Followers

Thursday, October 14, 2010

Review: The Other Guys

Salam khamis,

Biasanya setiap hari khamis, seandainya ada cerita menarik di pawagam aku akan buat sedikit review. Saja je nak kasi bakar line korang suruh tengok kalau best lah. Kalau tak best, boleh save kan duit korang, so korang boleh download je.


Haha ok untuk khamis ni, aku baru je selesai tengok filem "The Other Guys" lakonan mantap Will Ferrell dan Mark Wahlberg. Cerita ni rating PG13 walaupun aku rasa filem ni lebih sesuai dengan 18+. Sebab most of the story dalam filem ni banyak menggunakan bahasa kesat dan lawak lucah yang tidak dipotong.

Jalan ceritanya bersahaja cuma kali ni nak ambil sudut pandangan dari insan-insan yang kita tak pernah nak hargai. Orang-orang yang kita anggap remeh tapi akhirnya mampu untuk menangangi kes-kes besar jika diberikan peluang. Ianya berkonsepkan aksi komedi yang sepanjang waktu korang akan tergelak guling-guling sebab muka Will yang macam siot dan kesian tengok Mark yang diperbodohkan. Hahaha.

Yang The Rock dengan Samuel L Jackson tu tak lebih macam teaser je. Kejap je kemunculan, then diorang mati. Agak lawak la cara diorang mati hahahaha, sila tengok aku takkan cerita dekat sini. Eva is so hot~!! Dan agak ehem-ehem wahaha.

Untuk yang tensen bekerja, tensen periksa or apa-apa la sesuai la pergi tengok. Bawak member ramai-ramai lagi seronok. Dalam pawagam tadi, kebanyakan yang tengok rata-rata adalah budak lepasan PMR. So sekali masuk macam satu kelas. Agak huru hara juga la pawagam, mujurlah takde orang dok sebelah aku. 

Overall aku bagi 4/5 bintang. Sangat kelakar, tapi adult jokes la yeh, so sesiapa yang tak suka adult jokes, jangan tengok sebab nanti banyak offended.

p.s: tadi ada group of chinese boys nak tengok cerita apa tah, tapi macam tak lepas sebab tak cukup 18+. Hahaha aku nak tergelak lak. Last-last tengok filem sama dengan aku wahahah. Next week filem R.E.D (Retired Extremely Dangerous) haha

3 comments:

Unknown said...

wahaha. nak tngok ni. :D

cEro said...

uih!!
cepat btol ko dah tengok!!
cambest!!
sbb ade Eva...
nk tgk laa esok!!

Shukjessa said...

sile2, semoga tak menyampah tengok muke Will Ferrell.

hahahaha