Followers

Saturday, January 2, 2010

Nasi lemak ohh~~

Salam,

Pukul 6.15 pagi aku dikejutkan oleh mak dan bertanyakan sesuatu padaku. Mak dengar aku mengigau, mak kata aku menjerit dan marah-marah. Aku pun tengah lalok time tu, so aku pun cakap aku mimpi. Ya, mimpi yang sungguh dasat dan tak masuk dek akal. Sekolah asrama penuh, tapi waktu persekolahan adalah untuk mencuri buah mangga?

Aku bingkas bangun selepas jam menunjukkan 6.30 pagi dan solat. Mak kerja pagi lagi hari ni. Nampak gaya aku kena jadi chef lagi la. Serabut nak masak apa? Lepas solat, baring-baring kejap sesambil tengok tv. Last-last tertido depan tv. Terjaga dan terus bangun, gosok gigi dan hidupkan motor. Pergi mencari BF, malas nak masak. Rayau punya rayau, jumpa la satu kedai jual makanan. Aku pun mintak la nasi lemak sotong. Makcik tu cakap takde la hari ni dik. Em aku pun belek-belek lauk apa yang ada, last-last beli nasi lemak ayam je. Tapi yang mengejutkan aku, nasi lemak ayamnya rm2.50 sedangkan kalau aku ambil gambar pagi tadi korang pun mesti kata mahal. Ayam goreng tu tah die potong 16 ketul atau 32 ketul pun aku tak tahu la. Sambal ada la satu sudu je letak, ikan bilis goreng pakai penyepit (so korang bayangkanla banyak mana je ambil dengan penyepit), dengan telur rebus 1/8 pun takde. Aku diam je la.

Dalam hati aku terbayangkan nasi lemak SS2 Shah Alam. Kalau beli yang nasi lemak telur, sambal bubuh sendiri, ikan bilis dengan kacang bubuh sendiri, timun pun bubuh sendiri. Kalo tanak telur goreng, telur rebus tetap ada. Dan kalau nak tambah ayam goreng, boleh buat makan tengahari terus.

Pelik jugak bentong bukan lah bandar besar sangat pun. Kalau setakat barang dapur, Tong Fatt ada yang merupakan adik kembar kepada Tesco di bandar-bandar besar. So, kenapa nak jual mahal. Dan dari situ aku tengok orang melayu berniaga. Itu tiada ini tiada, tapi nama pun kedai makan. So macamana nak maju kalau dok lagu tu je.

Orang melayu takut rugi? Sebab tu jual sikit je, sebab tu jual ikut ala kadar, mana yang ada je. Tapi dalam menu berjela-jela sampai ke lantai. Maaf cakap, tengok orang Cina berniaga makanan, pukul 6 lebih dah buka kedai, jual beratus-ratus mangkuk or maybe ada yang ribu mangkuk or pinggan. Sedap? Bukan nak kata apa, tapi kalau tengok diorang masak mee, aku rasa mee orang melayu lagi banyak bahan bubuh di dalam. Tapi tu la orang melayu, jual takat tu je, sikit tu je la tiap-tiap hari. Tak nak langsung tingkatkan dari bulan ke bulan. Usaha sikit baru boleh maju, kalau tak orang lain dah boleh buka restoran kita masih lagi jual di gerai.

p.s: Siapa kata jual nasi lemak tak boleh kaya? tengok nasi lemak antarabangsa

1 comment:

Shukjessa said...

gambo di atas hanyalah hiasan semata-mata