Followers

Monday, March 1, 2010

Kerjaya

Salam,

Post kali ini dah lama aku nak tulis cuma tak cukup intipatinya. Tapi kini bila dah semuany cukup perisa marilah sama-sama membaca celoteh ku ini yang ingin membebel tentang kerjaya. Kerjaya, semua orang pasti mahu bekerjaya. Ada yang mahu menggapai impian setinggi gunung, ada yang pertengahan dan ada yang janji hidup sudah.


Kerjaya ni merupakan periuk nasi atau sumber kewangan kita untuk terus hidup di dunia yang penuh materialistik ini. Segala-galanya perlukan duit. Apa benda dan tempat yang tak perlukan duit? Masjid dan surau-surau serta majlis-majlis ilmu yang percuma.

Bagi aku kerja apa-apa pun tak kisah, selagi ianya HALAL. Dan pastikan ianya hasil kamu bekerja bukan 4D okey (Duduk Diam Dapat Duit). Kerjalah apa pun hatta tukang sapu, tukang cat, petani, pekebun, buruh kasar, atau apa saja. Tolong jangan pandang sepi dan hina orang seperti ini. Tanpa mereka, tiada istilah 'world a better place'.

Ada seorang member aku pernah beritahu, "Syuk, kau silap ambil kos ni. Patut kau join culinary". Kenapa dia berkata demikian? Kerana aku mengambil Biologi. Adakah ianya satu kesilapan? Adakah aku merugikan diri? Kalau hendak dikatakan rugi, dari awal aku sudah menyesal. Sejak lepas SPM haritu lagi patut aku dah menyesal sebab aku mengambil jurusan sains kejuruteraan dan bukan sains hayat. Tapi mungkin keadaan memaksa menyebabkan aku terpaksa bertukar aliran. Adakah aku menyesal? Tak juga, sebab bagi aku belajar suatu benda yang baru menambahkan ilmu dan pengalaman. Mungkin ianya tidak semestinya digunakan namun kita tahu tentang ilmu itu.

Samalah juga dengan perihal aku meminati untuk menulis, adakah silap kerana aku memilih aliran sains? Tidak. Sains seronok untuk belajar dan diketahui ilmunya, cuma mungkin aku tidak sepantas dan sehebat itu untuk menjadi yang terbaik. 

Dan persoalannya, adakah kita akan bekerja di bidang yang sama kita belajar? Tidak semestinya dan seharusnya. Adakah salah untuk kita mencuba pelbagai jenis kerjaya? Pun tidak salah namun amat memeritkan kalau asyik bertukar pekerjaan. Ada manusia yang hidupnya mengejar nama dan wang ringgit. Ada manusia yang mengejar cita-citanya. Ada juga manusia yang kejar pengalaman untuk diabadikan dalam hidupnya agar dapat diperturunkan ke anak cucunya kelak. Masing-masing punyai misi tersendiri. Walau apa pun destinasi kita, pastikan kita selamat sampai untuk kehidupan yang lebih baik di hari mendatang.

p.s: Sila lihat post di bawah kerana ianya juga ditulis pada malam yang sama

No comments: