Followers

Friday, March 19, 2010

I-city

Salam,

Hari-hari aku dok promote dan bising-bising nak pergi I-city. Aku rasa mesti ada yang bosan tengok aku dok riuh-riuh nak pergi. So orang-orang macamni tak perlu risau sebab aku dah pergi pun malam tadi. Setelah puas aku ajak siapa nak pergi, dan aku dok ulang-ulang tiap-tiap hari, tapi bila aku upload gambar ada la bunyi bising kenapa tak ajak. Entahlah, takkan la aku nak hantar SMS dekat sorang-sorang tanya "Eh kau nak pergi I-city?" apa kejadahnya. Sendiri tahu aku dah dok buat announcement tu so paham-paham je la.


Ok, ni pun mungkin rezeki aku malam tadi. Sebab aku pergi juga walaupun sorang. Tapi bila sampai sana, terdetik di hati nak sms sorang member ni, sebab haritu dia kata kalau pergi nak ikut. So aku sms tanya dia tak pergi ke. Sekali dia call, kata wei aku dah dekat sini la, aku pun pusing 360 darjah, hahah sia-sia je mencari dia di lautan manusia.

Last-last jumpa la si cik adik sorang ni, dengan member-membernya dari Melaka? Tapi semua aku tengok dok ghoyak kecek kelate belako. Takpelah, tak penting pun janji kehadiran diorang ni dah selamatkan masa dan misi aku dekat situ.


Kenapa aku cakap selamat? Ok untuk yang tak pernah pergi, dan untuk photog landscape, kalau time ramai macam aku pergi semalam tu, lupakan je la nak wat landscape, susah sebab nanti gambar byk sampah (orang dok lalu lalang). So yang selamat adalah close up portraiture, tapi kalau semuanya close up bosan juga last-last. So aku selamat, sebab niat nak ambil landscape (dapat la beberapa ketul je) last-last ada diorang ni aku ambil portraiture.

Yang best dekat sini lampunya best, cuma dari segi susunan agak merapu sikit. Dan kedai takde pula jual-jual makanan ke cenderahati ke. Dan naiklah motor, kalau naik kereta agak siksa nak parking. Aku kalau nak pergi balik pun mungkin bukan time ramai orang, kalau ramai sangat crowded + rimas + gambar banyak hancur.


Oh ya semalam aku bawak tripod tapi tak guna pun sebab dalam kuantiti orang yang ramai, tripod tak sesuai di set up kan. Sebab kalau orang terlanggar, kamera jatuh rosak aduhh...walaupun kamera aku ni murah je, tapi nak repair ibarat beli baru. So member aku sorang ni la yang tolong pegangkan haha (thanx tau walaupun kau tak ingat and nak culik bawak balik hehe).

So thanx to my member and her friends la, sebabkan selamatkan malam tu. Kalau tak aku pergi ambil sikit-sikit dan terus balik.

Untuk melihat lebih gambar sila ke Facebook daku yah~!

2 comments:

Anonymous said...

yeay! akhirnya...
syiookk kan shuk?? kalau x ramai org lagi best ;)

Shukjessa said...

syiok cuci mate hahah. aku pun heran bebudak gi sane ingat situ disco hape? dressing kalo yg pompuan tabley blah. kalo takat pakai jeans sume tu ok la normal ni pakai hot pants, pakai mini skirt eh eh eh~~