Salam,
Ok sebab semalam aku dah skip sambung cerita cerpen ni, so ni la sambungannya. Minta maaf banyak-banyak yang tunggu walaupun aku tahu cerpen aku bukanlah hebat sangat atau menarik untuk dibaca sebagai novel sepertimana novel yang paling aku suka "Lagenda Budak Setan" karya Ahadiat Akasyah tapi cukuplah untuk berkongsi cerita dan membuang masa korang yang setimbun tu.
...continue...
Duit dalam tabung aku tak pernah cukup atau aku jarang sangat dapat transfer duit dari tabung ke bank. Ini kerana segala duit yang aku kumpul tu lah juga aku gunakan untuk beli barang mainan aku. Membazir? Di sini aku ingin bertanya, dalam seumur hidup korang berapa kali korang sambut birthday yang datangnya dengan kek, hadiah dan kawan-kawan? Simply said, birthday party? Dan sepanjang hidup korang yang pernah menjadi seorang budak, terutama budak lelaki, berapa kerap dan berapa banyak simpanan permainan korang ada?
Kalau soalan ini diajukan pada aku, mungkin aku hanya boleh jawap, birthday party? NIL. Hadiah setiap kali birthday, dari 24 kali yang telah dilalui, mungkin hanya 7 paling max. Dan sepanjang zaman kanak-kanakku, aku dibesarkan dengan tidak meminta hadiah hari jadi, sebaliknya apa yang dapat terima ajelah. Walaupun time tu kalau korang pergi rumah jiran, kawan anda sambut birthday dengan gemilang dengan kek, hadiah la macam-macam lagi, untuk gelaran anak bongsu macam aku ni, kadang-kadang hadiah birthday aku hanyalah makan di kedai dan hanya di situ saja lah. Hadiah birthday termahal aku sebuah hp SE W810i yang sangat aku sayangi. Hadiah yang aku minta dibelikan hanyalah 2 ketul dumb bell dan juga sebilah pisau lipat (kerana aku minat kumpul pisau rambo). Yang lain-lain kadang-kadang dapat duit, hadiah beli sendiri, dapat tabung, dapat sandle Crocs. And satu hadiah yang buat aku keliru sebenarnya. Aku dapat hadiah patung Garfield. Aku termenung dapat hadiah tu sebab aku tahu hadiah macamni bukanlah untuk insan bergelar anak lelaki tetapi mahu tak mahu aku terpaksa terima dari orang tersayang.
Kalau anda masih ingat kegilaan kereta mini Tamiya pada zaman sekolah rendah sekitar tahun 1996, duit tabung aku semua habis beli kelengkapan kereta mini tu je. Sebab kalau nak suruh mak atau abah belikan, memang tak akan dapat pun. Jadi aku dah terbiasa, kalau nak sesuatu barang aku kumpul duit sendirian melainkan kalau tak mampu betul baru aku minta tolong parents. Dan mungkin sebab dah terbiasa jarang mintakan belikan something, aku jenis tak kisah sangat pakaianku, selagi mana pakaian tu tak koyak aku akan pakai sampai lusuh dan hancur kainnya. Kadang-kadang mak dengan abah pula yang offer "Tak nak beli baju? seluar?".
Tinggalkan pula pasal belanja, sambung kisah hidup kami di Jerantut. Ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Aku sebenarnya tak pernah kisah pasal pergaduhan mak dan ayah sampailah ianya berlaku di dalam keluarga kami. Sesuatu yang cukup aku kesali kenapa lah manusia saling berantakan sedangkan pucuk muda yang baru tumbuh dihujani dengan hujan asid.
Kisah ini untuk pedoman buat kita yang semakin dewasa dan bakal menjadi keluarga kepada anak-anak. Parents ku selalu bergaduh, mak banyak makan hati kerana sikap tok (mak abah) yang tak accept dirinya sebagai menantu kerana mak bukan orang jawa. Macam-macam lagilah hal nya yang mak tak puas hati yang pada mulanya mereka bergaduh jauh dari pandangan aku dan angah. Tapi lama kelamaan pergaduhan itu semakin nyata di depan mata kami sehingga satu saat abah ingin tinggalkan kami. Aku cukup terpana waktu itu walaupun aku tak tahu apa masalahnya tapi yang pasti aku menangis teresak-esak apabila abah hendakkan tinggalkan kami.
Pernah suatu ketika, aku dan angah cukup tidak serasi dulu. Pantang berjumpa pasti ada yang hendak digaduhkan. Sehinggalah pada suatu malam, kami bergaduh dan mak sudah tak boleh bersabar, terus berkata pada kami "Ambil parang sorang satu, lepastu tetak sesama sendiri baru aman". Dan dengan tidak semena-mena mak terus ambil kunci kereta dan cakap "Kalau macamni baik mak tinggalkan korang, korang pun dah tak sayangkan mak lagi". Time tu lah aku dan angah nangis teresak-esak sambil pujuk mak jangan tinggalkan kami sebab time tu abah takde dekat rumah.
Mungkin ada yang nampak keluarga kami macam normal, tapi time tu tak sebenarnya. Aku paling pantang kalau hujung tahun dan paling pantang dengar abah nak balik Johor. Kadang-kadang aku rasa sangat sedih bila abah dah siap-siap beg nak balik. Kami? Hanya mangsa keadaan sebab? Sebab mak tak ikut balik... Kami jadi keluarga yang tak sempurna. Cuti? Cuti yang takde makna pun bagi aku, seronok balik kampung tapi mengenangkan keluarga yang seperti kehilangan seorang ibu, ada bawa makna apa-apa? Paling aku sayu time raya kalau time tu balik Johor dulu dan mak takde, huhuhu... Tengok kazen-kazen semua ada ibu dan ayah, kami? Keadaan ni berterusan sampai la abah meninggal...
Darjah 3, aku dah seronok sekolah di Jerantut dan tiba-tiba abah kata kami kena pindah Bentong balik semula sebab abah kene tukar ke Sertik. Sertik? tempat apa tu? Sebuah kampung felda, ohh...Habis mak macamne? Mak tak dapat tukar lagi... Oh tidak... Suatu perkara yang aku tak suka dah jadi balik.
Since aku tak rapat dengan abah, agak sukar hidupku tanpa mak. Setahun kemudian barulah mak dapat tukar ke Bentong tapi kene berkhidmat dekat Klinik Batu Satu. Oklah cuma mak bz office hour. Dan kehidupan aku sebagai anak felda bakal bermula.
Siapa pernah menyangka, aku pun tak pernah menyangka budak bandar macam aku akhirnya akan masuk sekolah felda. Aku bersekolah di tempat abah jadi guru besar. So nak tak nak kena jaga perilaku. Aku dimasukkan ke kelas 3Kuning dan di sini lah aku merasai menjadi anak felda. Memang lain, seronok, pengalaman lain cukup menghiburkan. Dekat sini, kawan pertama yang aku kenal adalah Redzuan Mee, Sebabnya aku takde buku lagi masa 1st day so dia yang pinjamkan buku dia dulu. Dan jika dulu paling tinggi aku dapat no 10 sekarang dah naik jadi no 3. So merasa la buat pertama kali pergi ke penyampaian hadiah dan dapat buka akaun bank BSN rm10. Jadilah, merasa juga la aku naik pentas.
Dekat sekolah ni, aku dilantik menjadi pengawas, tukang baca doa, bendahari kelas, join pengakap dan yang paling bes join group nasyid sekolah. Heheh tu semua bukanlah aku yang nak tapi orang yang letakkan. Seumur hidup aku, aku tak pernah masuk dan hidup dalam masyarakat felda so aku agak teruja sebenarnya bersekolah di sana. Sesekali kami akan tidur di rumah felda yang disediakan dan sekali lagi merasa la juga life dekat sana. Bila kawan dah ramai, petang-petang pun merayau la sana sini.
Kenangan paling bes bila ada perkemahan sekolah. Aku yang memang 1st time attend sangat teruja. So bila dah dapat group, masing-masing kena cari buluh dan bahan-bahan lain sendiri untuk dirikan khemah. So dapatla bawak beskal keliling felda tu dan cari buluh. Semua 1st time, 1st time tebang buluh, 1st time rasa miang buluh, 1st time seret buluh dengan beskal. Lepas tu 1st time jatuh dalam parit, haha memang lawak. Dan hari perkhemahan yang ditunggu-tunggu dah tiba....
1st day of camping, khemah dah siap bina, just berlatih kawad dlm group dan lain-lain macam biasela, masak, mandi semua tu. Dan malam tu ada sentry, yang juga pada aku 1st time jadi jaga. Haha, orang sentry ikut turn. Tapi aku ni jenis baik sangat jadi sentry sepanjang malam. So bila dah subuh, mata mula la ngantuk. 2nd day of camping, aku sepatutnya jadi tukang baca doa utk perasmian camping, tapi sebab malam tu tak tidur langsung, last-last aku collapse dan tidur dengan masyuknya. Sedar-sedar hari dah petang, aku gosok-gosok mata tengok orang tengah sibuk borak-borak tepi aku. Aku buat muka selamba ayam terus balik ke khemah, kena kutuk dengan member-member angkat tuala terus chow mandi. Malam tu lak malam persembahan so kena la jadi extra (sebab kes tidur). Tak menang pun group kitorang sebab show tak cukup umphh!
Hari ketiga and last day hari paling best. Ada satu game di mana setiap group kena jaga telur jangan bagi pecah. Kami dibawa berjalan menuju ke sungai Sertik. Dari atas jambatan setiap pelajar dimestikn turun dengan menggunakan tali (tali orang main tarik tali tu) sendiri. Aku yg 1st time (haha) mula-mula takut ye lah takde harness semua jadah tu, just lilit kaki dengan tali, pastu pegang tali kuat-kuat dan turun perlahan-lahan. Bila dah sampai bawah, baru lega tapi lepastu kene rendam lak dalam air sungai. Dah habis rendam, kitorg kena patah balik ke padang sekolah untuk sesi kerja dalam pasukan. Sepanjang perjalanan cikgu-cikgu jadi tukang kacau nak curi telur or nak pecahkan telur. Event tu habis dekat nak petang, and aku balik dengan senyuman yang besar dan seronok.
Dan sekali lagi, Allah nak uji kami. Waktu aku darjah 5, abah kena serangan jantung. Waktu tu aku masih ingat kami baru balik dari sekolah dan abah tiba-tiba mengadu sakit dada. Kelihatan waktu tu peluh abah keluar besar-besar bak kata orang peluh jantan. And mak membawa abah ke hospital dan kami terus mendapat berita bahawa abah dimasukkan ke ICU di Hospital Mentakab. So habislah jadual persekolahan kami. Kami banyak berada di rumah Uwan di sana. Orang yang paling sedih siapa lagi kalau bukan mak, dan orang yang paling keliru tentulah aku.
Lebih kurang sebulan lebih abah di hospital mentakab, akhirnya abah dibenarkan balik. Tapi doktor mengatakan bahawa abah perlu dibedah untuk buat by pass kerana salur darah dah tersumbat. So sekali lagi sekolah aku ditukarkan ke sekolah rendah asalku Sek. Ren. Keb. Sulaiman. Aku mulanya tak nak tapi sebab tiada siapa yang boleh bawa aku ke sekolah sertik, so aku ucapkan selamat tinggal lagi kepada kawan-kawanku di sana.
Dan bermulalah kehidupanku di sekolah rendah asalku. Perjalanan masih jauh, cerpen ni panjang lagi, tapi aku stop dulu untuk kali ini, jumpa lagi esok insyaAllah aku sambung. Dekat Sulaiman rendah pun macam-macam kisah yang menarik aku nak kongsi dengan korang semua, nak tau? Tunggu!!!!
2 comments:
ade kesah menarik kt srks? aku x pnh rapat dgn ko mase skola dulu & aku xtau & skrg aku ingin tau..huhu. x sabau 2gu pe yg menarik nye
berada di sekolah rendah adalah a no-no to gurl since aku pemalu. so aku tak rapat sangat dengan budak pompuan. aku lebih rapat dengan bebudak laki je.
Post a Comment