Followers

Thursday, October 7, 2010

Keseimbangan kehidupan

Kita selalu tengok orang dan mengeluh...

"Beruntungnya dia... tak macam aku"

"Dia pandai, lawa/hensem, kerja best, dapat lak gf/bf macam model, beruntung gila..."


Tapi sedarkah kita bahawa jauh di suatu sudut yang kita tidak ketahui, mereka tidak miliki apa yang kita ada. Mungkin mereka nampak seperti insan yang sempurna tapi percayalah dalam dunia ni Allah dah tentukan keseimbangan bagi setiap insan itu sendiri. Jika Dia beri lebih, dia akan tarik sesuatu dari kita sendiri.

Sebab kalau kita lihat pelajar terbaik pun, ada kekurangan sendiri. Mungkin tidak sesenang yang kita sangka. Ada yang tidak pandai, tapi dikurniakan tubuh badan yang lebih kuat dan stamina yang lebih. Ada yang kurang rupa tapi Allah kurniakan bakat yang tiada pada insan lain.

Ianya adalah keseimbangan, yang mana kita hendaklah sedar sendiri kekuatan dan kelemahan kita dan jadikan itu sebagai penguat diri untuk lebih maju sama.

Aku dulu pun begitu. Sebab aku bukan dilahirkan genius. Aku tidak dilahirkan sebagai seorang yang rajin belajar. Bakat pun samar-samar je. Sejak dari sekolah rendah lagi aku tak nampak apa-apa talent yang ada pada aku. Aku tak reti bersukan, aku tidaklah sepandai orang lain, malah aku sendiri pelik dengan ciri-ciri minority aku yang agak tidak sama dengan orang lain. Time dulu kidal adalah sesuatu yang agak pelik, sebab rata-rata kawan semuanya menulis tangan kanan. Dalam family aku sorang saja yang berambut kerinting.

Tapi bila dah masuk sekolah menengah, aku jadikan minority tu sebagai kekuatan aku sendiri. Biarlah kalau aku jadi orang pelik pun paling tidak aku unik. Aku yakin aku lain dan tidak stereotype seperti orang lain. Dan ianya makin jelas kelihatan bila aku dewasa. Aku boleh tengok bola, aku boleh main game bola tapi aku tidak fanatik bola seperti kebanyakan lelaki lain. 

Dan di saat ini, aku mencari apa-apa benda yang aku ingin lakukan tapi tak pernah tertunai. Mungkin takdir aku bukan dengan mengadap buku 80% tapi lebih kepada merasai pengalaman itu sendiri. Yes, experience is the best teacher.

Kelebihan dan kekurangan antara kita berbeza-beza. Itu yang menariknya menjadi manusia. Susah sangat nak jumpa orang yang sama kelebihan dan kekurangan. Dan kalau kita selalu perasan, pasangan yang baik adalah yang banyak perbezaan agar boleh saling melengkapi.

Semoga kekurangan aku tu dapat diatasi dan kelebihan aku dapat ditonjolkan untuk menjadikan ianya satu cita-cita yang aku tak pernah impikan pun.

p.s: jangan rasa terpukul atau terhina jika kerja or diri kita biasa, yang penting matlamat kita di mana, adakah mahu di titik 0 atau mahu bergerak ke puncak walaupun bertatih perlahan-lahan.

3 comments:

cEro said...

sedikit sbanyak, entri ko ni mmg terkesan kat aku...

thumbs up!!

Shukjessa said...

pikir camni je la, manusia sehebat Rasulullah pun Allah turunkan pelbagai dugaan, inikan kita manusia biasa...

nhadirah said...

i like this.

ak pnh rasa...bila allah bagi aku nikmat lebih, dia tarik lebih jugak.
bila allah uji ak lebih, dia bagi kesenangan lebih jugak.

♥Allah.