Followers

Wednesday, October 6, 2010

The Book



Beberapa hari lepas aku dah meroyan pasal gitar sampai habis semua tempat aku dok tulis pasal gitar je. Ok la abaikan, nanti ada yang muntah hijau menyampah tengok aku asyik cerita pasal gitar je. Macam la orang lain takde gitar, hehe.

Apa yang aku nak cerita kali ni adalah untuk mewujudkan sebuah buku nota yang di dalamnya akan dipenuhi dengan segala idea, cadangan, what to do list, wish list, senarai kira baget dan lain-lain.

Biasanya aku ni jenis tak tulis dalam buku sebab malas nak tulis, dan hanya dok pikir dalam kepala otak dan sebut di bibir. Tapi sebab otak manusia ni ada temporary punya ingatan, so aku rasa benda-benda camni baik kita tuliskan kasi ingat. 

Buku idea, di dalamnya penuh dengan segala macam idea untuk diketengahkan, dan akan dianalisa tiap-tiap minggu dari segi SWOT analysis untuk pastikan yang one day ianya boleh dilaksanakan. What to do or event book, benda-benda yang aku nak buat or anjurkan yang perlukan perancangan rapi dari segi tarikh dan masa, tempat dan kemudahan bagai.

Wish list macam biasa la, target kita untuk dapat apa. Benda ni aku dah prektis dah dulu masa aku degree tapi dalam bentuk paste note yang aku tampal ke dinding. Aku bahagikan kepada tiga section iaitu dari segi priority: Must, recommended, dan optional. So far berjaya la juga untuk dapatkan apa yang aku nak macam beli DSLR.

Dulu aku pernah pergi satu seminar pasal Law of Attraction dalam Book of Secrets. Dalam ni pun dia ajar kalau nak kan sesuatu, ie; wish list, dia suruh senaraikan dan tampal gambar-gambar benda yang kita nak. Ianya seperti satu dorongan sebab kita akan lihat hari-hari benda ni sehinggalah kita berjaya capai benda tu.


contoh buku bajet, gambar sumber; Google


Dan yang terakhir adalah buku baget. Yang ni penting jika korang nak kahwen, nak berniaga, nak kembangkan bisnes, or nak beli sesuatu. Pandai-pandailah buat sifir sendiri macam mana nak beli barangan yang kita nak, lambat atau cepat kena sentiasa ingat, equilibrium mesti ada. Contoh, kalau korang berhajat nak beli this particular shoes dan gaji tak masuk lagi, macam mana nak beli? Buatlah sifir korang, samada nak ikat perut, kumpul duit, pinjam from someone, or guna duit simpanan yang tak boleh diusik or apa-apa je la. Setiap satunya pasti ada kesannya sendiri. So rancang baik-baik supaya baget bulanan tidak lari, dan korang masih boleh melayari hidup dengan aman tanpa perlu bergelap kes tak bayar elektrik, or tak mandi sebab air kena potong, atau kena naik bas sebab kereta kena tarik tak bayar or duit minyak tak cukup.


2 comments:

cEro said...

buku idea mmg aku dah ade...
mmg slalu bawak, tu yg kadg2 poket aku sentiasa nmpak kembong sbb ade buku idea...

buku baget, hehehe, takde lg...

tp aku suka idea wishlist tu...
nk tmpal gmbar yg kita nk..
kalo nak kawen dgn lisa surihani, kena tmpal gambar dia laa, kan???

Shukjessa said...

hehe buku yg ko selalu conteng2 wat doodle tu ke?

hahah tu hanya pendorong, bukan semestinya jadi. aku dulu tak tampal gambar pun tapi just tampal benda aku nak tu je la ikut priority supaya takdelah lebihkan benda yang tak penting.

buku event dgn idea baru nak wat. time2 tgh tanam anggur ni, macam2 idea keluar tapi pelaksanaan belum lagi since analysis SWOT tak buat.

p.s: buku idea tu kalo mmg dah padu punya analysis boleh jual je dekat orang yang sanggup nak dengar dan beli hehe