Salam,
Untuk post kali ni, aku tulis semula sebuah kisah lama yang pernah aku baca dan pada aku berjaya menyentuh perasaan sesiapa yang membacanya. Bagi yang pernah membacanya, silalah baca sekali lagi, dan bagi yang tak pernah baca silalah baca dan buatnya sebagai pengajaran hidup.
Kisah ini bermula dengan sepasang suami isteri yang telah lama mendirikan rumah tangga. Pada hari tersebut merupakan hari ulangtahun perkahwinan mereka berdua dan mereka merancang untuk melakukan sesuatu yang penuh makna dan berbeza seperti tahun-tahun yang sudah.
Si suami mencadangkan agar mereka berdua menyenaraikan 100 sikap pasangan yang tidak mereka gemari dan akan dibacakan selepas makan malam hari istimewa itu sebagai tanda ingin lebih memahami dan memperbaiki kelemahan diri.
Maka bertungkus lumus la pasangan ini memikirkan apa yang tidak senangi dan tidak suka akan sikap pasangan masing-masing.
Dan pada malam yang dinanti-nantikan,
Selepas mereka menikmati makan malam yang paling romantik mereka pernah alami, si isteri bersuara "Bang, I mulakan dulu ye apa yang kita dah janjikan hari itu?". Dengan sehelai kertas di tangan si isteri terus memulakan karangan nya yang bertajuk "Sikap-sikap abang yang saya tak senangi".
Si suami hanya tertunduk diam mendengar catatan isteri mengenai sikapnya yang tak disenangi itu. Lebih kurang 10 minit, si suami bertanyakan tak habis lagi ke? Si isteri menjawab "Belum bang, ade lagi 20 nak habis, kejap ye. Lepas ni turn abang pula", sambil tersenyum.
Dekat 30 minit berlalu, si isteri duduk semula menandakan telah habis dibacakan karangan nya. Dia pun berkata "Ok, turn abang". Dan sang suami pun mengeluarkan sekeping kertas dari kocek bajunya dan...
dia hanya terdiam kaku. Si isteri mula pelik melihatkan suaminya yang hanya diam dan tidak berkata apa-apa. Dia pun bertanya "Bang? Kenapa abang tak mulakan? Adakah ayat-ayat saya tadi terlalu menyinggung perasaan abang?"
Si suami hanya tersenyum dan seraya berkata "Isteriku, di atas kertas putih ini abang lakarkan tanda cinta kita selama ini, seperti mana putih dan bersihnya kertas ini begitulah jua cinta abang kepadamu isteriku".
Tersentak si isteri melihatkan kertas putih itu tidak mengandungi apa-apa tulisan hatta sebuah tajuk yang patut dikarang dan dibacakan pada malam itu. Dan si suami berkata lagi "Abang tidak tahu dan tidak sanggup untuk mencoretkan apa-apa kekuranganmu wahai isteriku, kerana bagiku kamu sudah MELENGKAPI apa yang aku TIADA".
Berjuraian air mata si isteri apabila mengetahui perkara sebenar. Dia tidak menyangka bahawa tujuan suaminya berbuat begitu hanyalah sekadar ingin menguji kasih sayang antara mereka berdua. Sebak di dada makin menjadi-jadi apabila mengenangkan satu ayat pun suaminya tidak menulis inikan pula 100 ayat sambil memandang kertasnya yang berpenamat dengan angka 100.
Sang suami menenangkan isterinya, "Tidak mengapalah sayang, abang tak marah cuma ada sedikit terguris hati mendengarkan ayat-ayatmu yang menusuk kalbu dan tajam bak mata pedang itu. Andainya kamu tahu bahawa cinta lahir dari sepasang hati. Dan ketahuilah cinta kami si lelaki bukan zahirnya di mulut tetapi lebih dari hati kami (perbuatan)".
Dan kepekatan malam itu pun berlalu dengan iringan muzik Kris Dayanti "Mencintaimu" sambil pasangan itu saling memaafkan kertelanjuran sikap masing-masing dan diiringi dengan dansa dan senyuman terukir di wajah mereka.
p.s: Terima pasangan anda seadanya. kita kena ingat, tiada orang yang perfect dan kita hidup saling melengkapi. Tidak ada pasangan yang tak sesuai, hanya kita yang menentukan keserasian itu atau tidak.
No comments:
Post a Comment