Followers

Monday, June 14, 2010

Dunia ni kecik

Salam,

Post ni aku tulis sebab nak menunjukkan betapa keciknya dunia ni walaupun di dalam alam maya yang orang panggil internet ni. 


Al kisahnya bermula, dari niat aku yang nak tulis blog. Dengan bantuan dan sokongan beberapa orang rakan, dapatlah blog aku bertahan setakat ini. Hendak dijadikan ceritanya, salah satu blog member aku ni which is Mr. Cero (korang boleh cari dekat sidebar, name blognya null & alternate) banyaklah tukang komennya. Antara tukang komen yang aku dah add dan selalu beri komen (Kerak nasi dan Hentak Belipat).

Dan di salah satu cerita lagi which is dekat Facebook, seorang otai photo radikal iaitu bro KukuBesi pada satu hari telah promote sorang blogger ni dekat page dia. So aku pun teringin la nak tahu cerita apa yang bro KB tu suka sangat. Then bertemulah aku dengan blog bro Carl Samsudin yang juga seorang photog. Baguslah boleh tambah kenalan blogger disamping kenalan photog.

Ok, untuk yang tak tahu, ada salah satu post bro Carl ni ada cerita pasal pergi makan malam dekat satu tempat di Johor kalau tak silap. Then dia letak lah gambar. Aku belek, tengok pastu dia tulis nama, ada 2 nama yang agak familiar yang aku selalu tengok iaitu blogger Hentak Belipat dengan Peti suara

Dari situ baru aku tahu yang diorang dah kenal, Kenal macamna tak tahu lah tapi yang pasti, dunia ni memang kecik. Aku kenal blog Hentak Belipat dari Mr. Cero, sedangkan aku kenal blog bro Carl dari bro KB. Dan eventually bro Carl dengan Hentak Belipat dan Peti Suara adalah kawan. 

So ianya jadi satu bulatan yang meyambungkan ikatan itu sendiri. Maybe one day patut ada reunion untuk blogger di mana-mana untuk reveal the writer itself haha.

p.s: cerpen, ini malam sambung 

2 comments:

cEro said...

nama aku ade dlm post ni..
waa, giler gempak..

actually, dunia blogging ni bkan besar mane..
pusing2 rupenye org yg same gak..
kan??

Shukjessa said...

hahaha btol tu, tp cara aku berpusing jadi satu bulatan. sbb 2 blogger aku kenal melalui insan yang berbeza, last2 rupanya ade sangkut paut hahaha

hehe =)