Hari ni kelas dirombak kedudukannya kerana guru kelas merasakan ada pelajar-pelajar yang perlu lebih diperhatikan dan ada sesetengah pelajar yang sudah 'ok' pada pandangan beliau.
So kedudukan meja yang dulunya 2-2 kini sudah menjadi grouping yakni meja disusun berdasarkan kumpulan-kumpulan kecil seperti di sekolah rendah. Agak kelakar melihat kedudukan seperti itu tetapi kata guru kelas dengan cara itu, pelajar akan membantu sesama lain.
Aku hanya mengikut arahan, dan bila grouping disebut namanya, aku hanya mendengar siapa lagi rakan-rakanku. Namaku, Paan, Ecah, Atrisya dan... tiba-tiba nama last tu membuatkan aku tersentak, Nur. Seperti orang tertelan biji durian, meja yang ku bawa tersungkur ke bumi, mujur juga tak kena kaki.
[3][4][5]
[1][2]
Dan oleh kerana kami berlima, so meja yang kelima dipersetujui adalah Paan. Aku berkedudukan di meja nombor satu, di sebelahku (nombor 2) Atrisya. Di depan Atrisya Ecah (4) dan di nombor 5 adalah Paan. Well teka la dekat mana meja Nur?
Bukanlah aku nak sangat duduk sebelah Atrisya tapi memandangkan Nur dan Ecah kamcing, so diorang nak duduk sebelah menyebelah. Paan pula kononnya kata biarlah aku di depan sebab dia lebih suka duduk di belakang. Padahal aku faham sangat perangai dia tu, saja je la tu, nak mengushar si Atrisya la tu. Habislah hidup aku dikelilingi oleh perempuan, dah la si Atrisya ni agak mengedik juga kadang-kadang, aduhai rimas betul.
Bila dah satu group ni, perbualan kami semakin rancak. Banyak yang aku tahu pasal Nur secara tidak langsung dari perbualan kami berempat. Atrisya jarang nak join kami berbual dan dia lebih banyak join group lain yang satu kepala dengannya. Lantaklah, bukan aku nak ambil tahu sangat pun pasal minah tu. Dan banyak yang aku belajar dari Nur yang lebih hebat dalam subjek Sejarah dan Geografi dan dia juga meminta aku mengajarnya Matematik. Aku pun dari seorang yang sangat pendiam dengan perempuan mula menunjukkan perubahan sedikit dengan berbual-bual (tapi ini pun dengan group aku je la).
Minggu ni merupakan minggu yang paling seronok sebab Kelab Usahawan Muda telah mengedarkan borang pemberian gift sempena sambutan Hari Guru. Macam biasa, pelajar-pelajar lebih ramai bagi sesama sendiri, bagi kepada bf dan gf. Dan aku berhajat nak beri juga hadiah untuk Nur tetapi segan nak letak nama. So pada bahagian nama tu, aku just letak anonymous dan aku bagi juga hadiah pada Paan dan Ecah takut kalau rahsia terbongkar. Lagipun aku just bagi hadiah coklat je dekat Nur.
Hari yang dinanti-nantikan, kelas agak hingar bingar dengan bunyi budak kelas yang gembira dapat hadiah dari kawan-kawan dan teman istimewa. Aku just dapat sebiji epal, Choclair dan keropok Mamee. Epal dan keropok dari Paan, Choclair dari Ecah. Aku pandang ahli-ahli group aku, macam biasa Atrisya paling banyak dapat hadiah. Dari bebudak kelas, kelas sebelah, kelas bawah, kelas atas, semua orang bagi. Dan aku tengok Nur, agak terkejut sebab banyaknya lebih kurang macam Atrisya cuma hadiahnya lebih berbentuk sentimental. Dan coklat bar aku tak terkecuali.
Di sebalik hadiah tu, tiba-tiba Nur dapat sekuntum bunga ros merah, dan Ecah mula la bising, "Wah gila la kau Nur, ganas-ganas pun dapat bunga. Ros merah lak tu. Kau tau tak ros merah tu maknanya I LOVE U?". "Ala kecoh la kau Ecah, aku pun dapat bunga rilek je", sampuk Paan. "Bunga apa kau dapat, tak nampak pun?", tanya Ecah. "Bunga taik ayam hahaha", dan Paan terus berlari keluar sambil dikejar oleh Ecah. "Bongok kau, meh sini aku tonyoh dengan taik ayam betul", jerit Ecah. Aku mengendahkan mereka dan lebih tertarik dengan bunga ros merah yang Nur dapat.
Serentak dengan itu, wujud satu perasaan luar biasa yang aku tak pernah alami sebelum ni. Terasa nak marah, terasa sakit hati, rasa tak selesa dan paling tak best bila aku terasa nak tanya Nur siapa yang bagi bunga ros tu. Tapi disebabkan nature aku yang slow dan pemalu, benda-benda macam ni hanya wujud di hati, tapi tidak di mulut dan perilaku aku. Oh tidak, sifat cemburu sudah berada dalam diri aku dan sekarang baru aku tahu Nur ramai peminat. Rupa-rupanya ramai juga yang minat perempuan seperti Nur.
Sedar tidak sedar, kebanyakan hadiah yang berupa makanan yang tidak diketahui namanya diberikan kepada Ecah termasuklah juga coklat aku sebab aku letak anonymous (tidak dikenali). Macam nak menjerit je hati ini menyuruh agar Nur tidak memberikannya kepada Ecah. Habis duit aku buang macam tu je tapi last-last bagi dekat orang lain. Kata Nur, orang yang tidak menulis namanya adalah orang yang penakut. Aku tak nafikan cuma aku tak nak orang tahu yang aku berikan Nur hadiah sebab sebelum ni aku memang tak pernah beri hadiah kepada perempuan kecuali Ecah sorang je sebab kamceng.
Hari berlalu, dan aku seakan-akan merajuk dengan Nur ke atas sikapnya sebegitu rupa. Mungkin dia perasan lantas menegur aku "Kau ni kenapa, macam nak mengelak dari aku je Bu? Aku pandang kau, kau langsung tak pandang balik. Kau bercakap macam aku takde depan mata kau, lepas tu sepatah aku tanya, sepatah tu la kau jawap. Kadang-kadang langsung kau tak nak join kitorang borak-borak. Kau ada masalah ke? Kalau ada kongsi la dengan aku, mana tahu aku boleh tolong kau". "Takde apa-apa lah, aku ok je. Perasaan kau je kot", kataku sambil meneruskan menulis. "Kau tau Bu, dalam banyak-banyak kawan, kau la antara yang paling aku sayang", katanya lagi. Aku tersentak dengar, emm tapi macam tak percaya. Dia sayang aku? Dan otak aku mula bermain fantasi, seperti berada di awang-awangan, dan ibarat... "Nur! Nur! Ni ada surat dari abang Esham. Dia suruh bagi dekat kau", Ecah tiba-tiba menjengah masuk dan mematikan segala nikmat aku untuk bermimpi. Bagaikan kaset rosak, tiba-tiba aku nampak cermin yang retak dan pecah, aduhai...
Aku hanya mampu menjeling melihat Nur dan Ecah berlari keluar dan hilang dari pandanganku... Aku ternampak Nur sedikit tersenyum girang apabila Ecah menghulurkan surat itu. Aku? Entahla, macam mamat hopeless aku hanya mampu tertunduk mengenangkan alangkah baiknya kalau surat tu adalah dari aku...
Andai kau tahu...
No comments:
Post a Comment