Followers

Friday, October 8, 2010

Stress oh stress


Stress, aku rasa takde manusia yang suka stress.

Tapi ada jenis manusia yang suka mencari stress. Ada manusia yang jenis suka cari gaduh, suka cari pasal dan suka menyalahkan orang atas segala-galanya. Jarang nak mengaku salah sendiri walau benang dah putus dek kebasahan, masih nak sambung dan tegakkan.

Kadang-kadang aku pun pelik, kenapalah manusia camni susah nak belajar kesilapan sendiri? Seteruk-teruk aku  la, ada gak la aku akui salah aku sendiri. Bila dah nampak, tak perlulah nak suluh lagi kan. Untuk apa? Menang percuma tapi nampak macam orang bodoh? Menang hanya kerana suaranya dominan menguasai dan lawannya hanya diam membisu?

Kalau tak ready, kenapa nak? Bila dah dapat, asyik mengeluh je. So, apa kepuasannya? Tiap-tiap hari mengeluh benda yang sama. Kenapa tak cari jalan penyelesaian dari dok mengeluh?


Kenapa perlu menunding jari ke arah orang lain yang tiada kaitan pun. Hanya kerana mereka tumpang lalu, adakah itu bermakna mereka patut dipersalahkan? Cermin diri sebelum mengata orang teruk or tah apa-apa, kerana bila orang membantu, tak pernah bersyukur dan berterima kasih.

Dan bila stress, sentiasa nak cari salah orang supaya dapat lepaskan amarah pada orang lain? Adakah itu yang dinamakan matang?


Banyak cara nak tangani stress, tapi kenapa perlu selesaikan semua perkara dengan kemarahan? Tidak kenalkah erti sabar? 

Yang pasti hati ini cukup bersabar hanya kerana kamu... ya kamu... kalau tidak aku lah manusia paling jahat di dunia ni...

p.s: orang lain pun ada hati dan perasaan gak, bukan kamu sorang je. Hidup dekat dunia ni bermasyarakat bukan jadi kera sumbang je.

2 comments:

Aliesya♥Amani said...

stress gua baca entry lu...hahaha

gua kalau stress layan movee kores jeh..yeayy!!!

hentakbelipat said...

wohoooo..stress2..agak nampak urat dahi naik dah