Followers

Sunday, October 3, 2010

32-29-28

Gitar...


Entah kenapa tiba-tiba aku bersemangat untuk memiliki sebuah gitar akustik atau lebih femes dikenali di kalangan muda mudi dengan gitar kapok. Dah lama aku berminat nak main gitar, tapi disebabkan aku lefty, susah nak cari gitar lefty, mencari tok guru yang boleh ajar lefty dan lain-lain membuatkan hasrat tu berkubur.

Tapi sejak aku main games Guitar Hero, perasaan tu makin membuak-buak. Biarlah apa nak jadi pun, aku nak belajar gak main gitar. Bukan nak jadi artis tapi sekadar mengisi ruang bakat dan seni. Sekadar ingin mengubati luka hati, paling tidak single aku ada teman bersyahdu.

Semalam, anak sedara aku dapat sebuah gitar mainan dari ayahnya. Aku teruja gak la nak main, tapi bila aku tengok strings ada 4 je, dan strings ni bersambung dua, so ia takkan mungkin akan menjadi kod gitar.


Tengoklah bulan depan aku nak kumpul duit beli la satu gitar kapok ke sakura ke apa-apa brand la yang tak mahal sangat. Tapi, aku nak kekalkan imej lefty. Sebab sayang jika hapuskan keunikan lefty bermain gitar. Biarlah agak susah sikit untuk belajar dan cari gitar, tapi keunikan tu perlu dikekalkan.

Bila dah pandai main lagu, baru boleh angkat gitar akustik yang lebih berkualiti or beli gitar elektrik. Tapi gitar elektrik, celah mana aku nak jamming? Main dalam bilik? Mampus kena halau, kuat tu.

Takpelah, slow-slow belajar. Biarpun usia dah 25 tahun ni, aku nak belajar gitar gak.

5 comments:

Cik N said...

Cr sifu dulu syuk baru semangat sikit. Cam aku ni bljr dr internet je x bp menjadi la...huhuuu

Shukjessa said...

hehe kalo ko cari sifu pun, yg diorg bley bagi tips pun suro bykkan prektis je la. sbb gitar takde short cut.

kene ada gitar dulu, takdo gitar celah mana nak susun jari utk jadikan chord.

p.s: baru blaja chord C hahaha (dem jari aku pendek dan gebu)

hentakbelipat said...

sejarah mengatakan kidal ni selalunye gifted..mane tau lu dah boleh hentam mcm kurt ke mankidal ke

cEro said...

al-kisahnya aku dah ade gitar kat umah dan aku pon konon awalnya nak blajar, last2 sbb susah gile n takde sifu aku tamatkan pembelajaran aku dan gitar itu berabuk di bilik..
sekian..

Shukjessa said...

HB: haha tak semuanya gifted. yg pasti aku nak try main. being single ni buat aku jadi bosan, dan aku perlukan sesuatu untuk mengisi mase terbuang or tgh2 sedey ke ada gak gitar teman wahahah.

cero: hehe cari sifu internet la, dah berlambak sekarang nih. nak lebih formal bley masuk kelas gitar.

tp aku rase expert gitar pun blaja sendiri2 je main. tp sbb diorg ni pegang gitar 24/7 mmg cepat handal la kan