Followers

Thursday, January 14, 2010

No title

Salam,


Tatkala air mata mu mengalir, kau memikirkan betapa aku sudah menjadi milikmu suamiku, tanggungjawapku adalah atasmu segalanya. Kepatuhanku adalah untukmu segalanya.


Tatkala senyumanmu mengukir, bermulanya segala tanggungjawapku terhadapmu isteriku. Segala air mata, perbuatan, dosa, kata-kata mu adalah sebahagian dari nadiku.

Tatkala air mata mu mengalir, kau runsing memikirkan bilakan kau menjadi seorang ibu. Kau bimbang jika tidak dapat mengurniakan zuriat buat suamimu.


Tatkala kerunsinganmu membelenggu, berputar-putar kepalaku mencari cara, mencari alasan, mencari jawapan, mencari penawar kepada dukamu.

Tatkala air mata mu mengalir, kau bakal melahirkan seorang insan baru ke dunia. Kau pertaruhkan nyawamu untuk membenarkan satu nyawa bakal menghiasi rumah tangga mu.


Tatkala kekecohan itu, ada seorang insan yang tidak tidur sepanjang-panjang tempoh kau menderita kesakitan, mengorbankan masa kerjanya, menghabiskan sisa hidupan hariannya bimbang akan isterinya dan anak yang bakal lahir.

Tatkala air mata mu mengalir dek kerana dugaan Tuhan, kamu bergaduh kepada mertuamu kerana marahkan suamimu asyik ke rumah orang tuanya.
Tatkala kemarahanmu memuncak, seorang insan hanya senyap mendengar bebelanmu. Jauh di sudut hatinya 'diluah mati mak, ditelan mati bapak'. Sayang isteri teman hidup, sayang ibu bapa tanggungjawab.

Tatkala air mata mu mengalir dek meminta ampun kepada Tuhan, kamu memohon agar kamu menjadi seorang isteri yang solehah, keluarga yang bahagia dan anak-anak yang beriman.


Tatkala yang sama, si suami memohon kepada Tuhan, ampunkan dosa ibubapaku, isteriku, anak-anakku, dan tempatkan mereka di tempat orang yang beriman. Dan di masa ini mengalirlah air mata yang telah disimpan begitu lama sepanjang umur hidupnya. Bimbang jika kamu keluarganya tidak dapat masuk syurga, dirinya juga akan ditarik bersama.

Dan di saat ini ketika para isteri terlalu lantang bersuara memohon haknya dari suami. Sang suami hanya mahu isterinya menjadi seorang isteri dan ibu yang terbaik untuk anak-anaknya tidak lebih dari itu. Isteri boleh pilih mana-mana syurga yang dikehendakinya hanya dengan TAAT pada suami tetapi si suami perlu bergolok bergadai segala-galanya untuk masuk ke syurga kelak.

No comments: