Followers

Tuesday, June 15, 2010

Mari lihat kalau berminat

Dalam DCM (Digital Camera Magazine) keluaran Malaysia bulan ni ada pelbagai info yang sangat menarik pada pandangan aku.

1st of all, diorang reveal kan cara yang betul untuk mengambil gambar landscape yang menarik even pakai kit lens 18-55mm. Apa yang perlu, apa yang tidak perlu, tips-tips dan pelbagai lagi. Memang seronok baca dan belajar benda-benda alah ni. Since aku pun pakai kitlens sebab tak mampu nak beli lens wide yang F2.8, so yang 3.5-5.6 pun jadi la.

Oklah, aku bukan nak cerita pasal landscape tu sangat. Apa yang aku nak beritahu korang, adalah salah satu karya photog professional yang kreatif dalam menghasilkan sebuah art. Sila lihat

Image by Michael Hallet

Image by Michael Hallett



Image by Michael Hallett

Bagi yang tahu, mungkin kata kacang je. Untuk yang tak tahu, gambar-gambar di atas dipanggil panorama stitching. Ia dipanggil begitu sebab kebiasaannya panorama merujuk kepada gambar yang lebar hasil dari cantuman beberapa keping gambar. 

Kebiasaannya lagi, panorama stitching ni akan menggunakan tripod, exposure yang sama untuk menghasilkan tone warna yang sama. Namun di dalam gambar di atas dapat dilihat ianya nampak berkotak-kotak. Mungkin ada yang tak suka sebab nampak macam hasil tah apa-apa, namun bagi yang memandangnya dari sudut kreatif seorang penghasil karya menggunakan gambar, ianya adalah sesuatu yang cukup unik. Shots kena banyak dan time editing kena banyak bersabar untuk align kan setiap keping gambar.

Yang ni masih tentang photography tapi lebih kepada iklan, aku pinjam poster bro KB (mintak ampun bro, nak tolong promote aje hehe). 




Kalau korang berminat dengan photography dan editing, kalau minat dengan street photography, kalau kenal KukuBesi tu siapa, kalau kenal Chot Touch tu siapa, so korang wajib pergi ke event yang julung-julung kali diadakan di Wisma Bentley di Kota Damansara pada 4hb Julai 2010. Dalam event ni juga akan dipamerkan bersama karya lain yang mengakui berhaluan kiri (lari dari kebiasaan photography) yang juga nama-nama besar dan meningkat naik yang korang boleh tengok sendiri. 

Tak rugi pun kalau nak pergi sebab free, kalau minat datang je. Takde sebarang bayaran kecuali membeli something la kan. Haha aku insyaAllah kemungkinan besar akan pergi sebab nak tengok karya diorang ni yang selama hari ni asyik dok tengok dalam internet je. Lagipun aku nak sambar t-shirt haluan kiri haha, kalau duit banyak boleh sebat sekali t-shirt KB dengan Chot.

Jom, aku ajak sekali lagi pergi tengok anak melayu bangkit membawa perubahan dalam dunia photography. Kalau kita (yang minat photography) tak support siapa lagi kan?

No comments: