Followers

Monday, January 25, 2010

Aku dan noktah (ini cerpen)


Salam,

Bertemu lagi dalam post kali ini. Untuk post kali ini aku akan ceritakan serba sedikit tentang diri aku. Apa yang korang tak tahu tentang aku, apa yang korang tak pernah terpikir pun aku begitu begini dan sedikit sebanyak pengajaran buat korang yang belum pernah melaluinya dan yang pernah diharap dapat mengambil ikhtibar bersama-sama.

(AMARAN: Posting kali ini adalah berbentuk cerpen true story bout my life, so buat yang tak nak buang masa baca posting kali ini, diminta untuk tidak meneruskan pembacaan, so your journey ends here. Buat yang rela dan rajin membaca terima kasih, sama-samalah kita mempelajari sesuatu dari cerpen ini. Oh ya cerpen ini aku ceritakan bukan untuk mendapat publisiti sebab benda tu aku dah tak perlukan, apa yang aku ingin sampaikan adalah pengajaran di sebalik cerpen ini, sekian dari si penulis).

Cerpen ini bermula dengan lahirnya seorang insan yang diberi nama Mohd Shukran Sahli Bin Saman. Seorang anak lelaki tunggal di dalam family dan yang paling bongsu antara ketiga-tiga adik beradik. Seperti mana nama yang diberi, shukran = terima kasih, dan sahli = kesenanganku. So digabungkan menjadi berterima kasih ke atas kesenangan yang diberikan. Namanya panjang, itupun mohd telah disingkatkan jikalau mahu tulis yang penuh akan menjadi Muhammad Shukran Sahli Bin Saman. Mungkin akan menyukarkan dewasa kelak untuk mengisi borang.

Aku dilahirkan di Hospital Bentong, Pahang pada 10 November 1985 pada jam aku tak ingat. Mak kata aku over due yakni terlebih hari daripada tarikh waktu bersalin. Dan mak kata masa aku lahir, aku tersangatlah kecil berbanding adik beradikku yang lain, tapi sekarang akulah yang terbesar. Aku sangat tidak menyukai menjadi anak bongsu yang lahir pada hujung tahun. Dahla bongsu, hujung tahun. Kesemua ahli keluargaku semuanya lahir awal tahun dari bulan Jan hingga bulan Mac. Aku sedih kenapa aku dilahirkan lewat. Tapi selepas aku mengetahui orang yang lahir hujung tahun adalah insan yang hebat-hebat dan bercirikan pemimpin baru aku sedar, aku hebat juga rupanya (kes tengok dokumentari pasal Tun Mahathir).

Jangan disangka hanya kerana aku anak bongsu aku akan dimanja dan ditatang bagai minyak yang penuh. Jangan sangka anak bongsu macam aku tak pernah kena sebat dan rotan tali pinggang ayah aku dulu. Jangan sangka anak bongsu macam aku, kerja rumah boleh dikecualikan. Orang lain mungkin tapi tidak bagi keluargaku. Dalam keluargaku, kerja rumah sama rata sama rasa. Apa yang orang lain kena buat, kita kena buat. Aku mungkin manja dengan mak hanya kerana aku suka dibelai dan duduk di riba mak. Tapi yang lain-lain tidak.

Arwah abah lebih senang menganggap aku sebagai anak sulung lelaki nya memandangkan hanya aku anak lelaki dalam keluarga. Aku diperturunkan segala ilmu yang beliau tahu tapi beberapa ilmu yang tidak diajar seperti bahasa jawa, silat sendeng dan lain-lain. Dan aku juga tidak rapat sangat dengan abah kerana abah hidupnya sangat berdedikasi menjadi seorang guru yang sangat sayangkan anak muridnya. Bayangkan dalam sekolah, orang yang pertama membuka pintu pagar adalah beliau. Jadi masa beliau sangat sibuk di sekolah, mesyuarat, aktiviti-aktiviti di sekolah, menguruskan itu dan ini dan jarang dapat masa bersama dengannya. 

Lupakan seketika, kembali kepada ceritaku. Semasa aku masih bayi, aku tidak boleh minum susu lembu kerana sakit perut. So susu yang aku boleh minum adalah susu kacang soya. Sampailah aku masuk tadika yang hanya time tu aku ingat aku dah start minum milo dan air sirap. Dan dari situlah permulaan milo dalam hidup aku sehinggalah usia aku kini 24 tahun. 

Aku dihantar ke Taski yakni tadika islam. Di sana kebanyakan diajar adalah mengenai alif, ba, ta dan ayat-ayat hafazan dan aku tak pernah belajar A, B, C sampailah aku masuk darjah 1. Taski banyak kenangan yang indah. Belajar makan dalam talam ramai-ramai, belajar naik bas sekolah, berak dalam seluar, main akrobatik dan jatuh terlentang, main daun terup dan macam-macam. Bila dah sampai masa ke darjah 1, aku ke Sekolah Rendah Kebangsaan Sulaiman. Di sana berjumpa semula rakan-rakan taski yang sama. Tapi...

Satu tragedi melanda keluarga kami apabila Along pergi meninggalkan kami kerana ketumbuhan otak. Maaf ku katakan kerna aku tak mengerti akan maksud kematian. So pemergian Along bagaikan hanya satu tragedi biasa buatku, tidak buat mak... Kerna mak sangat menyayangi Along. Along adalah anak perempuan pertama beliau yang kerap kali menjuarai pertandingan, johan di dalam kelas, dan pelbagai lagi. Ibu mana yang tak bangga? Tapi apabila kebanggaan itu direntap, bagai melepaskan nyawa mak berendam air mata mengenangkan perginya anak sulung beliau ke rahmatullah. Aku masih ingat, mak pengsan ketika di kuburan selepas selesai dibacakan talkin sedangkan aku hanya diam membisu tidak mengerti apa-apa.

Keluarga kami diuji lagi dengan abah mendapat tawaran menjadi guru besar di jerantut. Di saat kami kehilangan seorang ahlinya, tiba-tiba kami terpaksa berpindah ke sebuah daerah yang agak jauh dari Bentong. Aku? hanya keliru kenapa perlu berpindah sedangkan aku mempunyai ramai kawan di sini. Di Jerantut, adakah akan ada kawan seperti di sini?

Di sana, kami menyewa sebuah rumah yang berdekatan dengan Hospital yang mana mak bekerja. Pada aku Jerantut seperti Bentong sebuah pekan kecil tapi jumlah penduduk yang agak ramai. Dan di sini hidupku diteruskan bersama teman-teman baru yang semakin kuterima baik. Rumah di sini kecil berbanding Bentong tapi aku tidak peduli sangat sebab padaku, hidupku hanya satu ketika ini, berkawan. Di sini juga aku terpaksa mengulang balik muqadam setelah agak lama ditinggalkan. 

Hidup di sini seronok cuma apa yang tak seronok, mak kerja shift. Abah kerja waktu pejabat, balik lewat petang. Kalaupun balik awal, abah pasti stay di sana untuk selesaikan kerjanya. So aku dan angah pergi dan balik hanya naik bas sekolah. Kadang-kadang aku jalan kaki saja dan kadang-kadang abah ambil aku. Dan aku paling tak suka sekolah sesi petang. Sebab angah sekolah sesi pagi, aku pergi sekolah, dia balik sekolah. Jumpa bila dah petang dan malam saja. Pagi-pagi kalau mak tak kerja, adalah teman. Tapi kalau mak kerja pagi, aku seorang diri lah walaupun time tu aku darjah 1. Semuanya kena berdikari sendiri. So apa nak buat pagi-pagi? Pergi mengaji, balik mengaji tengok tv pendidikan sampai lebam. Lepastu siap-siap nak pergi sekolah. 

Aku tak pernah mengaku pandai, cuma aku akui aku banyak guna sense of logic. Tapi malangnya aku jenis lambat pikap sikit, so akan take time. Dan time ni jugalah aku menggunakan cermin mata yang pertama. Cikgu selalu marah, aku selalu kena berdiri atas kerusi. Bukan sebab aku tak tahu tapi sebab aku tak nampak. Yelah, aku duduk di belakang sekali sebab kedudukan di dalam kelas ikut nombor yang kita dapat. Dapat no 1, duduk paling depan. Aku paling tinggi pun dapat no 10 dalam kelas. Tapi macam nature aku yang pendiam, aku hanya senyap tak beritahu yang aku sebenarnya rabun jauh. Manalah nak tahu pun kan time darjah 3 tu.

Dan ini ingin aku kongsikan bersama buat teman-teman yang masih dibangku sekolah. Berapa belanja harian kamu sekarang dan apa yang kamu belanjakan dengan duit yang diberi? Kebanyakan remaja yang aku temui rata-rata sekarang makan fast food, beli itu beli ini, boleh pergi main dekat Cyber Cafe, main dekat game box. Andainya korang tahu bahawa zaman aku dulu, belanja harian ke sekolah hanyalah 60 sen, diulangi 60 sen sahaja. Bukan 6 hengget, 60 hegget mahupun seratus hengget. Dengan 60 sen tu la ko kena beli mee, beli air dan belen tu simpan. Bukan aku nak bandingkan harga makanan sebab aku tahu mana dapat dah mee goreng 20 sen macam dulu-dulu. Tapi apa yang disampaikan di sini adalah dengan 60 sen tu la kena survive dan siap ada belen 20 sen untuk menabung. So duit belanja korang ada belen untuk masuk tabung? Aku mewah sedikit belanja sekolah time sekolah menengah atas (form 4-5). Time tu dapat la rm2 sehari. Duit tu la duit makan, minum dengan tambang bas. Dan belen sudah pasti masuk tabung. Korang pikir mesti duit aku banyak sebab dari tadi aku asyik kata masuk tabung, masuk tabung. Tak pun. Sebab apa? Sebabnya korang kena tunggu next post, aku sambung ceritanya...hehe so tunggu...

2 comments:

Nur Hadirah said...

sedikit info,
arwah-dgunakan utk roh-roh..bererti dlm jumlah yg byk. arwah juga merupakan nama sejenis jin
if
almarhum-bermaksud.."kasihan si dia"
allahyarham-semoga Allah merahamti rohnya..*ada unsur2 doa

org malaysia sememangnya sudah slh dlm mggunakan pkataan2 ni,
tu ak dpt dr cikgu bhs arab ak

Puteri Farah said...

ouhh ye ke??
haha~
thanks for the info~