Followers

Monday, January 4, 2010

The Darkside

Salam,



Tajuk post di atas bukanlah sebuah nama band, nama game, nama cerita atau nama orang. Tapi lebih kepada nama timangan untuk pengguna Nikon. Apa sebab? Aku pun tak tahu sampai sekarang. Yang aku tahu kalau Nikonian Darkside, kalau Canon Whiteside.


Dan dikalangan member-member terdekat, 'kamera mahal' lebih digunakan merujuk kepada kamera aku. Susah untuk nafikan dan susah juga nak iyakan. Nak kata murah takdelah murah sangat sebab satu kamera sampai RM2k, tapi nak iyakan pun tak boleh sebab kamera aku hanyalah ENTRY level, which means harga kamera aku hanyalah cikai kalau nak dibanding dengan harga Nikon D90 atau D300.


Tapi aku tak kisahlah, janji niat aku nak ambil gambar bukan nak menunjuk-nunjuk kamera aku hebat ke tak. Setiap kali aku ambil gambar, subjek aku akan tersenyum dan bila gambar yang diambil lawa dan jelas, diorang lagi senyum dan akan mintak copy yang membuatkan aku pula yang tersenyum.


Sebab itu juga aku tak kisah sangat kalau member-member nak try rasa pegang, try ambil gambar, try belajar. Benda baik kita kongsi jangan kedekut. Selagi guna elok, tak jatuh aku tak nampak kenapa aku tak boleh bagi orang lain guna. Lagipun kamera aku cikai je, bukan full frame pun macam D3. 


Dulu-dulu aku sangat jahil dengan kamera. Aku hanya tahu kamera ambil gambar, simpan kenangan. Tapi bila dah ada DSLR ni, baru aku tahu fungsi kamera lebih dari tu. Dan dari situ juga aku belajar jenis-jenis kamera yang lain selain DSLR. Tak lupa juga aku belajar gambar yang cantik tak semestinya kena DSLR, kamera kompak pun boleh cuma yang high end sikit la. Yang kompak biasa boleh ambil cuma agak sukar nak kontrol settingnya. Tapi macam aku, berhijrah ke DSLR aku nampak macam-macam yang kamera kompak tak boleh nak bagi. Tak dinafikan cost untuk memiliki DSLR ni buat ramai yang pusing balik, tapi kalau buat rujukan betul-betul korang akan dapati apa yang korang beli tu tak disia-siakan.



Dan baru-baru ni aku membeli sebuah external flash atau speedlight yakni SB600 yang jika dikaji dan ditanya otai-otai photography adalah benda utama yang patut dibeli, dan barulah beli lens atau eksesori yang lain. Jika dulu aku hanya bergantung harap pada lens yang mempunyai fix aperture 1.8 dan pop up flash, kini aku belajar cara menggunakan speedlight agar gambar dapat sharp dan terang di dalam keadaan kurang cahaya. Ianya sangat mengujakan kerana kesan pantulan cahaya menggunakan kad putih menghasilkan gambar yang terang tetapi tidak over flash.


Walau ramai forumer yang meracun agar aku mengupgrade kan kamera ku, tapi padaku biarlah dulu. 'Slow-slow kayuh' merupakan ayat favourite sesetengah forumer yang turut menasihatiku agar menggunakan sehabis mungkin D60 ku baru mengupgrade. Sebab ada sesetengah daripada mereka, walaupun dah memiliki body D300 tapi pemahaman terhadap bidang fotografi masih 0.



Dan sekarang D60 mempunyai teman baru SB600 yang bakal menemaninya sepanjang perjalanan fotografi ini, hohohoho

No comments: