Salam,
Cerita ni takde pun mendapat liputan meluas dari segi promosi. Orang pun takde la tau sangat cerita ni. Dan dari segi tajuk pun bunyi sangat dull dan bosan. Tapi ini adalah cerita yang wajib tonton. Untuk yang ada duit lebih dan sanggup pergi jauh sedikit, boleh la tengok yang 3D punya. Bagi yang takde benda tu boleh la tengok dekat cinema biasa je (still pada aku puas hati).
Actually cerita ni tak disangka pun nak tengok. Sebab dek iklan dasat-dasat macam cerita V3 Samseng Jalanan, KL Drift 2 dan lain-lain cerita, cerita ni bukan dalam list pun. Tapi lepas ada review oleh dua member yang mengatakan cerita ni best. Aku jadi teruja nak tengok. Lagipun kalau dibandingkan cerita animasi 3D dengan cerita-cerita aksi, aku prefer animasi sebab mostly kartun dia ada sense of humor yang seronok itu ditonton. So, tak perlu risau duit membazir, tak perlu risau bosan, tak perlu risau mengantuk or apa-apa. Just beli pop corn dan makanan hapa-hapa, duduk dan rilex tengok cerita ni.
Cerita ni beri pengajaran pada kita jangan selalu buruk sangka terhadap sesuatu yang nampak ganas, buruk atau mempunyai sejarah silam yang tidak baik. Kita hendaklah sentiasa mengkaji lebih mendalam sesuatu benda. Cerita ni juga menonjolkan ciri-ciri berani melawan arus, iaitu sesuatu yang dah lama bersemadi di dalam sesuatu masyarakat. Kita harus berani untuk membuat pembaharuan. Overall aku bagi 4 bintang, best seronok. Sesuai untuk bawa budak-budak kecik walaupun yang tengok tadi tu semuanya budak-budak besar (macam aku wahahah).
Tadi sebelum cerita ni start, ada iklan movie Shrek the final. Seperti biasa aku tak pernah miss siri movie Shrek ni sebab jalan cerita yang kelakar. Dan kali ni diorang memang membuatnya jadi kelakar hanya dengan iklan. Buat yang tak pernah tengok lagi iklan Shrek, sila tengok iklannya di bawah... perhatikan apa yang dah berubah?
Well, nampaknya hari esok dah start tayangan Clash of titans. Aku ingat nak tengok juga tapi memandangkan waktu malam, takpelah tunggu hari khamis je la. Cerita ni pun iklan gempak tapi tak tahu lah kalau bosan... Adoi...
2 comments:
slalu nk gi tgk tp masa tak mengizinkan..
hehehehe
turun ujung minggu takut bz la plak nanti hehehe
Post a Comment