Followers

Tuesday, October 12, 2010

32-29-28 part 2


Hari ni kaki sakit sikit sebab lama sangat berdiri dan banyak sangat berjalan kaki. Tapi takpelah, puas hati sebab dapat buah hati baru.


Hehe, dengan sekali lafaz dan bermas kahwinkan RM280, ianya sah milik aku. Wakakakak, tapi serius bodynya cukup mengiurkan, licin je. Nak try test dan pegang pun rasa malu-malu lagi.

Sorilah, aku bukan pegang anak dara orang, aku pegang buah hati baru aku, si Stagg SWA6N. Gitar akustik pertama aku. 


Harga asal RM290, tapi sebab kedai Ultimate Music ni boleh kasi kurang kalau pandai tawar, so aku dapat RM250 sama harga dengan SWA1-BK. RM30 lagi tu harga gig bag Stagg mari. Ingat tadi nak sambar gak strap gitar. Lawa-lawa, banyak choices dan harga dalam lingkungan RM40+. Tapi untuk tidak nampak poyo sangat, beli nanti je la, sebab yang penting sekarang ni belajar main chord.

Sound dia? Pada aku best sebab tadi brader Chin mainkan lagu (sebab aku tak reti nak main haha) bunyi dia marvelous gak la. Lupa nak tanya tali apa yang dah install dekat gitar tu. Takpelah, slow-slow, next month aku pergi lagi kot kedai yang terletak dekat Jalan Imbi ni. Lagi 3 bulan, baru beli tali gitar mau ganti.


Apa bezanya dengan gitar lain yang lagi murah? Yang aku perasan finishing dia cantik sebab pakai highgloss. Kayu jenis gred baik. Kalau korang tengok info pasal kayu untuk dua jenis model yang aku ceritakan, ada beza la. Kayu apa tah nama, solid build juga la. InsyaAllah la bertahan lagi untuk 5-10 tahun akan datang sekiranya aku tak pecah or patahkan gitar ni.

Cuma satu je la yang aku tak berapa berkenan sikit dengan gitar ni, dia punya pemutar tali tu pakai sadur. Aku fobia sikit dengan benda bersadur ni sebab aku tangan aku ni apa benda yang bersadur akan cepat pudar. So bila dah teruk nanti, aku nak tanya kedai la boleh tukar tak dengan yang lain yang lebih tahan lama.

So far so good haha, dari tadi aku dok main, try test chord C je baru sebab tu je chord yang aku dok ingat dalam kepala. Esok sambung lagi praktis main chord. 

Terasa sungguh jari jemari aku chubby dan pendek bila nak tekan strings ada yang tak berapa sampai. Heheh takpelah, maybe lama-lama ok kot. Woh buah hati baru, aku dah tak perlu nak menangis lagi =)

p.s: tadi aku terjumpa gitar akustik Tokai, harga RM300. Aku pelik sebab harganya macam murah sangat... 

2 comments:

cEro said...

mantap shuk!!!
apa lagi, boleh arr pinjam....
heheheh

Shukjessa said...

haha boleh no hal.

aku tgh prektis strumming dgn kasarkan jari nak tekan string huhuhuh