Followers

Saturday, March 20, 2010

KL (kaki longlai)

Salam,

Aku rasa ini bukan post yang pertama aku tulis pasal berjalan-jalan di KL. Tapi ini juga bukan post yang pertama akan aku tulis bahawa aku akan balik awal sebab 'tak tahan' dengan godaan bandar metropolitan ini.

Tempation sangat kuat walaupun di terik tengahari. Apatah lagi kalau malam menjelma, macam-macam yang keluar, kalau tak kuat iman memang hancur.

So aku kalau ke KL, satu kene pastikan misi apa dia. So kali ni misi aku nak beli ND filter. Ok, lepastu kena pastikan duit mesti ada. Tadi aku hangin sebab try kad ATM Bank Islam, ada masalah tak boleh nak tengok baki. Kena la pulak mengadap Bank Islam ape ke ceritanya ni.

Yang lain-lain tu macam transportation, pukul berapa nak pergi dan balik tu subjektif. Tengok mana yang lebih senang. Dan aku pilih untuk naik separuh-separuh. Naik motor sekerat jalan sampai Asia Jaya, lepastu aku naik LRT terus ke masjid jamek. Ni kes nak elak naik motor, bas dan komuter.

Macam biasa, tempation pertama of coz la wanita. Tapi aku rasa setakat dalam LRT ni ok lagi rasanya. Tapi bila keluar je dari masjid jamek haaa mulalah, macam-macam fesyen yang menggugat iman ada depan mata. Hohohoho, aku terpaksa jalan laju untuk mengelakkan dari asyik memandang  benda yang tak patut dipandang (tak patut ke? Dah dihidangkan...).

Aku jalan kaki je dari masjid jamek ke campbell mengenangkan satu station je pun kalo naik LRT. Lagipun jalan kaki kasi eksesais sikit badan. Sampai ke Photo Selangor, jumpa satu uncle ni. Tanya dia pasal ND filter, dia kata kena order dulu sebab diorang tak simpan stock. Tapi lepas tu...

"U mau angkat ini la, ini orang punya, suda lama order tapi tak collect-collect" kat uncle yang bermata juling ini. Aku tanya la harganya, berapa? 100 hengget. Aduhai... tapi filter screw in macam ni memang agak mahal sedikit. Aku pun pikir lama gak la sesambil cuci mata tengok gajet-gajet dekat situ.


Haa ni tempation kedua, tak kuat iman, ada duit memang beli je sebab aku otak gajet. Pandang kamera itu la ini la, tengok lens la, tengok macam-macam. Dah la leng loi depan aku ni pakai baju baby T, so korang paham-paham je la kalo duduk camne, aku ish pandang tempat lain. Tempat lain tengah tengok brader dua orang ni diskas pasal camera PEN, not a compact and not a dslr. Satu spesis kamera yang mencabar kewibawaan DSLR owner, tapi rege lebih kurang je pun haha.

Tengok yang jauh sikit, ada la kapel ni nak beli DSLR, tapi beli nikon D3000. Aku just cakap dalam hati aduhai ruginya...heheh tapi kalau memang minat nikon, untuk entry level ni je la pun. Kalau nak yang lebih function better angkat canon 1000D je lagi untung pada aku la.

Uncle ni datang balik lepas die confirmkan dengan sumorg bahawasanya filter tu takde orang nak claim.

Macam aku cakap tadila, tempation kuat. Aku saja je la gatal mulut tanya diffuser untuk SB600 tu berapa. Sekali dia keluarkan, sah-sah bukan ori. Tengok dekat harga tulis rm99, dalam hati mak aih. Sekali dia cakap, 60 hengget. Aku sengih-sengih, cakap tak cukup bajet. Dia turun lagi 50 hengget, still aku kata takpelah lain kali lah, haha last-last dia bagi harga last betul ambil 2 barang ni, bagi aku 130 hengget je. Aku pun emm ambil je la, dari beli lain kali tah berapa lak dia jual haha.


Habis dekat situ, sebelum blah aku jeling-jeling dekat box set D90, 4000 hengget em takpelah kerja dulu. Keluar dari kedai tu aku cari kedai muzik underground yang selalu aku beli t-shirt dengan CD dulu. Tak jumpa sekali jumpa satu kedai kecik jual benda-benda alah ni. Masuk kejap, tengok design t-shirt menarik, simple tapi lucah nak mampus!~ Aku pun cari la design yang tak lucah sangat. jumpa satu try pakai adei ketatnya. Jumpa tokei dia, mula-mula aku ingat dia nak bagi kad bisnes gym ke hapa ke suruh aku kuruskan badan (hahah memang nak kena la tu), rupa-rupanya dia bagi kad bisnes dia, kalau nak printing design sendiri boleh hantar sana, siap 20 minit. Aku tengok la machine dia, memang moden la tak pakai blok dah. Tapi harga mahal siot~!!! Takpelah aku beli baju dari bro KukuBesi je hahaha.

Ok duit dah habis, so perut lapar, mana nak makan. Jalan-jalan jumpa restoran insaf, nasi beriyani? emm... jalan lagi kfc? emm... A&W? ok gak. Masuk order, dari makanan yang harganya 9 hengget sebab aku order float kot? last-last 12 hengget. Aik? Baik makan beriyani hahaha. Siap makan blah, dalam tu ramai awek dok kenyit-kenyit (hahaha baca boleh pecaya jangan).

Balik ke jln TAR. Aku tengok orang macam ribut je dok usung barang-barang. Terpikir ada apa lak nih. Lepas dah jalan baru aku teringat ooo pasar malam jln TAR. Temptation gak ni tapi sebab aku naik public transport, lupakan je la. Sampai dekat satu signboard tulis

"PASAR MALAM JALAN TAR"
OPERASI: 6 PTG - 11 MLM

Aku belek jam, haih baru pukul 12.30 dah menjual dah? Hahaha, balik terus sebab aku rasakan diriku terancam dek banyak mata-mata awek dok merenung tubuh gebuku (hahaha).

Sampai station Asia Jaya, ingat nak balik dah. Tak jadi, lepak jap dekat Digital Mall SS14. Round-round satu bangunan, benda banyak nak beli duit je takde. Last-last aku stop dekat satu gerai jual-jual CD dgn Game konsol ni. Stop sebab brader ni main GOW3. Woah! Feveret aku beb! Terpukau tengok smooth game ni dgn graphic yg bukan calang-calangnya la. Takde dekat PC tu yang menguatkan keazaman aku untuk membelinya. Ada la dekat 30 minit aku lepak, last-last blah sebab dok lama-lama pun CD tak beli hahaha.

Sebelum balik sempat bli air jambu, bes sebab sejuk, cuaca panas. Balik ke rumah dan test filter, tak nampak sangat effect sebab awan memang tak nampak sangat. Cuba diffuser, lawa walaupun direct flash.

Balik-balik tidur tak hengat~~~ KL KL...

No comments: