Followers

Saturday, June 26, 2010

Sekadar teguran bersama

Baru-baru ni aku ada menegur seorang kawan pasal perihal tudung. Sekadar ingin mengingatkan, bukan nak tunjuk pandai dan bukan nak tunjuk alim. Sekadar renungan bersama-sama di dunia yang lelaki hampir pupus dan perempuan yang makin ramai (tapi makin bercampur baur akhlaknya).

Biasa lihatkan gambar ni?

Aku akui aku bukanlah insan yang terbaik untuk memberi nasihat sebegitu tapi paling tidak atas dasar nama seorang kawan, aku terpanggil since aku rasa dia tak perlu buat begitu untuk kebaikannya juga.

Dan aku faham, sekarang ada trend yang sedikit pelik di Facebook di mana ada sesetengah wanita yang bertudung sukal letak gambar free hair mereka as a profile picture. Untuk yang masih letak begitu, ingin aku bertanya, jadi untuk apa anda bertudung litup selama hari ini? Di luar anda kelihatan sungguh manis bertudung, tetapi di dalam alam maya, anda tidak?

Mungkin ada yang kata, ala nampak sikit je pun! Sikit atau tidak masing-masing dah tahu kan bagaimana hukuman akan diberikan? So nilai sendiri usaha yang telah anda lakukan dan benda yang anda lalaikan dalam tak sedar.

Dan ada sejenis lagi trend muda mudi zaman kini yang aku perasan cenderung ke arah wanita. Aku pun tak tahu kenapa? Kalau setakat cam-whoring tu aku tak kisahla sangat, ni yang jenis orang label sebagai 'mulut itik' yang memuncungkan bibir ketika cam-whoring. 

Entahlah mungkin tiada hukum exact pasal benda ni so sebab itulah ianya sentiasa panas di kalangan muda mudi. Cuma pada aku untuk yang dah proper tu, takyah lah buat macam tu. Posing biasa sudah, tak usahlah nak berposing getik macam tu. Kadang-kadang aku tengok rasa nak macam nak muntah pun ada. 

Yes gambar itu hak masing-masing, tapi kena ingat di alam maya ni korang berkongsi info dengan kebanyakan orang yang tak dikenali, so watch out! Bukan semua lelaki niat kawannya baik. Ada yang hanya minat kawan bila gambar profile korang agak sexy (since sexy is very subjective) dan sebagainya.

Jangan tiru kebanyakan artis sebagai model. Unless dia membawa kepada kebaikan. Contoh lebih kurang macam Yuna (not exact the role model, but for artist, dia masih ok walaupun ada juga kurang di sana sini). Sebab apa? Sendiri pikir...


Janganlah ini macam...

Sumber dari google, terpaksa diblurkan untuk tidak mengaibkan sesiapa, sekadar renungan.


"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." petikan dari Surah An-Nur ayat 31.

6 comments:

Vamp Mary said...

Terima kasih di atas peringatan ini :)

Shukjessa said...

sama-sama

senandung semalam said...

aku pun heran ngan org yg berperangai cm ni...
aku mntk smpg dijauhkan bnde2 cm ni...

Shukjessa said...

bila dunia dah nak akhir zaman, perempuan cantik makin ramai, lelaki makin pupus...

dan di antara mereka saling berlawan iaitu saling bermegah-megah siapa yang lagi cantik, menawan, lagi slim dan lain-lain sedangkan sudah diberitahu akan kecantikan dan aurat itu hanya pada suami.

kalau tengok iklan kuruskan badan lebih nampak jahilnya dan dieksploitasi dek kerana nak kurus. Time tak kurus, pakaian sempurna tutup aurat. Tapi bila dah kurus, aduhai nak tengok pun sakit mata...

cEro said...

kelakar beb org bertudung hanya sbb fesyen...
dr org begini, aku lg respek yg tak pakai tudung lgsg..
kalau nk pakai, pakai btol2..
kalau taknak pakai, takyah celup celup je...

Shukjessa said...

entahlah...masih ramai yg bertudung adalah dari mangsa fesyen...

kejap tudung gini...lilit gini...pastu kan tudung gitu, pakainya mcm tu... tp tak paham konsep yg sebenar.

janji tutup rambut...leher? eh leher masuk kah? hehe fening la kepala...