Followers

Tuesday, June 15, 2010

Dunia kotakku VI

Pagi ni pagi yang sangat indah, kerana tiada lagi pekikan dan suara-suara kecoh kedengaran malam tadi. Pakcik Rahmat dah pun discharge daripada sini. Tinggal lah aku, Poyie, Rama, Ah Lim dan Ramlan yang masih setia di wad 2 Mawar ni. Aku meraba-raba mukaku, dah surut bengkak, tapi jelas terasa parut yang ada dekat bahagian mata. Mujur juga lah aku pakai spek mata, kalau tak mahu juga buta aku kena.

Dah dekat 2 minggu aku terlantar di wad ni. Malam kejadian tu, teruk aku kena belasah dengan mamat yang aku dapat tahu namanya Boy, bekas kekasih cik Dahlia. Tapi sebelum aku pengsan, sempat juga lah aku tersenyum sebab aku berjaya rongakkan gigi depan mamat bangang tu. Merasa juga lah dia penangan tapak tangan aku sebelum tangan aku pula yang patah kena kayu hoki. Lepas kena kayu hoki, aku dah tak ingat apa-apa, sedar-sedar aku dah ada atas katil tapi bukan di rumah tapi di hospital.

Tengok sekeliling, mak, angah, abang Wan, saudara-mara, member-member dan juga Dahlia dengan maknya. Aku pun tengah lalok time tu sempat juga lah bertanyakan soalan.

"Ramainya, ada kenduri ke? Siapa yang sakit?" tanya ku.
"Takpelah Sham rehat dulu ye, jangan banyak fikir sangat" balas ibuku.

Aku lihat Dahlia dah bermuka sedih, aku pun pelik. Last-last dia keluar dari wad sambil ditemani ibunya. Aku cuba bangkit tapi dihalang ibu ku. Terasa pedih di tangan kiriku, seluruh badan ku, dan mata ku. "Celaka punya mamat, lepas ni kau makan bubur je la" getus hatiku.

Dalam 2 minggu aku di wad tu, aku berkenalan dengan beberapa pesakit yang selalu jenguk aku. Pakcik Rahmat, pesakit katil nombor 5 sebelah kanan aku. Pesakit kencing manis yang ditahan di wad kerana glucose blood level nya tinggi (kes langgar pantang di suatu majlis kenduri). Seorang yang sangat kecoh bercerita, agak kasar namun baik hati. Seingat aku mengenali beliau, Pakcik Rahmat atau nama pendeknya Wak, beliau selalu menghulurkan apa juga barangan  yang dibawakan oleh anak cucunya. Kadang-kadang 'barang terlarang' pun diberinya kepadaku. Aku pernah bertanya kepadanya, kenapa tak pantang? Jawapnya simple je... 

"Ala Sham, aku ni dah tua, esok lusa matilah. Selagi aku masih hidup ni, gunakan sebaik-baiknya untuk kecapi apa yang dihajati. Dah mati sok, takde dah semua benda tu dalam kubur. Lagipun aku makan sikit je, hahahahaha!!".

Aku melihat saja Wak tergelak besar sambil mengunyah coklat Cadbery yang dipatahkan satu persatu sebelum dimasukkan ke dalam mulutnya itu.

"Kau dengar la cakap orang tua tu, nanti kau pun sama kiok cepat dengan dia" sampuk satu suara di sebelah kananku, katil bernombor 7, Poyie.

"Engkau jeles kan Poyie sebab engkau tak boleh nak makan kan? Hahahahah!!" sekali lagi Wak gelak besar memecahkan keheningan malam. 

"Shhhh!!! Tidur!" marah jururawat bertugas.

Poyie atau nama sebenarnya Fauzi, merupakan seorang duda. Dimasukkan ke wad kerana masalah bengkak tekak yang serius, tidak boleh makan makanan pepejal cuma boleh minum makanan yang berbentuk cecair. Sering bertekak dengan Wak dek kerana Wak selalu mengapi-apikan dia dengan makanan. Poyie agak muda untuk bergelar duda, namun kes bininya curang mengikut mamat bangla jual kain tu membuatkan dia agak serik untuk berkahwin semula.

Pagi sudah tiba, seperti biasa selepas membersihkan diri, aku kembali ke katil since badan aku masih lemah dan tangan kiriku masih berbalut plaster simen. Untung ada mereka di sini, selalu temankan aku ke tandas, pergi ambil angin, main pakau, bercerita, mengusik jururawat dan lain-lain.

Rama selalu menjengah ke katil aku walaupun katilnya di nombor 2 sebab adanya Wak dan Poyie yang cukup membingitkan wad 2 Mawar ni siang dan malam. Ada juga aku bertanya sakit apa, tapi dia just beritahu "Itu sulit juga ada sakit" dan aku pun pahamlah maknanya. Tak nak lah aku tanya lebih-lebih soalan sensitif tu. Rama agak keseorangan semenjak aku sedar dari pengsan sampailah ke tempoh 2 minggu aku kenal dia, tak pernah nampak pun seorang menjenguknya ketika waktu melawat. Agak kesian jugalah, dan time makan selalu aku ajak dia makan bersama-sama kami. Sampai kadang-kadang bergaduh dengan jururawat sebab buat macam rumah sendiri pula.

Ah Lim pula seorang pesakit TB atau batuk kering di katil nombor 10. Walaupun Cina, tapi dia amat fasih berbahasa melayu. Berumur dalam lingkungan lewat 30 an ni merupakan seorang ayah kepada 2 orang anak setelah kematian isterinya. Aku tanya padanya, kenapa tak kahwin lain? 

"Aku sayang sangat isteri aku tu. Dialah cinta pertama dan terakhir untuk aku".

"Habis, anak-anak you?".

"Diorang dah biasa dan faham keadaan aku. Diorang pun dah boleh terima hidup tanpa seorang ibu".

Insan terakhir yang aku kenal ini pada asalnya agak sombong. Tapi selepas insiden pergaduhan tu, dia berubah sikap. Terletak di hujung wad, di katil bernombor 14. 

"Thanks sebab sudi tolong aku" Ramlan menghulurkan tangan.

"Takde hal la bang, saya tolong mana yang mampu je" sambutku dengan senyuman.

Insiden pergaduhan yang melibatkan dia dan adik-beradiknya itu agak kecoh. Namun setelah masuk campur oleh sesetengah pihak termasuk kami, ianya dapat diredakan.

Aku hanya mampu menasihati dia agar tidak terlalu beremosi di atas kematian adiknya yang paling bongsu itu. 

"Ajal maut di tangan Tuhan bang, kita hanya mampu merancang".

"Kau siapa nak nasihat aku? Ada aku minta simpati daripada kau? Takde kan? So, berambus!!!".

"Istigfar banyak-banyak bang. Saya faham perasaan abang, jangan fikirkan sangat".

"Ish budak ni!" seraya penumbuk dikepalnya ingin ditujukan kepada mukaku. Aku hanya diam membisu dan kembali semula ke katil.

Esok harinya, aku kembali lagi ketika sarapan pagi. Aku ajaknya makan bersama-sama kami. Namun ditolaknya mentah-mentah dan terus berlalu ke tandas. Aku hanya mampu mengeluh dan mengeleng-gelengkan kepala kepada group aku yang makan di situ.

Setelah beberapa hari berlalu, Ramlan mula bersikap tenang dan mula memulakan langkah baru iaitu menerima pelawaan sejak hari-hari dari sarapan, ke lunch dan dinner aku ajaknya sekali. Mungkin itu yang dimaksudkan "Sekeras-keras batu, dititiskan air lama-lama pecah jua".

Dan bermulalah episod baru bagi hubungan kami sebagai kawan yang tidak mengenal usia dan bangsa. Malahan hampir setiap hari kami berkongsi cerita, suka duka dan setiap saat di sana merupakan moment yang  indah buat aku sebab dapat kawan baru.

Sehinggalah pada suatu hari sebelum Wak diberitakan boleh keluar wad. Wak bertanya kepadaku.

"First time aku tengok engkau terbaring atas katil ni dulu, aku ingatkan engkau eksiden. Tengok teruk betul lebam, bengkak siap patah tangan lagi tu. Siapa yang pukul engkau?" tanya lelaki 60 tahun ni sambil mengunyah coklat Hersheys sedikit demi sedikit.

"Adalah Wak, saya tak kenal pun mamat tu, tapi disebabkan dia serang saya dulu, terpaksa la saya pertahankan diri" balasku sambil meraba-raba tangan kiriku yang agak lenguh.

"Berapa orang lawan kau?" tanya Poyie sambil minum air kotak kacang soya.

"Empat orang termasuk ketuanya".

"Ampat kaaa? Aiyooo mana aci ini macam" sampuk Rama sambil menggaru-garu kepalanya.

"Entahnya, macam bangsat je. Kalau berani lawan sorang-sorang la kan" Ramlan punya menyambung sambil mengunyah coklat Hersheys yang dihulurkan Wak.

"Kau kira berani la Sham, kalau aku mahu aku duduk dalam kereta dan terus pecut. Langgar pun langgar la, janji aku selamat. Silap haribulan boleh mati wooo" Ah Lim membetulkan kedudukannya di atas katil ku.

"Sebab darah yang mengalir dalam badan engkau ni bukan calang-calang orang. Kalau tok engkau sendiri pernah ada selimpang merah tu, jangan main-main. Sori la Ah Lim, aku cakap ni bukan nak perkauman cuma korang tau tak apa guna selimpang merah tu pada zaman dulu-dulu terutama pada tahun 1969?" Wak berhenti mengunyah sambil memandang ke arah kami semua.

"Selimpang merah tu gunanya apabila dipakai, si pengguna itu akan nampak musuh ibarat batang pisang. Dan mereka akan mencantas saja sesiapa yang menentang. Time tu gunanya time krisis dengan kaum Cina dulu la. Tok engkau ada simpan lagi?" tanya Wak kepadaku. Aku hanya menggeleng.

"Saya tahu la juga sikit-sikit buah pukul. Tapi kalau guna senjata tak reti lah sangat. Diorang lak bawa kayu hoki. Yang ketua tu pakai buku lima. Sempat la saya rongakkan gigi depan dia tu, tapi nasib tak menyebelahi saya sebab lepas tu kena bantai dengan kayu hoki oleh follower dia" balasku  sambil memegang tangan kiriku yang bersimen tu.

"Macam ni lah, esok aku dah boleh keluar dari wad. Nanti lepas korang dah keluar dari wad, telefon aku, kita minum-minum borak-borak. Ada apa-apa masalah cari je aku, nanti aku ikhtiarkan untuk tolong korang" sambung Wak lagi sambil menghulurkan name card kepada kami semua. 

Dato' Rahmat Bin Hj Yusoff,
Pengarah Urusan Biocrops,
No HP: 013 XXXXXXX

Terkejut gila aku tengok name card orang tua ni. Dan aku rasa orang lain pun sama. Masing-masing macam tak percaya je.

"Dato'?" terpacul keluar dari mulutku.

"Alah tak payahlah nak formal sangat, kita manusia sama je. Dalam kubur tetap kain kapan yang putih tu jugalah membalut tubuh kaku tu. Dan di alam kubur, pangkat tak digunakan pun. So tak payahlah nak panggil aku Dato', cukuplah hormat aku sebagai seorang warga emas yang tak lama lagi nak mati".

Di situ aku nampak murninya seorang insan yang walaupun berharta dan berpangkat, namun masih tetap low profile. Patutlah aku lihat ramai anak dan cucunya datang menjenguk tiap kali tibanya waktu melawat. Dato' Rahmat atau Wak memang orang paling otai pernah aku jumpa.

"Sham, kalau engkau nak minta kerja, boleh try dekat company aku. Nanti aku try tengok kan dekat mana yang engkau sesuai. Engkau tak kisahkan mula dari bawah?" hari yang cukup hening apabila Wak dibenarkan pulang.

"Saya tak kisah je Dato', oops Wak" kataku.

"Bagus, macam ni lah baru boleh maju. Korang yang lain pun ada masalah contact aku tau. Jangan segan-segan nak datang rumah" katanya lagi.

"Baik Dato', eh eh Wak" masing-masing masih tersasul.

"Terima kasih banyak-banyak saudara sebab tolong tengok-tengokkan ayahanda saya ni" seorang wanita muda tiba-tiba mengucapkan terima kasih kepadaku.

"Huda kalau tak dapat cari jodoh lagi, ayahanda kenenkan dengan Sham je nak? Hahahaha!!" sampuk Wak.

"Ayahanda!!!" ngomel si wanita muda bernama Huda ini.

"Err... sama-sama. Tapi Dato' yang banyak tolong dan tengok-tengokkan saya" balasku.

"Oh ya Sham, ni anak bongsu aku, Nurhuda Dania. Lawa kan??" bisik Wak kepadaku.

"Ayahanda!!!" terlihat kemesraan seorang anak dan seorang ayah yang dah lama aku tak tengok since aku dulu pun tak serapat ini dengan arwah abah.

"Dato', Cik, kenderaan dah sampai" seorang lelaki berkacamata gelap menyusul dari belakang.

"Oh, baik. Terima kasih Din. Oklah semua, jumpa lagi. Jangan lupa tau apa yang aku beritahu tu!" kata Wak sambil tersenyum.

Mereka berdua masing-masing duduk di seat belakang. Wak di sebelah kiri dan Huda di sebelah kanan. Sebelum kereta itu berlalu pergi, Huda melambaikan tangan dan sempat memandang ke arah kami. Atau ke arah aku? Dan apabila Huda hilang dari pandangan bersama Merz hitam itu, tiba-tiba aku teringatkan Dahlia. Apa khabarnya? Sejak dari hari tu, aku tak tahu apa ceritanya...

2 comments:

hans said...

otai betul dato rahmat tu
hahaha
best2
teruskan
nak tau sambungan

Shukjessa said...

tak semua yg berpangkat itu teruk. tak semua yang biasa itu baik.

heheh thanx bro, akan usahakan utk merumitkan lagi keadaan jalan cerita ini hahaha