Followers

Tuesday, June 15, 2010

Review: Karate Kid, bagus untuk tontonan family


Nama karate kid ni sebenarnya hidup pada zaman 80 ke 90 an. Aku masih ingat filemnya banyak sambungan. Cuma yang pasti filemnya betul-betul tentang karate.


Tapi untuk sebuah filem yang namanya karate kid, tapi menggunakan elemen kungfu agak sedikit janggal. Ini boleh dilihat dari basic movement yang ada dalam martial arts karate dan kungfu itu sendiri. Karate agak keras manakala kungfu lebih lembut dan lebih akrobatik.

Pada awal filemnya, aku agak pelik kenapa diletakkan namanya karate kid? Sedangkan the whole story adalah di China, dan elemen yang digarapkan adalah kungfu. Penggunaan elemen karate hanyalah pada awalan cerita time Jaden (anak Will Smith) belajar karate melalui video. Tu je la, lepas tu dari mencari guru sehinggalah mengenali diri sendiri semuanya adalah elemen kungfu. Malah pertandingan martial arts pun dinamakan kungfu tournament.

Namun andai benda ini diabaikan, korang akan lebih menantikan aksi-aksi Jackie Chan, malangnya aksi beliau pun tidak banyak. Beliau berlawan hanya pada satu scene. Yang lain lebih kepada talk to talk, bla bla bla bla itu ini. 

Satu benda yang menarik adalah diorang pandai bawa kita melihat culture masyarakat Cina di sana. Dan satu tempat yang sangat menarik apabila mereka pergi untuk melihat Telaga Naga. 

Jalan ceritanya ok since ini adalah family based filem. Ada part sedih, ada part mengajar untuk menghormati ibubapa, ada part apa itu kungfu dan macam-macam lagi. Tapi untuk naluri seorang lelaki yang dah terlalu banyak tengok cerita aksi Jackie Chan dan lain-lain, pada pandangan aku cerita ini agak membosankan. Aku still prefer the A-team, tapi yelah itu hiburan orang dewasa sebab banyak aksi membunuh, letupan dan macam-macam lagi.

Overall, cerita ini ok, seronok untuk dilihat bersama family atau dengan teman-teman yang tak sukakan violence sangat la. Tak rugi tengok cuma kalau nak tengok jangan la time cuti, lagi ramai budak lagi banyak la karenah di dalam pawagam. Tapi ok la budak-budak meragam, sebab diorang still insan yang perlu diajarkan pelbagai ilmu, tapi kalau 'budak besar' yang buat hal, itu memang cari pasal la tu kan. Tu yang dinamakan kurang ajar. Aku bagi 3.8 bintang dari 5. Selamat menonton.


Oh ya, tadi ada trailer pasal 3 movie. Satu, kalau sesiapa yang mengikuti filem Step Up, nantikan kemunculannya untuk yang ke 3. Nampak lagi ganas dan dasyat tarian yang ada. So kepada yang minat tarian, this is a must movie to be watch. Yang kedua adalah Resident Evil Afterlife. Dan yang ketiga aku tak ingat hahaha. 

No comments: