Followers

Saturday, March 27, 2010

Game Review

Salam,

Untuk kaki-kaki games especially PC games, ni aku nak review beberapa games yang aku dah main dan beberapa games yang baru keluar dan tengah nak hot (kot?) dekat pasaran.

Untuk game pertama adalah PES 2010, sorry kalau aku lambat review. Aku pun baru je beli DVD nya ehem-ehem, tapi oklah installation senang, takde crack or mount ke hapa jadah. So boleh katakan safety sikit la. Ok game ni main dalam laptop aku kena pakai resolution middle (1000+x700+) sebab yang tingginya gameplay jadi sekat-sekat.


Ok yang besnya untuk PES kali ini dah dipertingkatkan graphik (of coz la kan) so memang agak real di situ. Pergerakan baju yang berbeza setiap kali pemain bergerak. Muka pemain pun memang dah ala-ala, tapi tatau la kan rivalry dia macamna (FIFA 10). Dan dalam PES kali ini ada slot UEFA championship untuk rebut piala kelab-kelab. Ada slot untuk become a legend, dan yang lain-lain tu biasa je la.

Satu yang pasti yang aku tak suka sangat, adalah sistem bunyi yang pada aku agak lame, sebab tah apa sebab sorakan peminat macam kurang bermaya terutama bila gol. Yang lain-lain tu kire marbeles la.

Untuk game kedua, adalah Supreme Commander 2. Ni adalah game RTS so bagi yang minat main strategy, boleh la main game ni. Kalau yang pernah main Total Annihilation, ni adalah developer yang sama. Konsep macam C&C cuma yang ni lebih kepada robot 100% dan takdela payah mana nak paham konsepnya. Sistem requirementsnya agak rendah berbanding C&C 3 atau COH, Tales of Valor. So kalau nak cuba boleh.


Tu game yang baru aku try, ada banyak lagi game yang tak try yang baru keluar macam C&C 4, Metro 2033, Call of Duty; Modern Warfare 2, Battlefield Bad Company 2, Mass Effects 2 dan macam-macam lagi. Yang pasti game-game ni tak boleh dimainkan di laptop sebab kena graphic card yang agak power. Kalau sesapa ada desktop cun boleh la try game-game di atas mesti masyuk~~~


No comments: