Followers

Saturday, June 19, 2010

Selamat Hari Bapa

Aku tak tahu kenapa, aku masih keliru, dan aku terasa seolah-olah masyarakat agak prejudis dan bias dalam hal begini. Katakan aku over sensitif, katakan aku ni over react tapi hakikatnya, dia adalah seorang yang patut dijadikan idola hidup kalian berbanding artis.


Dia adalah seorang insan yang kita panggil ayah, bapa, abah, papa, daddy, walid, apak, dan lain-lain dalam bahasa yang berbeza. Yang pasti mereka adalah ketua keluarga di dalam family. 

Seorang bapa mungkin mempunyai sifat dan penampilan yang berbeza-beza mengikut keluarga masing-masing. Dan dalam pepatah ada menyebut, bapa borek anak rintik. 

Tapi yang peliknya, sambutan hari bapa seolah-olah makin pudar dari tahun ke tahun. Aku pun tak tahu kenapa. Cuba kita tanya diri kita, kenapa kita sambut hari ibu? Kenapa kita sambut hari guru? Kenapa kita sambut hari jururawat? Kenapa kita sambut hari belia? Kenapa kita sambut hari kanak-kanak? Tapi kenapa kita tidak sambut hari bapa?

Adakah semuorang sudah tiada berbapa lagi? Kalau aku tak sambut yelah masuk dek akal juga, tapi buat teman-teman yang masih mempunyai seorang ayah, tidakkah tergerak di hati kalian untuk menghargai jasa-jasa bapa kalian sekadar hanya dengan ucapan atau paling tidak beli lah kad.

Jasa seorang ayah atau bapa amatlah besar. Kerana seorang bapalah kita boleh hidup di dunia ini. Kerana beliau lah yang membanting tulang untuk mencari rezeki membesarkan kita secara langsung atau tidak. 

Adakah kalian lupa tanggungjawab seorang bapa adalah untuk menanggung segala dosa anak-anak perempuannya yang masih belum berkahwin dan isterinya? Cakap memang senanglah, sebab dosa tak dapat dilihat. Tapi di akhirat kelak, yang senget bahunya yang lambat dihitung amalannya adalah bapa itu sendiri.

Mungkin ada yang beranggapan bapa tak layan sangat sambutan begini. Adakah anda pasti? Adakah anda senantiasa di sisi mereka apabila anda meningkat dewasa? Anda paham luahan hati mereka? Adakah anda betul-betul pasti yang mereka tidak inginkan satu hari mereka dihargai?

Kerana yang aku tahu, suara sang lelaki bukanlah di mulutnya tetapi di hatinya. Sekalipun tidak disambut, apa yang bapa boleh buat? Menangis? Sedih? Minta dibelai, dimanja?

Buat yang masih ada bapa, paling tidak wish la mereka sesuatu pada 20hb Jun ni tanda kalian menghormati mereka dan menghargai mereka. Janganlah sampai anda menyesal apabila tahun hadapan tidak sempat nak wish "Selamat Hari Bapa" "Ayah adalah hero saya".


p.s: Selamat Hari Bapa buat allahyarham Saman Bin Ahmad. Abah tetap hero kami walau apa pun, semoga senantiasa tenang di sana, amin...Al-fatihah...

3 comments:

bukan penggoda said...

sobs. sy juga hampir lupe. bkn bwt2 lupe. mmg dah ingt pon. tp, leka sbb sebok kot. [ke bwt2 sebok?] ciskek.

bdw, sy ada tules pasal bapa sy juga! sbg tnda penghargaan. kih kih.

Shukjessa said...

bagusla mcm tu. kelak kite dewase pun kite still nak dihargai anak-anak juga kan? kalau kita skang ni pun susah nak hargainya, apatah lagi bila kita bergelar parents

Ch@ Ch@ said...

adoi..

tetibe rindu walid aku pulak..

balik rumah sekrang jugakk!!