Followers

Sunday, October 17, 2010

Gitar dan aku


Beberapa hari selepas aku membeli gitar aku dah banyak ubah sikap. Yang paling ketara habit makan tengah malam aku dah cuba elakkan. Kalau lapar sangat pun aku buat air kasi alas perut. Tu kalau lapar la tapi semenjak belajar gitar ni aku dah tak berapa sangat nak ingat makan tengah malam. Sebab dok ralit cari chord lagu, cari lesson online cara nak main chord, nak strumming, nak baca tabs, pendek kata study la tapi subjek muzik.

Sikap lain, aku cuba untuk perbaiki diri untuk lebih mengingati Tuhan yakni solat, doa dan lain-lain. Aku tahu sejak beberapa tahun yang sudah benda-benda ni aku agak terabai, so banyak unsur or anasir luar senang nak jajah diri. Tapi bila aku diuji pelbagai dugaan, buat aku terfikir, sehebat mana pun aku boleh jadi manusia, sekuat mana aku boleh bawa diri aku, jiwa aku takkan tenang tanpa solat. Memang betul solat tu tiang agama, bila solat ditinggalkan, jiwa dan ruh akan memberontak tak tenang. Hasilnya, malam hari akan dihantui pelbagai mimpi pelik dan seram yang boleh membuatkan kita berjaga lebih dari 5 kali.

Lagipun aku tak nak disebabkan aku belajar main gitar, aku terus lalai dengan keseronokan dunia tanpa mengingati nama pencipta yang satu, Allah.

Yang lain-lain, aku cuba untuk lebih bersabar dengan dugaan yang Allah berikan, sebab aku tahu setiap manusia pasti ada cara dugaannya tersendiri.

Dan yang paling penting, dengan kehadiran gitar baru aku ni, sedikit sebanyak boleh mengubati luka hati. Biarpun ianya bukanlah manusia yang boleh diajak berbual, namun kemampuannya untuk menjadi peneman ketika sunyi dengan bunyian dan juga perlunya belajar untuk mendapatkan bunyi yang indah itu, membuatkankan aku tidak terlalu mengingati si dia. Biarlah, dia hendak mencari teman lelaki atau calon suami? Itu bukan urusanku lagi. Cakap aku bukan cakap kosong. Cinta buat aku bukanlah hanya sekadar peneman di sisi tapi lebih kepada seseorang yang sanggup setia bersama kita walau apa pun yang terjadi.

Dan kini sudah hampir hendak ke penhujung tahun 2010, hanya beberapa bulan kita akan melangkah ke tahun 2011. Tapi aku rasa biarlah aku melangkah dulu bersama-sama dengan azam baru untuk memajukan diri walau sedikit demi sedikit. Biarlah, aku tak kejar apa pun. 

Jodoh? Aku akan mencari tapi bukan sekarang, kerana beberapa sebab yang tak dapat aku nak elakkan. Sampai masanya aku akan terus mencari insan yang betul-betul setia dan tak kisah walaupun rupa parasku yang tidak seberapa ni. 

Semoga apa yang aku coretkan ini dapat membantu sekali korang di mana-mana yang masih tidak berubah. Dunia sudah hendak akhir zaman, kalau tidak bergerak dari sekarang bila lagi?

p.s: seorang teman memberitahuku, pada dunia akhir zaman, akan lahirlah puteri-puteri Firaun. Puteri Firaun? Aku bertanya. Ya, perempuan-perempuan yang berhidung mancung dan bermata menawan (cantik). Dan aku  faham bila aku lihat sekeliling...

2 comments:

Nureen Izazi ツ said...

good good !q teruskan bermain gitar !


hidung aku tak mancuk and mata aku tak lawa , hoho , so aku bukan puteri firaun , hahaha

Shukjessa said...

hidung mancung dan bermata menawan tu hanyalah kiasan...

realitinya kalau perasan semakin hari semakin ramai perempuan cantik-cantik...

dan kalau boleh diperhatikan baby-baby pun makin lama makin comel...