetahui samada last tren dah berlalu ke belum? Alhamdulillah mujurlah aku ada kad touch N go dan dapat naik last tren ke shah alam. Kalau tak aku kena bermalam di KL la nampaknya.

Aku sampai dekat rumah lebih kurang pukul 11.30 malam. Abang iparku tak tidur lagi. Handphoneku dah kong baterinya, penat toksah tanya la. Tapi bila aku sampai, aku tersenyum sendirian, banyak betul cabaran dan kisah pergi Melaka. Ya itu yang aku cari sebenarnya, pengalaman dan kenangan! Ianya tidak ternilai harganya!


Monday, July 26, 2010

Hati-hati bila bergambar

Aku tahu ramai perempuan di luar sana suka ber cam whore kan? Ada yang suka ambil gambar muka, buat mulut itik, buat muncung sudu, dan ada yang berposing agak seksi dan yang tak perlu aku katakan, korang fikir sendiri la.

Nasihat aku satu je la, hati-hati bila letak gambar di internet, gambar dekat Facebook ke, Myspace ke, blog ke atau mana-mana la. Kalau korang rasa ada lelaki yang kenal pun tiba-tiba nak add sebab ada gambar korang yang agak seksi, hati-hati.

Sebab aku ada terjumpa satu website yang mengumpulkan gambar-gambar private wanita yang ada potensi untuk dieksploitasi. Still tak paham? Adoi...

Gambar-gambar yang menunjukkan gambar-gambar free hair, gambar tengah berkemban ke, tengah pakai tube ke, pakai bra ke. Sebab diorang ni ada satu bisnes menggunakan cara topap rm30 untuk tengok gambar-gambar tak senonoh dan video-video panas ni. 

Buat yang bertudung kalau rasa korang terlepas fikirkan 23 kali kalau pakaian korang tu memang tak pernah nak ikut saiz sebenarnya. Sebab dalam website tu pun ada gambar gadis bertudung yang posing dengan baju ketat tang tuuuuuuuuuuuuuu...

So beware lepas ni kalau nak kasi gambar private dekat sesiapa pun. Takut jadi mangsa je. Aku sekadar tahu sahaja nak ingatkan je la, jangan dah kecoh di internet sampai ada yang pass nombor handphone lak...bahaya tu.

Lepas ni ambil gambar biasa-biasa je la ye, tak perlu la nak over sangat~~!!!

Buat yang tak percaya boleh lihat SINI! Dun wori, hanya kalau korang ikut apa yang disuruh je baru dapat tengok yang ehem-ehem, kalau tak dia just kasi preview je. 

Kekasih ala-ala pisau cukur

Mesti korang pernah dengar kan istilah lelaki/perempuan pisau cukur. Tapi what if orang ni bukan pisau cukur, cuma ada serpihan-serpihan yang menjurus ke arah itu? Tak paham? Sila baca lagi.

Ini adalah cerita untuk sesiapa yang pernah memiliki kekasih hati, hendak memiliki dan yang tengah memiliki kekasih hati.

Abu dari tadi mundar mandir di dalam biliknya. Kepala otaknya pening memikirkan cara bagaimana nak atasinya. Nak beritahu? Dulu dah pernah beritahu pelbagai cara, direct, indirect, perli, dan pelbagai lagi. Tapi hasilnya adalah samada dia buat tak tahu atau dia terus terasa hati dan merajuk time tu je, then the next day dia lupa dan kisah ini berulang kembali.

Apa yang korang bakal baca adalah kisah Abu seorang penuntut IPT di Malaysia. Abu mempunyai life yang simple, dia belajar di IPT, dia dapat pinjaman PTPTN, dia dapat duit saku dari keluarganya tiap-tiap bulan RM1K. Wau banyakkan? Mesti korang fikir Abu adalah seorang pelajar yang kaki melaram, hi tech dan makan di McD atau KFC tiap-tiap hari. Tapi ternyata korang salah.

Apa yang korang tak tahu, Abu mempunyai seorang GF yang sangat comel dan baik hati. Segala-galanya ok cuma ada sesuatu yang menggusarkan Abu. Makan minumnya ditanggung Abu. Pernah terjadi dekat korang? Sila baca lagi.

Abu bukanlah seorang kekasih yang kedekut, kalau boleh...KALAU BOLEH dia memang mahu si kekasih hatinya ini untuk senantiasa terurus makan minumnya (ironinya kalau berkahwin, si isteri patut menjaga makan minum suami) tapi mengenangkan dia juga menerima duit dari familynya, dia tidak boleh berbuat apa.

Kiraan kasar makan minum seorang student adalah rm10 sehari dari sarapan pagi sampailah ke makan malam. Namun andainya ia dikira untuk 2 orang iaitu rm20 sehari, maka untuk sebulan kiraan kasar adalah rm600. rm600 hanya untuk makan Abu dan kekasih hatinya itu. Tapi Abu masih perlu membayar rumah sewanya yang berkos rm150 sebulan. Dengan itu Abu masih berbaki rm250 dari rm1k yang diberikan ibunya.
Tolak lagi duit minyak motor yang perlu diisi setiap 2-3 hari kerana kekerapan berjumpa kekasih hatinya itu menelan lagi rm50. Dan dengan rm200 itu, dia perlu meneruskan sisa-sisa hidupnya  untuk sebulan samada untuk berhibur bersama buah hatinya yang malangnya juga terpaksa dibayarkan jua.

Apa yang tinggal di penghujung bulan adalah duit yang berbaki rm-100 kerana sebab-sebab lain seperti topap,emergency, fotostet, duit yuran itu dan ini.

Masih fikir Abu seorang pelajar yang loaded?

Mari lihat pecahan duit-duit yang digunakan.

Kalau kita sebut duit makan sehari rm10, itu adalah tight bajet selain bajet rm5 sehari yang mana samada pelajar itu berpuasa atau hanya makan roti. Pagi kalau makan roti canai 80 sen, kalau sandwich rm1.50 + air teh rm1. Lunch, nasi + lauk + sayur + air rm4-rm5. Dinner, nasi goreng + air rm4-rm5. Praktikkan selama sebulan, larat?

Dalam sebulan student life, pasti teringin nak makan McD atau KFC atau Pizza sekali sekala. Tapi kalau dah makan mesti kopak duit. Itu kalau sorang, kalau makan berdua dan kena tanggung lak, lagi la parak. 

Abu pernah sound aweknya itu "takkan setiap kali makan, saya je yang kena keluar duit, teruk la macam ni, saya pun student gak". Aweknya merajuk kata Abu ni kuat berkira. Abu terangkan la balik, adakah belanja tiap-tiap hari tu dinamakan berkira? Takkan la setiap kali keluar makan/berhibur nak kena tunggu awek dia keluarkan duit half baru bayar? Tapi takkan la bila Abu dah bayar,si aweknya buat-buat tak tahu lak nak bayar balik kan? Sebulan 3-4 kali ok la, tapi sebulan tiap-tiap hari bankrupt la. Lain la kalau Abu dah bekerja dan mereka dah kahwin, itu memang tanggungjawabnya.

Kadang-kadang Abu pelik dengan aweknya itu, sebab dia dapat pinjaman, family bagi duit tapi duit itu selalu dihabiskan untuk membeli alat mekap, beli baju, beli macam-macam yang bukan satu keperluan sangat pun tetapi lebih kepada kehendak. Yang paling tak tahan, duit topap pun minta Abu belikan tapi bukan nak SMS atau call Abu pun tapi sibuk melayan lelaki lain.

Kasihan si Abu kerana duit simpanan dari beribu terus tinggal seratus dek kerana sayangkan awek. Duit yang patutnya dia boleh nikmati untuk membeli pelbagai jenis barangan idaman dia susah nak dapat, dah kalau tiap-tiap bulan asyik kering je, beli topap je dah sekian. 

Kenapa ye ade jenis insan yang begini? Di mana letaknya akal fikiran diorang yang waras tu? 

Kisah ni korang boleh terbalikkan menjadi derita wanita sebab dapat boyfriend pisau cukur. Nasihat aku, jangan terlalu bergantung harap pada orang lain, kita tak tahu samada kita menyusahkan lagi hidupnya. Dan jangan lah jadi macam Abu, akhirnya tak dapat apa-apa, cuma dapat pengajaran di hari tua je la...

Sunday, July 25, 2010

Apa itu perasaan? II

"Happy Birthday Nad!!" lampu bilik terpasang. Aku yang tengah mamai tiba-tiba terkejut beruk. Ish pukul berapa ni? Belum pun sempat nak tengok keadaan sekeliling, aku terasa ada benda sejuk mengalir atas kepala. Cecair likat berwarna kuning meleleh depan mata aku. Sah! Diorang nak tepungkan aku!
"Happy Birthday Nad sayang!!" kedengaran lagi suara lain dengan muka yang agak ganas. Kali ni aku ternampak tumpahan tepung berselerak di atas lantai.
"Aaa, woi tak guna! Tepungkan aku ye" tak sempat pun aku nak kejar diorang aku dah kena telur lagi dan tepung. Dalam tengah ganas tu Kak Ita muncul.
"Ya Allah, apa korang buat ni?" semua diam membisu.
"Nad? Apa jadi ni?" katanya sambil menghampiri aku. Aku hanya mampu tersengih macam kerang busuk, dalam hati "mampuslah kak Ita marah nanti bilik dah berselerak dengan tepung dan telur".
"Ish ish Nad, lain kali..." pappp kepala aku kena telur lagi, dengan kak Ita!. Kak Ita dah gelak habis dah. Aku sempat gak tarik dia lepas tu lumur tepung dekat muka dia.

Rupa-rupanya plan nak telur dan tepungkan aku tu mastermind nya kak Ita sendiri. Aku dari tadi dok riba kepala dekat kak Ita. "Kak Ita jahat, habis busuk Nad".
"Eleh busuk-busuk dia pun, dah ada boyfriend, kak Ita ni pun takde lagi tau". Aku tersenyum sipu.
"Dia dah wish ke belum?" aku hanya geleng kepala. Tapi aku tak kisah sebab aku dah masak dengan perangai dia.
Dia? Yes, dia tu adalah Dean. Aneh? Cinta memang aneh.
"Happy Birthday to you! You are born in the zoo! With the monkeyyyyy and kangaroooo~!! Happy Birthday to you!" tiba-tiba kedengaran orang menyanyikan lagu sambil membawa sebiji kek coklat yang bernyala lilinnya.

Malam tu kami tak tidur sebab kak Ita punya pasal la. Tapi thanks to her, aku merasakan nikmat menyambut hari jadi dengan kawan-kawan walaupun berjauhan dengan family. Lepas makan dan borak-borak, kena kemas lagi. Mujur jugalah esoknya hari minggu. Tapi, pukul berapa dia nak ajak keluar ye? SMS, call pun tiada.

Esok paginya, aku bangun pukul 10 setelah lepas subuh baru dapat lelapkan mata. Itu pun time dia hantar SMS "Happy Birthday awak, jom keluar nak?". Aku balas SMS nya dengan mata yang masih lagi terpejam erat "kol caqer!". "Awak ngigau ni, pukul 11.30 ok?". Terus saja aku bangun dari katil dan mencapai towel untuk bersiram.

Jam dah pukul 11.55 pagi, aku masih lagi terkial-kial memakai kasut converse kegeramanku itu. Semenjak kami kapel, aku susah sangat nak tepati waktu walaupun dia banyak beri masa untuk aku bersiap. Dari jauh aku dah lihat dia terpacak berdiri macam tiang. Wow, dia pakai kemeja la hari ni, smart! Selalu nak tengok dia pakai kemeja pun susah. Mungkin sebab hari ni hari lahirku??

"Hai awak, sori lambat..." aku meminta maaf. Dia berpaling dan tersenyum seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
"Jom, kita naik motor, ok?" katanya sambil menghulurkan aku helmet berwarna biru muda. Tertera di belakangnya "Nadean". Aku hanya membontoti dia dan melihat dia memakai helmet hitam berkilat yang juga mempunyai nama "Nadean".
"Saya tak tahu pun awak ada motor? Kenapa tak bawak pergi kelas?" ku hidu helmet itu, bau kedai, baru beli kot?
"Malas" jawabnya pendek sambil membetulkan tali helmet yang baru kupakai itu.

Aku dibawa ke tempat parking motor dan di situ dia mengeluarkan sebuah motor Honda CBR 150 berwarna merah. Lawa, comel dan bergaya. 
"Awak reti naik tak?" dia bertanya.
"Reti la, tengok kaki la" sambil aku menunjukkan kaki ku kepadanya.
"Cuba naik, saya nak tengok" dia menguji.

Aku tak pernah naik motor walaupun aku agak berminat hendak mencubanya. Apatah lagi CBR ni designnya bukanlah seperti motor biasa since ianya adalah versi motor lumba yang dikecilkan kuasa kuda dan sizenya. Akhirnya aku mengalah sebab takut jatuh. Dia hanya tersenyum dan menaiki dulu motor tersebut. Dia mengarahkan agar satu kaki aku dipijakkan dekat tempat pijak belakang sambil tangan memegang bahunya.
First try tak jadi sebab aku tak yakin. Lepas cubaan yang ke 4 barulah aku berjaya membonceng motor.

"Awak dah ready?" dia bertanya.
"Aaa nanti...nanti...bismillah... aaa ok...ready...jangan bawa laju-laju tau" aku memegang bahunya erat.

Enjin motor dihidupkan, dan kami pun bergerak meninggalkan kolej. Saat motor mula menyelusuri highway, dia memecut laju motornya menyebabkan aku sedikit panik. Dari memegang bahu terus aku peluk erat pinggangnya. Namun, beberapa minit kemudia aku rasa ok. Tiada lagi perasaan takut-takut kecuali ketika dia membuat selekoh tajam. Deruan angin yang kencang membolehkan aku membau haruman wangian badan yang dipakainya, sedap dan tenang je baunya. 

Kami berhenti di sebuah stesen minyak di daerah Gombak, Selangor untuk makan tengahari. Nak kebas juga bontot aku sebab berada atas motor pada kelajuan yang agak tinggi. Terasa macam ringan je.
"Awak nak makan apa?"
"Terpulang, ikut awak, saya telan aje apa pun" balasku.
"Nasi?" dia menanggalkan helmet dari kepalaku.
Aku menggeleng. Aku risau kalau makan terlalu berat, nanti mengantuk pula tengah-tengah riding motor dengan dia.
"Burger lagi?" mukanya sedikit berkerut tapi masih lagi tersenyum.
Aku mengangguk laju sambil membuat muka puss in boots.
"Ok" katanya sambil mencapai tanganku dan digenggam erat. Aku hanya menurut saja.

Kami lunch Burger King, itupun aku yang pilihkan untuk mengambil set double whooper sebab burgernya besar. So kami just share je memandangkan kalau aku makan sorang pun takkan habis.

Time makan, aku memandang Dean, rambutnya sedikit kusai kerana baru lepas buka helmet tadi. Aku amat tertarik dengan lelaki yang rambutnya messy kerana pada aku mereka kelihatan sexy dan hot. Tak sedar dia perasan aku merenungnya.
"Awak tengok apa tu?".
"Tengok rambut awak, sexy..." tak sedar aku terucap perkataan sexy tu. Dia hanya memandangku dengan muka yang agak blur dan tersenyum.
Aku sedikit tersipu, dan mengambil air lantas meminumnya.
"Awak pun sexy tau..." tanpa sedar, bibirnya dah mendekati telingaku, bahagian yang agak sensitif lebih-lebih lagi dengan kehangatan udara dari mulutnya. Aku memandangnya dan mencubit lengannya sekuat hati kerana mengusikku, tapi seperti biasa tiada apa-apa respon hanya mengaduh kecil.
"Adoi" sebuah senyuman diukirkan kepadaku. Dan aku tak jadi nak marah pun.

Sepanjang aku kenal Dean, tak pernah lagi aku tengok dia marah atau sedih. Most of the time mukanya akan sentiasa happy dan tersenyum walaupun kadang-kadang aku membuat salah terhadapnya seperti lewat, tertinggikan suara, merajuk lebih dan lain-lain. Kadang-kadang aku rasa sangat bertuah memilikinya tetapi dalam masa yang sama, kadang-kadang aku kesiankan dia. Ada ke manusia yang seperti ini? Senantiasa tersenyum dan gembira tanpa  rasa marah dan sedih atau kecewa. Aku mesti dapatkan jawapannya suatu hari nanti, MESTI!


to be continue...

Friday, July 23, 2010

Apa itu perasaan?

Hari ini aku ada group diskusi bersama teman-teman sekuliah. Walaupun masih di semester satu, aku mesti join group diskusi untuk memantapkan lagi ilmu aku tentang kalkulus. Dahlah aku dulu tak berapa nak suka add math di sekolah menengah, kalau ni pun aku buat sambil lewa gamaknya nanti kena repeat balik la paper ni next semester.

Hujan... Aku lupa pula nak bawa payung keluar kolej tadi. Kak Ita ada pesan "Nad nak pergi kelas? Bawa la payung, nak hujan ni. Tengok langit tu" bibir mungilnya memuncung ke langit. "Takpelah kak Ita, sempat kot nanti Nad sampai kelas" kataku yakin, walhal aku tak suka bawa payung, leceh. Silap-silap aku boleh terlupa bawa balik.

Jarak bus stop dengan kelas tempat kami berjanji untuk membuat group diskusi hanyalah beberapa meter. "Redah je la, dekat je pun kan?" getus hatiku.

Dengan nekad, aku memulakan larian di tengah-tengah curahan hujan yang tidak menampakkan akan reda dalam masa terdekat. Mujur juga aku pakai jeans, senang sikit nak berlari.

Tapi nasib tidak menyebelahiku, dek kerana hujan dan jalan licin, aku terjelepuk jatuh ke tanah. Terasa sesuatu yang agak panas keluar dari telapak tanganku. Darah, tangan aku terkena batu ketika jatuh tadi. Terlupa yang ketika itu hujan tengah mencurah-curah, tiba-tiba keadaan sekeliling aku hujan telah berhenti. Aku dongakkan kepala dan terlihat seseorang tengah memegang payung tepat di bawah keadaanku yang masih duduk di atas tanah.

"Ya Allah Nad, kenapa awak basah lencun ni? Darah??!! Eh! Eh! Siapa ada tisu? Cepat!!" Rose mula bersuara dan semakin lantang bila melihat tanganku berdarah.
"Aku terjatuh tadi, tangan aku terkena batu, takpe sikit je ni Rose" aku cuba menenangkannya. Rose mudah panik tapi aku tahu dia seorang teman yang baik walaupun kadang-kadang agak menjengkelkan.
"Awak tekan tempat luka tu, nah tisu" suara insan yang memayungkan aku tadi jelas kedengaran. Aku masih samar-samar melihat wajahnya kerana rambutku masih basah dan dia bertopi dan berbaju hujan.
"Lin! Lin! Nanti turun bawa towel ye" Rose menjerit di luar kelas, kedengaran suaranya sampai ke dalam.

Aku mengeringkan rambut dan pakaianku seketika di toilet. Lin ada mempelawa untuk ke biliknya tapi aku menolak. Hari masih hujan, dan aku keluar dari tandas sambil toilet membalut badan. Daun pintu ku tolak dan terlihat seorang lelaki yang aku rasakan menolong aku sebentar tadi. 
"Eh? Dia rakan sekuliah? Kenapa aku tidak pernah perasan dia sebelum ni?" ku berkata sendirian.

Perlahan-lahan aku cuba mendekati dia dan memulakan bicara.
"Terima kasih sebab tolong tadi".
"Sama-sama, awak patut bawa payung lain kali" balasnya sambil tersenyum menyerlahkan lesung pipit yang tersembunyi di sebalik wajah misterius itu. Terasa seperti ada kejutan elektrik tikala itu, entah kenapa aku rasakan senyuman amat menawan.

Aku kembali ke tempat dudukku di sebelah meja Rose. Perbincangan dimulakan dan Haider, ketua kelas yang juga lelaki idaman kebanyakan perempuan menunjukkan caranya menyelesaikan masalah kalkulus. Aku akui Haider memang cerdik dan tampan orangnya, namun tidak berjaya menarik perhatian aku. Aku masih lagi curi-curi pandang ke wajah lelaki misteri itu. "Siapa ya?" aku masih berteka teki. Sepanjang perbincangan tu, dia tidak banyak bercakap, hanya ketika menjawap soalan dan bertanyakan soalan. Saat orang lain berbual, dia lebih banyak termenung dan mendengar MP3 sahaja.

Sebelum pulang, aku pergi memulangkan kembali towel Lin yang aku pinjam tadi.
"Thanks Lin, mujurlah korang duduk kolej sini je, kalau tak puas juga aku nak patah balik ke kolej".
"Takpe, Nad pun lain kali jangan lupa bawa payung".
"Eh, mamat tu budak kelas kita ke? Kenapa aku tak pernah perasan pun?" tanyaku pada Lin.
"Oh, tu la Dean, ada dalam kelas kita. Dia selalu duduk hujung, tak berapa nak campur sangat dengan orang, dia suka buat hal dia sendiri".
"Ooo habis tu macam mana dia tahu kita ada buat group diskusi?" tanyaku pelik.
"Hari tu, Haider ada buat announcement siapa yang nak join boleh join, maybe dia tahu dekat situ la kot?".

Sepanjang perjalanan balik ke kolej, aku masih lagi memikirkan si mamat yang bernama Dean tu. Masakan aku tidak perasan kewujudan dia? Tiba-tiba otak aku cuba mengingati seseorang yang tidak pernah bersuai kenal denganku. Hanya dia saja yang aku tidak pernah tegur, tapi aku ingin berbuat demikian. Ya, tak syak lagi, pasti dia! Lelaki yang selalu pakai fullcap hitam bersama hooded sweater tak kira cuaca.

Hari berlalu, bulan berganti namun Dean masih lagi begitu. Aku juga masih begini, masih lagi curi-curi pandang ke mukanya. Aneh, aku tak tahu kenapa tapi aku dapat rasakan sejalur perasaan mengembang dan menuju ke muka. Adakah dia sudah lupakan peristiwa itu? Selepas habis kelas, dia akan terus berlalu dengan haluannya. Tidak pernah pun dia ingin terlibat sama menyertai kami ke mana-mana. Hanya di group diskusi jelah yang dia berminat.

Satu hari ketika hendak pulang, hujan masih lagi turun. Aku terkandas di bus stop. Ramai juga student-student lain yang terkandas. Bas pun tak kunjung tiba lagi, aku hanya mampu memeluk tubuh untuk menghangatkan badan. Malangnya hari ni aku berbaju kurung, so aku tak nak lah basah kuyup nanti jelas kelihatan susuk tubuh dengan undies. Nak tak nak kenalah tunggu bas sampai.

Dari jauh aku lihat sesusuk tubuh berjalan di bawah limpahan hujan yang agak lebat. Pelik, hujan lebat tapi tidak pula dia berlari sebaliknya berjalan seolah-olah ingin bermandi hujan. Bila dia makin menghampiri bus stop barulah aku dapat mengecam mukanya, Dean. Patutlah dia selamba je redah hujan, dia berbaju hujan rupanya. Dia membuka hood baju hujan dan terserlahlah mukanya yang agak kusam itu. Aku hanya mampu tersenyum tatkala dia memandang wajahku. Namun tiada balasan.

Hujan masih lagi belum berhenti, tapi sudah reda sedikit. Aku membuat keputusan untuk redah sahaja hujan since bas tak sampai-sampai. Saat aku bangun, Dean memanggil namaku "Nad, awak nak balik kolej? Nah payung, hujan lagi ni". Aku menoleh, payung hitam yang sama meneduhkan aku pada peristiwa itu dipegang erat di tangannya. 

"Takpelah, hujan dah reda ni. Lagipun aku ni pelupa sikit kalau pinjam payung orang" aku memberikan alasan.
"Oh kalau macam tu, saya temankan awak sampai ke kolej. Hujan, nanti demam" balasnya sambil membuka payung.
"Err...ok lah" bukanlah jawapan yang aku nak luahkan tapi entah kenapa itu yang terpacul keluar.

Sepanjang perjalanan pulang, dia memayungkan aku. Dean orang yang agak tinggi lampai, lebih kurang 180cm aku rasa berbanding aku yang hanya 164cm. Dan jelas kelihatan tangannya yang agak besar dan panjang memudahkannya untuk memegang payung di atas kepalaku. Namun dia tetap begitu, sunyi tanpa bicara. Aku resah sebab kesunyian itu membunuh.

"Dean, ko duduk mana? Kolej ke?" aku cuba memulakan perbualan.
"Tak, saya duduk rumah sewa" balasnya pendek.
"Oh, bukan ke part 1 kena duduk kolej?".
"Saya tolak".
"Kenapa?" aku sekadar ingin tahu.
Dia hanya tersenyum menyerlahkan lesung pipit yang aku idamkan selama ini.
"Lah...tersenyum lak mamat sewel ni" ku berkata perlahan.
"Ye saya?".
"Alamak, dia terdengar ke aku cakap dia sewel?" getus hatiku. "Tak, ko ni misterius la".
"Oh..." jawapan itu disudahkan dengan senyuman itu lagi.

Kali ni aku betul-betul mati akal hendak berbual apa lagi. Nak tak nak aku pun diamkan je la sambil cuba curi-curi pandang ke arahnya. Orangnya hensem tapi agak aneh dan misteri, sayangnya kehidupan dia.

"Baiklah, kita dah sampai dekat kolej awak, hujan pun dah berhenti" katanya sambil menutupkan payung.
Aku tidak sedar bila masa hujan berhenti.
"Em... terima kasihlah sebab temankan aku balik kolej" kataku.
Dia hanya tersenyum dan membuka baju hujannya. Ketika membuka baju hujannya itu, t-shirtnya terangkat sedikit dan ternampaklah parut panjang merentasi abdomennya itu. Namun aku cepat-cepat mengalihkan pandangan.
"Saya balik dulu ye Nad" katanya sambil tersenyum.
"Eh balik jalan kaki je ke? Tak naik bas?".
"Takpe, saya dah biasa jalan kaki" katanya lagi sebelum menghadiahkan senyuman manisnya yang terakhir untuk hari itu.

Aku hanya mampu melihat dan masih lagi berfikir, pelik betul la mamat ni...