Followers

Thursday, June 3, 2010

LBS, sori kau tak sehebat novelnya...


Kesian Kasyah, kesian Ahadiat Akashah...

Tu je word yang aku boleh describe selepas aku menonton filem Lagenda Budak Setan (LBS) di IOI Puchong tengahari tadi.

Segala semangat yang berkobar-kobar dan perasaan excited aku untuk menangis akhirnya terjawap jua. Segala-galanya hanya indah khabar dari rupa. Aku pun tak pasti dan tak paham bagaimana peminat setia LBS boleh mengatakan cerita itu hebat? 

Kalau merujuk kepada novelnya ya ianya adalah masterpiece bagi seorang penulis novel lelaki, namun dari sisi filemnya ianya adalah hasil yang gagal. 

Kenapa aku mengatakan ianya gagal? 

Mari kita kaji apa itu novel Lagenda Budak Setan. Lagenda means sesuatu yang terulung dan menjadi sebutan orang ramai. Budak setan adalah signifikasi kepada perwatakan seorang budak yang beperangai nakal dan teruk. Semua orang tahu kalau mendengarnya.

Namun, adakah elemen tersebut dipaparkan di dalam filem ini?

Hanya secebis. Sempat la makan ais krim McDonald kon tu. Then what? Segala-galanya bukan lagi si budak setan. 

Tak faham? Maksudnya, mengikut novel, apa yang ingin diketengahkan oleh Ahadiat sebenarnya perjalanan hidup seorang budak lelaki meniti ranjau kehidupannya dari kecil sehingga dewasa. Segala kepayahan, keperitan, suka duka, dan yang paling penting penderitaan Kasyah sebagai seorang lelaki yang hampir kehilangan segala-gala dalam hidupnya.

Coretan aku ini bukanlah hendak filemnya sejibik 100% sama seperti di dalam novel cuma janganlah pula 50% dari cerita asal ini dipotong, ditokok tambah dan menjadikan keseluruhan cerita ini menjadi sebuah filem cinta biasa.

Mana hilangnya kisah Kasyah di sekolah menengah? Mana zaman kegemilangan mereka berempat bersahabat yang baru padan dengan istilah "Cikgu" yang salah digunakan di dalam filem. Gelaran "Cikgu" untuk sebuah kolej? That must be a joke man.
Mana hilangnya kisah Kasyah ketika di Amerika? Tika bersama teman baru dan Ayu menurut sama belajar di sana? Saat Ayu terpaksa pulang ke Malaysia kerana perkhabaran ibunya sakit, tetapi dibohongi supaya boleh dikahwinkan kepada Azmi. Saat Kasyah tahu Ayu sudah bernikah dengan Azmi dan jiwanya hancur, konvokesyen sudah tidak bermakna dan kepulangan ke Malaysia ibarat menanti jenazah.

Awal-awal lagi aku sudah menjangkakan, cukup kah waktunya? Dapatkah mereka kembangkan cerita ini dengan baik? Namun sudah menjadi tradisi filem Malaysia untuk tidak lebih dari 2 jam. Maka hasilnya itulah sahaja.

Itu belum dengan hal lagunya. Aku akui lagu tema filem ini memang syahdu dan menyedihkan namun kekerapan ianya dimainkan kadang-kadang membuatkan aku jelak "Eh takde lagu lain ke?".

Dari segi lakonan, yang aku nampak bersungguh adalah Que, Lisa dan Fazura. Lakonan Farid dalam filem ni agak mengecewakan berbanding filem sebelumnya sebab aku tak rasa feel Kasyah tu pada dia. Muka dia tak cukup derita (despite jambang dia yang memang nampak kecewa tapi air mata nampak dibuat-buat dan tidak cukup menghayati penderitaan itu sendiri).



Sedih? Aku hanya sedih pada satu part yang tak sepatutnya sedih pun. Sebab ianya lebih kepada personal memories aku sendiri iaitu cincin yang bertulis nama. Sedih sebab aku sendiri pernah buat benda yang sama untuk seseorang yang aku sayang dan kini cincin tu aku hanya simpan buat kenangan, tapi tak tahulah dia masih simpan atau tidak.

Overall, kisah ni memang menarik hanya untuk orang yang tak pernah baca novelnya. Namun seriously, kalau anda mahukan kisah yang lebih sedih dari filemnya aku sarankan carilah novelnya. Bacalah, ianyalah lebih meruntun jiwa, dan korang akan tahu siapa yang lebih derita dalam kisah sebenar Lagenda Budak Setan.

10 comments:

cEro said...

itu sbb aku tak pernah expect pape dr mane2 muvi...
n aku tak pernah bandingkan mane2 muvi dgn bahan yg lain..
cnth LBS dgn novelnya,
or POP dgn gamenya
or IRONMAN dgn komiknya
mahupun XMEN dgn komiknya..

aku tak tgk lg, tp aku rase penilaian terpulang kpd individu..
hahaha, skali lg..
sbb tu aku tak pernah expect pape dr muvi camni,
sbb aku tau, mmg akan mengecewakan..

shukjessa said...

heheh sbb tu di FB bila orang tanye berapa bintang?

aku cakap cani je la, kalo peminat setia, aku bagi 2.5 bintang. tp kalo bukan, 3.5 bintang, kisahnya ok namun utk peminat setia ianya tidak melambangkan sebuah karya tersebut.

utk sesebuah karya yang jalan ceritanya pelbagai seperti kartun, aku tak kisah sgt sbb since creator cerita itu sendiri dari pelbagai kalangan artis.

cuma utk sesetengah karya yang spesifik seperti POP, Sand of times, trademark POP iaitu skill berlawan dan skillnya melalui obstacle susah hilang di dalam movie. Aksi still aksi tapi kurang umphhh..

Dan apabila karya seperti novel byk yg dipotong, diubah, malah jln cerita byk yg tergantung membuatkan orang yang tertunggu-tunggu 'eh ni je ke?' ada lak scene-scene yg tak patut dan byk kelemahan yg perlu diperbaiki seperti yg aku komen.

kalo korang perasan sendiri, tak baca novel pun ianya adalah common sense, 'ianya tak patut begitu, dia tak cukup menjiwai'.

heheh aku review sahaja, tak de lak nak halang korang tengok. Terpulang masing-masing punya pandangan bagaimana

hans said...

yups...
betul tu
itula pasal
xsilap aku dia gi luar negara
pastu ayu ikut juga kan
sebelum azmi datang
aku ingat2 lupa novel aku baca
entah
aku harap bahagian kedua lebih bagus

Shukjessa said...

hehe saye ade tbace komen org kate novel LBS tak seiring dgn zaman?

KARUT!

kalau di luar negara mereka boleh wujudkan filem perang dunia, masakan kita tidak boleh wujudkan sebuah zaman pada tahun 80-90an? susah benar ke?

kalau dulu malaysia gempar dgn PGL, yg waktu masanya adalah tahun 1400, filem leftenan adnan perang malaya jepun, kenapa LBS tidak?

Ianya berkait dgn kesungguhan produser dan direktor itu sendiri. nak seribu daya tak nak seribu dalih.

saya perhatikan filem LBS nampak sgt mcm filem bajet, maaf saye katakan. lihatlah air tinnya, direka sendiri, minat kamera tp kurang aksesori, OST hanya sebuah, pelakon tambahan yang kurang mantap dan durasi masa. adakah produksi hanya ingin mengejar untung semata-mata? buat filem ala kadar lepas tu disirikan.

Adinda Atie said...

salam.

thanks 4 ur comment about mine.
Heee..saya tahu saya masih lemah.
novel tu wujud 25tahun lalu (kata mama saya),dimana umur saya pun baru 19tahun.
kedai buku pun tak jual dah novel2 beliau..
ape2 pun thanks 4 sharing this.

Shukjessa said...

hehe saye tidak mengatakan anda lemah, sbb dari aspek teknikal len saye tidak tahu.

saya hanya komen berdasarkan common sense yg saye rasa perlu diperbaiki.

hehe siapa kata tak jual? bro Ahadiat kata lagi 3 minggu akan keluar cetakan baru novel LBS dan lagi 2 novel sambungan dari LBS iaitu Katerina dan Kasyah - Lagenda Berakhir setelah cetakan sedia ada SOLD OUT!

Saye pun hanya baca novel LBS, tak sabar nak tunggu cetakan baru utk 2 buah novel tu =)

neway thanx again sudi lawat blog dan komen =)

mAnjuNg said...

i'm with u bro..

at least i know i'm not alone. utk
peminat setia novel ni, mmg movie
die agak mengecewakan..

aku pn pelik ngn org yg ksk review
kate citer ni hebat.

selain dari scenery and background music yg best, hmm yg laen tu .. aku ksk 2.75 je la out of 5

p/s: aku nye review ..
http://ilovehereyesmile.blogspot.com

Shukjessa said...

hehe sbb org yg berani kritik adalah peminat setia bukan die hard fan.

peminat setia still boleh consider bende tu best or tak tapi kalo die hard fan ni selalunye sedap or tak diorg balun je sbb fanatik sgt.

sygla kan, bende yg org dok tunggu bertahun-tahun last2 camtu je hasilnye, dan pas tu ade lak yg bagi alasan mane bley wat mcm novel.

well tak cuba mane tahu, kalo lord of the rings bley wat trilogy, kenape tidak LBS kan.

thanx sudi lawat dan komen =)

K.I.T.A said...

Kita peminat kipas mati LBS.
b4 cite nie di filem kan.Kita selalu tertanya sorang diri.Kalau la LBS di buat drama siri mesti meletop habis.
Habis satu Malaysia akan di lema badi LBS.Sebabnye,LBS merupakan antara plot cerita terbaik untuk novel remaja.Jadinya,bila LBS difilemkan.Kita excited nak gi tengok.Memang tak sama sangat jalan ceritanya.Tapi,kita hargai usaha yang Ahadiat untuk filemkan nie.

Memang teruk sangat untuk shoot cerita tu.nampak muka jer.lagu tema yang pelik dan x nampak romantik.

Tapi,ok la untuk peminat LBS mengabadikan sesuatu yang dia baca.
Sebab tu la,kita hanya touching bila part ayu meninggal.sebabnya, part tu juga kita nangis masa baca buku tu.

Shukjessa said...

saye lebih terfikir, kalau ada orang nak filemkan or dramakan, adakah niatnya untuk menjulang karya ini atau ingin mengaut untung semata-mata?

sebab kalau difikirkan, benda-benda sebegini patut pihak produksi boleh fikir terlebih dahulu kesan dan akibatnya apabila memotong begitu banyak plot cerita yang ada di dalam novel.

kalau budak hingusan seperti saya pun boleh nampak akan kesannya, masakan tidak mereka-mereka yang telah lama bergiat di dalam industri perfileman. kita boleh ambil contoh filem luar negara yang mengadaptasi dari novel.

tetapi mereka lebih pandai menutup kelemahan dengan menampilkan kekuatan tersendiri (ie: CGI yg bagus, lakonan mantap, muzik atau sound effect yg baik, common sense yang susah dipertikaikan).

Apa yang kita nampak di kebanyakan filem malaysia termasuk LBS (maaf) adalah kelemahan common sense yang tidak masuk akal membuatkan kelemahan sedia ada terus tercalar dan ini mengecewakan sesetengah pihak.

suka saya petik ayat dari seorang penonton "nak filem gempak bajet kene banyak, bajet ciput produksi kene kreatif, kalo nak save bajet, baik takyah wat langsung, kalo tak karya hanya macam sampah, wat ape?".

sampai bila kita nak set mind filem kita "better ada dari takde"? mmg filem takkan maju lah mcm tu.

pernah dengar hikayat merong mahawangsa? ni sebuah filem epik keluaran KRU yang dah pun menjajah di luar negara. bakal ditayangkan di malaysia tidak lama lagi. saye tak rasa bajetnya ciput, sbb pelakon extranya mmg ramai, tu blum props diorg lagi.

seprti bro manjung katekan, hipokrit la kalo sape2 yg bace novel LBS kate cerita ni best giler. byk kelemahan dlm filem ni, hanya kerana peminatnya ramai tak semestinya ianya adalah yg terhebat.

seperti orang tua-tua selalu berkata "sayangkan anak tangan-tangankan". means kalo betol kite sayangkan sesuatu, tak semestinya kene selalu kata bagus, hebat, nampak kelemahan still kate terhebat. tu namanya kita spoilkan benda tu. patutnye lebih ramai yg komen dan kritik sejujurnya supaye produksi tahu mereka perlu lebih usaha dan tidak syok sendiri dgn apa yg ada sebagai ala kadar.