Followers

Saturday, January 30, 2010

Andai kau tahu III

Jauh ku renung dan tenung gambar yang kupegang dari tadi. Tak berganjak walau seinci pun mataku dari gambar itu. Sesekali aku tersenyum seorang diri. Gambar oh gambar andainya mata yang ada di gambar ini muncul di depan mataku, akan ku tatap sepuas-puasnya, ulp! ye ke? Aku rasa korang pun tau gambar siapa yang aku maksudkan. Sudah tentu bukan gambar Paan mahupun Ecah. Atrisya? Walaupun minah ni terkenal dengan keseksian + gedik + perasan je lebih, tapi aku tak minat nak abadikan gambarnya di dalam kamera D90 kesayangan aku ini. Lebih baik aku tangkap muka yang sentiasa membuatkan aku di awang-awangan, Nur. Ya gambar minah ni la yang buat aku leka menatap sehinggakan tak sedar dah tengah malam. 

Gambar Nur yang aku ambil secara candid melalui lensa 70-200mm F2.8 tu memang menguntum jiwa. Sengaja aku buat 'bokeh' (fokus pada satu tempat, yang lain blur) supaya ada feel. Lebih-lebih lagi time tu Nur tengah leka bermain air bersama Ecah. Kegirangan wajah itu yang membuatkanku segera menembak kameraku ke arahnya. Mujurlah lensa tele zoom, dapat la ambil secara sembunyi-sembunyi. Kalau aku pakai 50mm F1.8 memang lawa juga, tapi maknanya aku kena pergi dengan Nur. Segan deh!!!

Satu petang, Nur mengajak aku datang ke sekolah. Dia kata ada hal nak bincang dengan aku. Dia nak kata dia suka juga dekat aku ke? Oh, bestnya!! Dalam mimpi je la kot nak dengar Nur cakap camtu. Time tu time riadah, dan macam biasa la kebanyakan budak-budak asrama akan pergi bersukan. Sampai je aku dekat dorm puteri, aku nampak Nur dah pun macam cacing kepanasan. Aku tengok jam, aisey lewat 10 minit. 

Tiba-tiba "Woi, kau ni kan janji melayu betul la. Janji jumpa pukul berapa? Ey ada yang kena debik ni kang." sambil mengepal buku limanya yang kecil tu. "Ala sori la weh, traffic jam tadi" aku cuba melawak. "Banyak la kau punya traffic jam, duduk bandar traffic jam ke benda" dengusnya lagi. "Heheh rileks la kau ni pun, dengan aku pun nak marah-marah ke? Karang aku balik karang" ugutku pada Nur. "Ala-ala kau ni pun, merajuk macam orang tua. Jom lepak dekat kerusi, aku nak cerita dekat kau satu benda" dan Nur pun berlalu pergi.

"Ada seorang senior ni dia minat dekat aku, aku serba salah la Bu" bicaranya jelas tetapi perlahan. "Kau rasa patut ke aku terima sebab aku takde pengalaman dalam hal-hal macamni. Kau pun tahukan aku ni dah la ganas, mulut censored habis, mustahil la ada lelaki sukakan aku, tapi..." katanya sambil memandang aku. 

Aku sebenarnya tak terkejut sangat, sebab memang aku dah pernah dengar ura-ura sebelum ni. Lebih-lebih lagi time dia dapat surat hari tu. Aku tak berapa kenal sangat Esham, cuma aku tahu dia senior atasan kami di tingkatan 5. Pasrah sebenarnya hati aku bila dengar Nur cakap macam tu, dan lagi pasrah bila bukan aku insan yang pertama meluahkan isi hati padanya. Tapi, aku pendamkan saja.

"Tapi untuk tidak menerimanya, hatiku semacam hendak. Lagipun dia sangat gentleman padaku walaupun aku ni kasar" jelasnya lagi. "Tapi kau tak kenal dia betul Nur, mana tahu dia nak permainkan kau saja" tegasku padanya. "Cinta itu buta kan?" aku hanya terdiam mendengar jawapannya. "Tak tahulah aku, tapi kau pikirlah masak-masak, pada aku mencintai seseorang mestilah dimulai dengan persahabatan, bila kau dah betul-betul serasi barulah kasih sayang itu akan mengembang" tambahku lagi. "Tapi Bu, saat terpandang wajahnya aku dah terasa sesuatu cuma aku segan nak tegurnya. Tak sangka dia pun ada perasaan yang sama. Lagipun mustahil aku akan jatuh cinta dengan seorang sahabat seperti kau Bu. Aku tak nak hilang sahabat kalau cinta itu tidak menjadi" katanya lagi.

Kata-katanya masih lagi terngiang-ngiang di telingaku. Nur, Nur begitu cepat kau menilai cinta hanya dari sebuah pandangan. Tanpa menyelami hati budinya, kau menerimanya bulat-bulat. Dan kau menolak untuk jatuh cinta dengan sahabat hanya kerana alasan itu? Sedikit kekesalan dan kekecewaan hadir di hatiku tapi apakan dayaku. Aku tak boleh nak membenci dia malah melupakannya walau ku tau hatinya dah dipunyai orang. Apakan daya, aku hanya mampu mengukir senyuman palsu setiap kali berjumpa dengannya.

Andainya kau tahu...cinta di hatiku makin hari makin berkembang walaupun kau dah dimiliki orang...

No comments: