Followers

Tuesday, June 8, 2010

Menu orang bujang

Tengah hari tadi aku memasak lagi since save bajet untuk tengok filem the A-team hari khamis ni. Harap-harap bestlah filem ni, sebab promo macam gila khinzir je. Tapi tu lah, lately kebanyakan filem yang promo gempak agak mendukacitakan kecuali Shrek. Filem yang promo pun tak berapa jalan macam How to Train Your Dragon, best la pula. 

Kembali kepada tajuk asal. Hari ni aku pening nak masak apa, selongkar peti ais tengok ada ayam, ikan dan sotong. Since aku ni hantu ayam especially bahagian dada, kepak dan kaki, so aku pun selongkar la dapur tu. Apa ye nak masak? Semalam dah masak paprik pedas gila. So hari ni teringin nak makan apa pula.

Gulai ayam? Tak best, takde kaki ayam.

Ayam masak kicap? Baru je hari tu masak...

Ayam masak merah? Tomato puri takde lak

Sup ayam? Takde tulang, semuanya dada tak berapa best...
Ayam goreng tomyam? Hahaha next time la try
Last-last aku selongkar dapur akak aku tu, terjumpa balik sos plum yang aku menggatal beli dulu. Aku ni jenis kaki shopping barang dapur, so jangan pelik lak. Kalau perempuan boleh berjam lepak kedai kain, aku boleh berjam lepak di pasaraya bahagian sos, rempah ratus dan lain-lain ingredients memasak.


So terhasil lah ayam masak sweet sour plum, aku main tibai je masak. Masuk bawang putih, cili kecik, halia, bubuh serbuk black pepper sikit, sos plum sikit dan sedikit sos ikan. Voila, bon apetite!! hahaha. Lepas tu aku ambil gambar dan paste dekat FB. Saje je lah sebab dah lama aku tak letak gambar masakan. Dulu di Bentong rajin juga la. Tup tap ramai lak yang komen.

Memasak pada aku tak susah mana pun. Cuma rajinkan diri pegang pisau, beranikan diri mencuba resipi baru dan lepas tu oter ikut diri sendiri. Rajin-rajin juga merasa pelbagai jenis rempah ratus, sos-sos yang halal dan kita boleh create suatu resipi yang simple dan sedap dimakan.

Lagipun kalau korang bujang macam aku, pilih satu menu yang simple nak masak. Contoh, gulai lemak adalah antara menu paling mudah di dunia. Tumbuk cili dengan kunyit hidup, gaulkan dengan lauk (ikan, ayam, daging) pastu masukkan santan dan masak. Nak sedap bubuh serai yang dititik dan sedikit asam keping. 

Selalu sangat makan masakan orang, sekali sekala apa kata rasa masakan sendiri. Kalau sedap boleh tunjuk dekat orang lain, kongsi resipi. Kalau tak berapa sedap boleh diperbaiki di masa mendatang, dan ianya adalah suatu sikap yang baik sebelum korang berumah tangga. 

Everybody can cook, yang menjadi persoalan, korang nak ke tak nak belajar memasak? Selamat memasak =)

p.s: kalau ada sesiapa nak resipinya, aku sudi berkongsi =)

4 comments:

cha cha said...

aku still rasa perempuan malu kalau xreti masak..

meh sini resepi..

boleh le terai..

Shukjessa said...

heheh tak reti takpe sha, janji sanggup nak belajar memasak lepas tu. aku lagi tak suke kalo perempuan malas memasak. tak reti tp rajin memasak ok la gak, lame2 nanti jadi pandai gak =)

ok resipi ayam masak sweet sour plum

bahan-bahan

1/4 ayam size sederhana
2 biji bawang putih
seinci halia
cili kecik - ikut suka
sebiji karot
bawang besar (optional)
sos plum thai
sos ikan
serbuk lada hitam

cara-cara

1. bersihkan ayam dan potong dadu atau ikut kesukaan masing-masing.

2. perapkan ayam tadi dengan 2 sudu makan sos plum thai. Tambah sedikit serbuk lada hitam

3. tumiskan bawang putih, cili dan halia sehingga cili agak garing.

4. masukkan ayam dan goreng lagi sehingga mati daging. masukkan sedikit air.

5. masukkan 1 atau 2 sudu makan sos ikan (hati-hati guna sos ikan sebab benda alah ni masin) dan kacau.

6. masukkan karot yang telah dipotong dadu atau pjg ke dalam. juga masukkan bawang besar yang telah dipotong biasa.

7. besarkan api, masak sehingga kuah sedikit pekat, rasa dan tambah apa-apa sekiranya kurang (garam or gula).

8. masak lagi sehingga kuah kering dan melekat dengan daging ayam. siap untuk dimakan, selamat mencuba

Cik N said...

Cane nak buat lelaki minat dan berani masak cam ko ek?

Shukjessa said...

hahaha soalan simple tapi sgt subjektif.

aku suke memasak sbb dari kecik mmg dikerah masuk dapur walaupun title aku anak bongsu.

lebih-lebih plak keje mak aku sbagai nurse bukan ofis hour tetapi shift. so kalau ada time bukan mak di dapur, sebaliknya ayahanda aku, mmg kene torture la.

aku pernah kena marah sebab salah masak nasi.

pernah kena marah sebab salah idupkan api (api tak nyala-nyala) nak bakar ayam.

so kalo nak dikirakan, belajar memasak dgn ayahanda aku agak tough (yelah lelaki garang sikit) compare to my mum.

tapi tu la bila dah besar, dah pandai masak sendiri, kita sedar kenapa diorg marah.

minat tu satu passion. kalau dia betul-betul minat nak masak, cari seseorang yang boleh guide memasak ni seronok. nanti lame-lame timbul rasa hendak masak resipi sendiri time duduk sorang-sorang.

bermula dari yang basic seperti masak nasi, goreng telur, ayam, ikan then berpindah masuk ke menu yang ada kuah sikit macam gulai. pokok pangkal cuba dulu, aku 1st time belajar masak nasi, lembik macam bubur, lama-lama baru pandai =)