Followers

Friday, October 15, 2010

Diskusi 2 Alam

(entry ni bukan nak kondem sesiapa, bukan nak berfikiran negatif, bukan nak merendahkan martabat bangsa tapi nak ajak korang berfikir, tak salah memasang cita-cita cuma jangan terlalu tinggi tanpa bantuan yang kukuh, nanti jatuh sakit tak terperi)

Dulu time beliau 1st-1st keluarkan statement, aku agak terkejut juga lah tapi aku takdelah negatif sangat. Sebab untuk angka 20 juta tu mungkin la tidak terlalu mustahil.

Tapi...

Agak-agak orang yakin ke nak tengok bila nama director pun baru je nak naik. Perasan poster tu? Ramai orang pertikaikan kenapa cilok gambar filem hantu barat jadikan cover, lepas tu just buat layering simple je. Cane nak yakinkan penonton?

Bila tiba-tiba beliau mengangkatnya menjadikan angka tersebut kepada 40 juta... aku rasa, "eh dia ni kena cucuk or kena cabar ke?".

Ya, buat yang tahu hint-hint di atas, ianya adalah mengenai filem 2 Alam yang bakal berada di seluruh pawagam serentak pada tarikh keramat 18 November 2010.

Stop! Ada apa dengan 18 November 2010?

Buat yang tak tahu, sila tengok trailer dan kaji mana-mana site filem-filem yang bakal keluar di Malaysia. 18 November 2010 juga adalah tarikh keramat Harry Potter bahagian akhir part 1 keluar.

So apa maknanya?

Ini bermakna, perang yang hebat bakal berlangsung antara filem beliau dan filem hasil novel ni. Antara cerita femes dan cerita yang hanya meraih simpati sebagai filem melayu malaysia?

Secara jujurnya, kita tengok filem sebab apa? Sebab nilai-nilai patriotisme? Atau sebab nilai kesian? Atau sebab nilai ingin bantu bangsa maju?

Banyak yang memperkatakan tentang sokonglah filem ini kerana bantulah ia menjadi satu sejarah perfileman negara di mana nilai kutipan menjadi rm40 juta. Tapi realitinya orang tengok filem sebab inginkan satu kepuasan. Kalau filem itu berkualiti, tak perlukan hebahan beria-ria pun boleh naik seperti filem Adnan Sempit. Tapi still masih di bawah 7 angka bukan 8.

Ambil contoh, filem yang berkualiti seperti arahan allahyarham Yasmin Ahmad, tidaklah terlalu mengejar nilai kutipan tetapi lebih kepada garapan dan mesej yang ingin disampaikan kepada penonton. Filem Sumolah, filem ni dianggap gagal walaupun mempunyai nafas baru yang tak pernah digunapakai oleh mana-mana direktor dalam Malaysia. Nilai kutipannya tidaklah box office pun tapi dapat penghargaan kerana berani tampil dengan pembaharuan.

So apa matlamat filem 2 Alam yang hanya ingin kejarkan kutipan? Apakah yang ada pada nilai kutipan? Hanya ingin berbangga dapat nilai tinggi tapi isinya kosong?

Semalam aku menonton filem. Dalam perjalanan ke hall tersebut, aku ternampaklah poster filem 2 Alam ni, guess what? Gambar beliau lebih besar dari mana-mana gambar pelakon lain. 

Persoalannya, dalam sejarah perfileman, pernah ke korang tengok poster filem ada muka penerbit besau-besau? Nak promo filem ke nak promo diri?

Ambil contoh satu filem lagi, iaitu Lagenda Budak Setan. Yang ni pada aku agak success pada nilai kutipan tapi gagal memberikan kepuasan kepada banyak pihak. Kecuali pihak-pihak yang membutakan mata dan menelan hidup-hidup segala kepahitan dan kegagalan ianya dihasilkan.

Cuba tanya fanatik-fanatik filem tersebut, berapa kali diorang tengok? Dan adakah ianya mencapai 8 angka? Kalau ya pun aku rasa paling jauh boleh pergi takat belas-belas. Puluh juta?

Sebab apa?

Mana menghilangnya lagi puluh juta yang lain? Di sini la peranan strategi membuat filem tu perlu digunakan. Bukan takat main canang je, minta belas ihsan orang tolong saport. Tu macam merendahkan martabat filem sendiri. Patutnya jika filem itu adalah dari kelas yang terbaik, kita patut serahkan saja pada penonton untuk menilai. Jika bagus, ianya akan tersebar cepat. Jika tak, sendiri mau ingat lah.

So mana hilangnya lagi puluh juta? Since filem tu filem Melayu, rata-rata yang pergi tengok adalah orang Melayu. Bangsa lain nak tengok? Mungkin ada tapi tidaklah seramai dan sefanatik seperti mereka akan tonton filem antarabangsa seperti Harry Potter. Pernah jumpa ramai bangsa lain tengok cerita hantu melayu? David Teo maybe la kot.

Pada aku, lebih baik fokus pada kualiti filem tersebut. Pastikan mesejnya sampai, ada makna tersendiri dan sesuai untuk tontonan orang ramai. Kalau rating 18+, bukan ke ianya lebih mengecilkan sasaran penonton? Entahlah, jika mahu naik ke bulan, belajar dulu bawak roket. Bukan terus bina roket dan terbang pergi ke bulan. Nanti orang sampai sana, kita jatuh balik dengan roket dengan berita yang kita canangkan setiap masa.

Apa kata korang?

p.s: Ada apa dengan nilai kutipan?




10 comments:

amie. said...

wah~ aku suka kupasan kau. ni kalau esei utk subjek apresiasi media sure dpt A pnye. lol

ok, sori merepek. just my 2 cent, aku tau x ramai yang menonton filem ats sbab aku tonton filem which is to get something from the filem.

meaning that aku bukan jenis tonton filem bcoz it's the in-thing filem. mcm LBS tuh. masa trailer LBS tu dok tayang, aku pasang niat gak nak tengok cerita tuh. but in the end aku tak tengok. tak tau pasai pa. maybe i'm not in the mood to watch love stories.

not saying i'm against blockbusters. tapi untuk filem, aku lebih prefer yang underground punya. lagi lain daripada yg lain, lagi aku minat.

bagi aku, filem is a form of art. and that's how yasmin ahmad sees it. bagi a few other producers or pengarah, they see it as business, nak dapat the highest kutipan as possible. can't blame them though. dorang dah labur duit banyak, sure nk balik modal :)

industri perfileman kat malaysia ni lebih kepada nak dapat kutipan yang tinggi, & filem yang betul2 ketengahkan seni & mesej mungkin hanya segelintir. take note, filem Pensil.

my fave work will always be from yasmin ahmad, afdlin shauki & kabir bhatia :) sorry ahmad idham.

uh~ maaf. aku kalau rant pasal filem ni mmg smngt aje =_="

Shukjessa said...

haha good komen. aku stuju.

so tiadalah pun nilai2 ingin memajukan bangsa kan sebab jika hanya bergantung kepada nilai kutipan tapi filem macam hampas pun tak guna juga. apa yang majunya?

kalau nak kata laris, sex filem lagi laris di seluruh dunia, tapi adakah filem sebegini memajukan bangsa terbabit? tak. lagi meruntuhkan ada la.

aku suka karya Yasmin, walaupun nampak satu scene ke satu scene ibarat lompat lompat tapi ianya lebih telus, lebih bersahaja dan paling penting nilai sindiran tu ada dalam cara paling halus.

berbalik kepada filem 2 alam ni, banyak ke modal sampai 40 juta? i dun think so... tengok barisan pelakon, tengok director, tengok jenis filem yang pasti paling hebat pun 10 juta modal, yang selebihnya adalah nak bayar marketing ads dalam paper dok canang hari-hari...

filems transgender yang mati, then dapat balasan Tuhan, takkan ada guna banyak CGI macam Cicakman kot?

Mah@mahu said...

Tak tahu lah aku tapi biasa lah filem Melayu hangat2 tahi ayam jer mula mcm best buat promote tapi cite boleh nilai sendiri... mungkin kerana propaganda ini dia target boleh dpt box office kita tgk je lah..

Shukjessa said...

kalau beliau target rm20 mil aku rasa takdelah mustahil sgt. in case la ceritanya best, dan kutipan dekat-dekat rm15juta ke tak la sejauh rm40 juta...

sbb nanti org tengok penerbit lebih kuah dari sudu

cEro said...

ko tau cite psal dr rozmey si rambut hebat tu paksa pengusaha panggung suruh tangguh tayangan harry potter sbb nk filem dia je berada di pasaran?
klakar...

sbnrnye, bila dgr dr dR rozmey, mmg aku dh letak dlm otak takkan gi tgk...
letak laa review hebat camne skalipon, bila poster pon ciplak, ko rase jalan citer hebat ke??

bg aku, mmg penerbit filem sntiasa fikir untung, tp at least set laa target yg berpatutan...
yg boleh dicapai dgn daya usaha...

kelakar!

Shukjessa said...

tah la dia tu agak pening juga la kan...

aritu kecoh pasal dia nak saman finas la sebab delaykan pengeluaran filem dia.

tp lepas tu orang finas beri penjelasan yang beliau ni tak faham prosedur filem keluar macamna.

pada aku, nasib dia memang agak malang bila filem ni asyik delay je.

tambah malang lagi bila hari release sama dgn Harry Potter? haha jujurnya aku pun nak tengok Harry Potter dulu.

movie beliau ni.... kalau ada komen yang memberangsangkan baru la aku pergi tengok. sebab so far cerita seram melayu aku selalu tertidur sebab bosan.

jln citer tatau la hebat or tak, tp kalau director si hairie othman yg baru je direct satu filem dan pelakon pun macam nak save bajet je, tak nampak sangat apa yang boleh puaskan penonton...

entahlah, tunggu dan lihat je la nanti. jadi mimpi atau realiti

nurul nadea said...

ish ..aku macam tak jadi nak komen bila para pengomen disini komen macam buat karangan. tapi, aku komen gak..

pasal dia nak canang nilai kutipan sampai 40 juta tu, mungkin dia percaya the law of attraction and positive thinking. kita kalau yakin n konfiden, aura2 positif memang akan hampir pada kita. mungkin je lah..mungkin tidak..

tapi, apa-apa pon kita tunggu je lah hasil filem ni macamana..kontroversi macam ni memang buleh orang tunggu nak tengok best ke tidak..

Shukjessa said...

hehe kisah dia cani...

orang lain jual nasi lemak...

kita pun nak jual nasi lemak...

tengok orang tu jual, dapat untung sekian-sekian.

dan kita yakin gila kita boleh dapat lebihhh, dapat triple dari apa yang dia dapat.

tapi... kita sajikan nasi lemak biasa, tiada istimewa, rasanya sama, tapi marketing kita hari2 dok canang satu kampung.

kebetulan pula ada la orang jual kfc pada hari yang sama kita jual nasi lemak tu...

positif itu boleh tapi orang kata beragak-agak la kan. jangan jadikan isu kutipan sebagai mengangkat filem itu bagus atau tidak. terus terang filem LBS aku tak anggap ianya filem terbaik walaupun kutipan agak memberangsangkan.

rm40 juta terlalu tinggi nilainya dengan jumlah penduduk malaysia yang kalau diperhalusi berapa juta je orang melayu yang boleh dan suka melihat filem-filem melayu di pawagam. pernah dengar cetak rompak?

Anonymous said...

terpanggil utk memberi komen gak. Beliau nak tayang di 700 skrin bermakna sudah ada dealing dengan pihak panggung supaya tidak tayang filem lain termasuk Harry Potter pada 18 Nov tersebut.

Masalahnya ialah sama ada rakyat Malaysia akan berpusu-pusu pergi ke panggung apabila hanya 2 Alam yang ditayangkan pada semua skrin panggung wayang pada tarikh tersebut.

Jika tanya sama ada ini boleh terjadi. Jawapannya ialah tidak mustahil kerana Rozmey banyak duit dan boleh booking kesemua panggung utk tayang 2 Alam selama 7 hari atau lebih. Jika Rozmey sudah bayar panggung, tauke panggung tidak kisah sama ada panggung kosong atau tidak kerana mereka sudahpun dapat bayaran dan keuntungan melalui 2 Alam.

Shukjessa said...

takdenyer der. kalau panggung2 kecik boleh la. cube buka site panggung gsc, yg dah tertulis coming soon dah disenaraikan dah. harry potter tu dah lame beb, aku rase org gile je yg tanak tayang harry potter dekat panggung diorg.

byk mane sgt la beliau nak bayar pun kalau takde org nak pergi tengok. agak2 chinese dgn indian nak ke tgk filem malay? aram je laaa~~

satu je aku nak komen pasal beli panggung, bukan ke bende tu dah macam rasuah? tak pernah aku dengar lagi cerita cani dalam sejarah malaysia punya tayangan. alangkan adnan sempit pun takdelah guna taktik busuk cani, tapi lebih kepada cerita yg seronok utk ditonton dan org tolong sebarkan termasuk media.

p.s: kalau betul la cite ko ni, aku mmg takkan tgk la orang melayu jenis cani, ape ke jenis manusia tah. so wait and see je la yek