Followers

Monday, October 18, 2010

Wareh (Part 2)


Hari dah makin larut malam, mata aku susah betul nak lelap. Yelah semenjak dua menjak dapat mimpi pelik-pelik pasal Adiwira tu, buat aku jadi agak fobia untuk tidur malam.

Baru je pagi tadi aku call mak dekat kampung. Aku tak cakap pun pasal mimpi Adiwira tapi cakap nak balik. Memang aku dah lama tak balik kampung. Bukan aku tak nak balik, tapi mak memang tak berapa nak bagi atas sebab-sebab yang mak tak nak explain.

"Ish takyah la balik. Mak dengan ayah kamu sihat je kat sini. Ada apa-apa nanti mak call le kamu"
Tu je la jawapan yang selalu diberikan, kadang-kadang buat aku serba salah. Yelah dah pun aku anak lelaki tunggal dalam keluarga. Nak harapkan adik perempuan dengan akak aku tak boleh la juga.

Malam ni aku buat keputusan untuk tutup pintu, tutup langsir. Agak berkuwap bilik sebab tiada angin yang berlalu masuk dan keluar. Nekad, aku mahu tidur dengan sempurna.

Beberapa hari lepas semasa aku baru dapat mimpi pelik tu, aku kerap terjaga. Dan dalam terjaga tu, aku terperasan sesuatu di tepi pintu aku since dulu aku tidur buka pintu. 

Nampak macam kain putih. Kain siapa lak tertinggal luar bilik aku? Aku hanya perhatikan dari sebalik bantal yang aku tutup kepala. 

Tapi lepas tu, kain tu macam bergerak. Ah sudah... macam...macam kain melompat... makin lama makin dekat pula masuk bilik. Bila lebih kurang 2 meter dari tilam aku, benda tu stop. Aku pun tunggu je la dia buat apa, mulut dah terkedu dari sebarang bacaan. Bau busuk makin lama makin menceroboh lubang hidung. 

Bedebuk!! Sekali benda tu jatuh baik punya selari dengan muka aku yang dok intai dari celah bantal tadi. "Warghhhh!!! Poconggg!!!!" aku jerit dalam hati. Mata aku terus tutup rapat-rapat. Mulut aku paksa baca ayat-ayat suci. Dengan izin Allah, bacaan dapat keluar dari mulut dan benda tu terus hilang. 

Start hari tu lah aku serik nak tidur buka  pintu. Kalau tidur pun akan mengiring ke arah kanan since pintu di sebelah kiri. Tingkap pun sama. Kot-kot tengah tidur, ada benda lalu, nak jawap apa? Orang tengah lalu? Orang boleh terbang la eh sampai tingkat 6? Hohohoh tobat-tobat!

Aku tahu benda tu still ada dok perhati tapi paling tidak dia dah tak boleh nak dekat sangat dah, hari ke hari aku cari bahan-bahan penghalau yang paling basic paling tidak. Cuma bila dia tak dapat kacau cara tu, dia akan guna cara lain seperti buat bising ketuk pintu.

"Tok...tok...tok..." pintu bilik aku kena ketuk pukul 2 pagi sedangkan teman serumah aku time tu bercuti, ada yang kerja shift malam.
"Tok...tok...tok..." sekali lagi pintu diketuk. Aku buat-buat tak dengar tapi dalam hati tengah kecut perut.

Hari berikutnya, aku tampalkan sticker surah empat Qul, ayatul Qursi pada pintu bilik. Dah tak dengar dah benda tu main ketuk pintu. Tapi dia ubah lak main ketuk pintu lain. Haram betul! Pastu pergi dapur dengar lah bunyi periuk berdentung dentang. Lantak! Yang pasti aku takkan keluar dari bilik ni, belum waktunya.

So malam ni persediaan rapi aku dah buat. Aku buat solat hajat, solat sunat taubat sekali mohon perlindungan dan baca Yassin sekali. Sebelum aku baring, surah empat Qul dengan ayatul Qursi pun baca sekali lagi. Garam, limau, kacang dan beberapa bahan masakan ada aku letakkan berhampiran. Kot la diperlukan. Paling tidak, ada benda yang mereka lemah, sebab apa benda ciptaan Allah pun pasti ada kelemahan masing-masing.

Alhamdulillah... tidur aku lena sampai ke subuh...

Tapi... ada benda yang cuba menghampiri bila aku bangun nak solat, dekat luar bilik aku lihat penuh dengan cacing-cacing yang dah mati dan membusuk. Astaghfirullah... aku terpaksa bersabar, lagi sehari je lagi aku akan balik kampung. Aku nak tahu cerita sebenarnya, kenapa aku seperti diganggu? Mimpi pun dapat, real life pun dapat, adoi...

bersambung...

3 comments:

Aliesya♥Amani said...

ape maksud wareh weyh???

Aliesya♥Amani said...

weyh, susah la ada word verification klu nk komen..hehe

Shukjessa said...

wareh = waris. tu dialek kampung