Followers

Monday, June 28, 2010

Nor @ II

"Hati-hati naik, pegang tangan abang tu" Ustazah Normah mengarahkan anak muridnya supaya berhati-hati menaiki trak tentera. Taska telah dibekalkan dengan tiga trak tentera dan beberapa pegawai pengiring untuk memastikan keselamatan murid-murid.



Aku salah seorang yang sangat jakun melihat trak tentera yang sebegitubesar. Seronok!! Yelah, kebanyakan cita-cita kanak-kanak seperti aku mahu menjadi polis, tentera dan bomba kerana nampak cool dan segak.
"Huiyoooo!!" aku masih melopong melihat keluasan ruangan trak ini.
"Best?" seorang abang tentera yang aku lihat namanya Zuhrie bertanya.
"Best!!!" balasku sambil menunjukkan tanda bagus.
"Kitorang dah bosan" katanya sambil tersengih.

Trak bergerak laju meninggalkan kawasan taska dan kini sudah pun berada di atas jalan besar. Aku masih lagi melihat sekeliling. Bergoyang-goyang dek kerana jalan raya yang berlubang dan tidak rata. Namun kerana semangat yang kuat nak pergi berkelah ni, apa pun ok.

Lebih kurang setengah jam, kami pun sampai ke destinasi yang dituju. Sebuah kawasan sungai ber air terjun bernama Lanting. Turun dari trak, kami diarahkan beratur dan berjalan dalam barisan, biasalah untuk mengelakkan dari ada yang tercicir.

"Nor!" satu suara yang nyaring datang dari arah belakang kami.
"Sarah" aku membalas.
"Best ke naik trak?" tanyanya padaku.
"Besttt!! Rugi la awak tak naik sama. Eh masuk barisan la" balasku.

Kami diarahkan untuk menyeberangi sungai melalui jambatan gantung. Since ini bukan kali pertama aku ke sini dan melaluinya, aku tidaklah takut sangat, cuma bila ramai sangat orang ia mudah beralun. Ramai juga yang menjerit ketakutan, takut jatuh ke dalam sungai. Tapi sungai tu bukan dalam pun, memang kawasan untuk kanak-kanak mandi-manda dan bermain air.

Sampainya kami di tempat yang telah pun ramai ibubapa dan orang dewasa lain turut serta. Aku just seronok bermain-main bersama Rizal and the gang. Time makan, kami share makanan yang dibawa bersama dan ustazah-ustazah turut menyumbang makanan lain. Aku lebih seronok kunyah keropok kawanku, Gerrer atau nama penuhnya Mohd Ali Gerrer. Gerrer berketurunan half malay half Jerman. Dan raut wajah serta susuk tubuh dia agak berbeza dari kami tapi dia baik.

"Nor, ayah awak pesan suruh balik dengan kita nanti" Maisarah memberitahu kepadaku.
"Ooo ye ke? Yelah kalau macam tu" aku mengangguk.
"Jomlah, ayah saya dah sampai tu" katanya sambil menunjukkan kepada arah Pakcik Fuad.
"Em ok, tapi kena beritahu ustazah dulu, karang dia risau" kataku.

Di taska, kelibat abah dengan kakakku telah pun kelihatan. Aku terus berlari pergi ke kereta abah setelah mengucapkan terima kasih kepada Pakcik Fuad.
"Nor, petang karang keluar main tak?" Maisarah bertanya.
Aku hanya menganggukkan kepala. Abah masih lagi berborak sesuatu dengan Pakcik Fuad.
"Best ke dik pergi sana?" along bertanya.
"Best! Rugi along tak ikut" jawapku.
"Nak ikut tapi abah ada hal tadi" kata along sambil menutup pintu kereta.

Suatu hari, Ustazah Normah memanggilku ke hadapan. Aku termangu tak tahu kenapa.
"Nor, untuk majlis penyampaian nanti, ustazah nak Nor masuk persembahan pantun boleh?" tanyanya.
"Em pantun macam mana tu ustazah?" aku kebingungan.
"Pantun dia begini..." ujarnya sambil menunjukkan aku ayat dan gayanya sekali. Aku hanya perlu berlatih dan mengingati gayanya.

Hari yang dinanti-nantikan telah pun tiba. Ibubapa dan orang ramai mula mengerumuni dewan majlis daerah untuk menyaksikan majlis penyampaian sijil tamat taska. Aku berada di belakang pentas, bersiap sedia untuk melakukan persembahan. Agak gatal rambutku kerana pagi tu abah membawaku untuk pergi gunting rambut, sesuatu yang aku tak suka sangat.

Mungkin bunyinya agak pelik tapi itulah aku, apabila mesin potong rambut itu mengenai bahagian tengkuk aku, membuatkan aku geli dan tak boleh duduk diam. Maka ada sedikit luka dekat tengkuk dek pergerakan tu. Tengah-tengah dok menggaru, giliran kami untuk berpantun pun tiba. Lepas sorang demi sorang, tibalah turn aku. Agak gerun sebenarnya sebab tak pernah dalam hidup aku buat persembahan depan orang ramai. Tapi alhamdulillah pantun aku berjaya dilaksanakan.

Kini, aku dah boleh masuk sekolah rendah yeay!!!

Darjah satu tiada banyak bezanya dengan life di taska, cuma environment baru, cikgu baru, pelajaran baru dan uniform baru. First day aku di sana, aku tidak kekok seperti sesetengah murid-murid yang masih perlukan bantuan ibubapa untuk temankan mereka. Dan lebih seronok sebab kebanyakan rakan-rakan di taska adalah di dalam kelas yang sama. Rizal dan Gerrer pun ada.

"Nor, awak kelas 1 Pandai?" Maisarah menegurku.
"Haah, awak pun?" aku bertanya kembali.
"Emm, banyak budak taska kita dekat sini kan" Maisarah meninjau sekeliling.
Aku mengangguk. Suasana masih lagi hingar bingar kerana guru kelas masih belum masuk.

"Ehem!"
Semua murid-murid berhenti membuat bising dan kembali ke tempat masing-masing.
"Bangun! Selamat pagi cikgu!" seorang murid bersuara.
"Pagi, duduk" kata guru tersebut.
"Saya cikgu kelas ni, murid-murid boleh panggil saya Cikgu Zainab" katanya.
"Ok sebelum kita mulakan kelas, lebih elok kalau kita berkenalan dulu rasanya kan" Cikgu Zainab mempamerkan senyuman untuk menghilangkan perasaan resah dan takut sesetengah murid-murid.

Bermulalah sesi memperkenalkan diri dan sampai giliran aku.
"Nama saya Nor Alias Bin Kamaludin. Tapi boleh panggil Nor" kataku lantang.
"Oh! Kenapa Nor? Kenapa bukan Alias?".
"Sebab maknanya baik cikgu, jadi tak salahkan cikgu?" jawabku tenang.
"Em ye, terima kasih, boleh duduk" Cikgu Zainab tersenyum manis.

Hari-hari seterusnya agak menarik kerana aku tak pernah belajar A,B,C di taska since kami diajar alif, ba dan ta. Kadang-kadang kedengaran juga rungutan mak tentang aku dimasukkan ke taska, tapi aku tidak paham pun. Hasilnya aku agak sedikit ketinggalan namun itu semua sementara aje lah. Darjah satu banyak mana sangat pun belajar nya kan.

Tapi aku bersekolah di situ tak lama apabila aku kena bertukar sekolah ke daerah lain di Pahang. Agak sedih sebenarnya tetapi apa kan daya untuk kanak-kanak seperti aku untuk lebih mengerti akan makna SEDIH itu sendiri.

Mungkin aku sedih kerana terpaksa meninggalkan kawan-kawan yang aku dah ngam bersama. Tapi untuk keluargaku, ada kesedihan lain yang terpaksa mereka tanggung lebih-lebih lagi mak.

Tahun yang sama jugalah kami kehilangan seorang anggota keluarga iaitu along. Along disahkan meninggal kerana brain tumor yang mana mengikut kata doktor peluangnya adalah 50/50. Kalau bedah mungkin hidup tetapi akan cacat sepanjang hayat, atau kalau tidak dibedah akan meninggal.

Aku dan angah tidak tahu menahu sangat perihal sakit along sebab kebanyakan waktu pergi berubat hanyalah mak dan abah. Sampailah ke peringkat pembedahannya di Hospital Kuala Lumpur, aku masih lagi berlari-lari ke sana-sini bermain kejar-kejar.

Sehinggalah suatu hari, ramai saudara-mara datang ke rumah dengan wajah yang sedih. Aku masih lagi dungu hendak mengerti apa itu kematian. Segala-gala perabot telah pun beralih tempat untuk menyiapkan proses memandikan jenazah, mengkapankan dan menyolatkan jenazah.

Aku, angah dan beberapa rakan serumah masih lepak di rumah jiran sambil mendengar lagu. Tiba-tiba seorang daripadanya yang paling tua melarang kami mendengar lagu.
"Along kan meninggal, takkan la korang dengar lagu juga time macam ni" katanya.
Aku hanya diam tapi masih lagi tak mengerti apa-apa.

Di rumah, suasana sangat hening dan hiba dengan semuorang menangis termasuklah mak. Abah, ku lihat dari jauh tengah termenung sambil matanya merah. Abah tak cukup tidur kot?

Sesudah jenazah disolatkan, kami semua pun berangkat ke tanah perkuburan yang telah siap digali. Tanah dikambuskan dan abah turut serta dalam meratakan tanah. Mak dari tadi masih menangis. Aku? Blur...
Saat pulang, mak tiba-tiba tak nak balik, nak duduk dekat pusara along. Terpaksa la dipapah pulang oleh orang ramai.

Seminggu dah berlalu, mak masih bersedih. Aku terdengar ada sedikit pergaduhan antara abah dan mak.
"Anak baru je meninggal, awak nak pergi juga ambil jawatan tu?" suara mak kedengaran.
"Kita cuba la dulu, mungkin ada hikmahnya" suara abah pula kedengaran.

Perlahan hati aku tak tenteram... kenapalah orang dewasa suka bergaduh. Aku buka radio dan kedengaran lagu Sudirman 'Salam Terakhir', lagu feveret along sebelum dia pergi meninggalkan kami. Dan entah kenapa aku merindui along...


to be continue...

No comments: